RotiKaya

RotiKaya


Tertekan Dengan Tuduhan: Scha al-Yahya & Awal Ashaari Nafi Mencuri

Posted: 18 Oct 2012 04:27 PM PDT

Walaupun gossip yang berlegar beberapa minggu lalu tidak menyatakan nama sesiapa, nampaknya pasangan ini terpaksa berhadapan persepsi negatif para peminat.

Semuanya gara gara nama Scha al-Yahya & Awal Ashaari yang di’kaitkan dengan kes kecurian di sebuah gedung pakaian jenama terkenal yang bari di’buka di Kuala Lumpur.

“Saya pening sebenarnya. Ada mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu,” ujar Scha al-Yahya kepada mStar Online.

“Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya ini sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.220)

Posted: 18 Oct 2012 07:27 AM PDT

Mengakui belum hilang dari dunia hiburan Malaysia, Misha Omar mengakui yang lagu terbaru beliau berjudul Angin Syurga kurang mendapat sambutan dari peminat. – GUA

Mungkin sudah lupa anak’nya pernah di’pukul oleh lelaki yang sama, ayah Rihanna berkata beliau mahu melihat Chris Brown mengahwini anaknya satu hari nanti. – The Sun

Pasangan yang sering mengacah media & juga peminat tentang perkahwinan, Justin Timberlake dan Jessica Biel merancang untuk berkahwin dengan tema Itali. – Celebuzz

Satu dunia sedang bercakap tentang Brad Pitt (gambar) yang menjadi duta lelaki Chanel No.5 & khabarnya beliau menerima lebih US$7 juta untuk kempen ini. Wow. – Mashable

Pengarah drama bersiri Dalam Hati Ada Taman, Michael Ang meminta semua pihak supaya tidak membesarkan babak cium antara Randy Pangalila & Elfira Loy. – Sinar Harian

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Remy Ishak Menyindir Aqasha Di Twitter?

Posted: 17 Oct 2012 08:25 PM PDT

Remy Ishak Menyindir Aqasha Di Twitter?Tengok betapa obses’nya kami terhadap Remy Ishak, hari ini sahaja sudah dua kisah beliau kami paparkan termasuk yang ini — kisah yang agak jarang berlaku.

Mungkin selalu berlaku di’kalangan selebriti wanita untuk saling menyindir di laman sosial terutamanya Twitter, namun untuk selebriti lelaki, bunyi’nya seperti tidak cool.

Sekitar 10.00 malam pada 15 Oktober yang lalu, Remy Ishak menulis sebaris ayat yang beliau tag sebagai Cerpen Twitter tetapi seolah olah menyindir rakan pelakon, Aqasha.

“Si penggemar rahsia memang gemar berahsia, lebih lebih lagi tentang hubungan kekasih gelapnya dari pengetahuan sang isteri,” itu ayat tulisan Remy Ishak yang kami maksudkan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...