RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Inikah Kekasih Baru Hafiz Suip?

Posted: 01 Oct 2012 07:06 PM PDT

Gambar: Inikah Kekasih Baru Hafiz Suip?Rasanya belum sampai sebulan kekasih beliau sebelum ini mengesahkan yang mereka sudah tidak bercinta, nampaknya penyanyi ini sudah pun menemui pengganti. Eh.

Kami menerima 2 keping gambar yang di’dakwa sumber kami di’ambil ketika majlis sambutan hari lahir yang ke 23 gadis ini & juga khabarnya kini kekasih Hafiz Suip.

Gadis yang di’katakan masih belajar ini berasal dari Kuching, Sarawak dan mereka berdua sering di’lihat keluar berdua di sekitar Sunway Pyramid & Damansara. Itu dia spesifik.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sebalik Tabir Balun, Filem Aksi Seni Pertahanan Diri

Posted: 01 Oct 2012 06:12 PM PDT

Oleh: Adie Zhafran

Pada hujung minggu yang lepas, kami telah dibawa ke lokasi penggambaran filem terbaru edaran Grand Brilliance — Balun.

Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato' Aziz Singah iaitu Bob Singah. Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Membariskan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Beto Kushairy, Izara Aishah, Dato' Eizlan Yusof, Reen Rahim, Namron dan ramai lagi.

Pada asalnya filem ini diberi judul 'Putera', setelah berbincang bersama team produksi filem ini diberi judul 'Balun' selaras dengan skrip yang telah dirombak mengikut peredaran dan selera penonton pada masa kini.

Ketika sidang media, walau telah banyak filem aksi diterbitkan produksi tempatan pengarah begitu optimis dengan genre ini kerana beliau mengetengahkan aksi seni mempertahankan diri.

(...)
Teruskan Membaca →


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Cinta Tidak Berbalas: DJ Radio Nyaris Jadi Mangsa Culik & Bunuh

Posted: 01 Oct 2012 05:28 PM PDT

Agak menakutkan kalau seseorang itu berani bertindak di’luar dugaan hanya semata kerana cinta tidak berbalas. Orang orang tua berkata, ikan bukan seekor.

DJ Best 104, Julie Diana Omar Shariff nyaris menjadi mangsa culik & bunuh apabila seseorang telah mengupah sekumpulan lelaki untuk berbuat demikian terhadap beliau.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.00 pagi pada Sabtu lalu, sekumpulan lelaki telah menahan kereta beliau ketika dalam perjalanan pulang selepas tamat bekerja.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.207)

Posted: 01 Oct 2012 09:16 AM PDT

Berkata kepada Marie Claire UK edisi November, Taylor Swift (gambar) berkata beliau seorang yang sebenarnya mudah untuk jatuh cinta & masih percaya walau sering kecewa. – People

Tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum anda semua dapat saksikan filem terbaru James Bond, Skyfall di pawagam dan ini gambar terbaru Daniel Craig dalam filem tersebut. – THR

Ini sesuatu yang kami suka untuk perhatikan. Simon Cowell & Will.i.am bercadang untuk menerbitkan program realiti TV untuk mencari insan berbakat setaraf Steve Jobs. – Mashable

Penyanyi Amanda Imani menjelaskan tatu yang ada di’buku lali beliau adalah sekadar pelekat & rasa pelik kerana ada mata yang memerhati sehingga ke buku lali beliau. – mStar Online

Untuk empat tahun berturut turut, Robert Pattinson berjaya muncul sebagai lelaki paling seksi menurut majalah Glamour UK walaupun hebat di’tampar skandal kekasih curang. – TNT

VIDEO HARI INI: Belum reda nampaknya demam Gangnam Style kerana kami masih tegar menulis dan ini merupakan versi lagu tersebut yang di’akustikkan dengan cemerlang.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Aktress ‘Seludup’ Pakaian Bernilai RM2,000 Ketika Majlis Pembukaan

Posted: 01 Oct 2012 09:09 AM PDT

Kalau kami tidak sebutkan jenama dan gudang pakaian yang kami maksudkan, pasti anda sendiri boleh meneka dengan tepat. Satu Malaysia naik gila, seminggu lalu.

Di’sebalik pembukaan yang gilang gemilang dengan kehadiran ramai VIP, kaki fesyen & selebriti, ada satu kisah kurang enak yang di’timbulkan oleh seorang aktress popular.

Sumber kami yang sememangnya bekerja rapat dengan pihak pengurusan jenama ini kesal dengan tindakan seorang pelakon popular yang membawa keluar pakaian sesuka hati.

Mencuri mungkin terlalu kasar bunyinya namun bukan kecil nilai pakaian yang ‘berjaya’ di’seludup keluar, lebih RM2,000 juga. Hendak kata tidak berduit, namanya memang popular.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...