RotiKaya

RotiKaya


Aaron Aziz Bakal Jadi Penyampai Radio & Kendali Program Di ERA fm

Posted: 07 Sep 2012 01:15 AM PDT

Nampaknya selepas ini lebih ramai peminat pelakon popular ini melekat di’hadapan radio masing masing untuk mendengar celoteh selebriti kesayangan.

Portal hiburan Murai petang ini melaporkan yang Aaron Aziz telah sah bakal bergelar penyampai radio dan ERA fm menjadi destinasi karier terbaru beliau itu.

Menurut laporan tersebut, berita baik untuk peminat Aaron Aziz ini telah di’sahkan sendiri oleh Pengurus Saluran ERA fm, Nazri Noran awal hari ini — anda gembira?

Aaron Aziz di’khabarkan akan mula menjalankan tugas pada 14 September 2012 bersama seorang lagi penyampai ERA fm, Shac untuk kendalikan program Doktor Cinta.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sekitar Sidang Media Pelakon ‘Resident Evil V’, Li Bingbing

Posted: 06 Sep 2012 11:18 PM PDT

Gambar: Di Sekitar Sidang Media Pelakon 'Resident Evil V', Li BingbingBukan selalu untuk kami dapat peluang untuk bertemu mata dengan pelakon filem Hollywood lebih lebih lagi franchise filem hebat seperti Resident Evil, yang kini masuk filem kelima.

Li Bingbing yang berasal daripada China di’berikan peranan penting untuk membawakan watak Ada Wong di’samping Milla Jovovich yang masih memegang teraju utama.

Dalam filem Resident Evil: Retribution, Ada Wong di’gambarkan sebagai seorang wanita Amerika berbangsa Cina yang bekerja sebagai perisik untuk sebuah organisasi rahsia.

Bercakap kepada media Malaysia hari ini, Li Bingbing 100% berpuashati dengan lakonan dan watak beliau dalam filem ini tetapi sebenarnya mengharapkan lebih banyak aksi lasak.

Untuk tidak mengecewakan peminat siri filem ini, Li Bingbing menonton kesemua filem sebelum ini kecuali yang keempat untuk belajar akan karakter & penjiwaan sebenar Resident Evil.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

GB & Kabir Bhatia Lancarkan Trailer Filem Seram Pertama, Sembunyi

Posted: 06 Sep 2012 10:46 PM PDT

Kalau anda belum tahu, tajuk filem ini pada asal’nya di’berikan nama Azazil namun baru baru ini pihak produksi mengambil keputusan untuk mengubah’nya kepada Sembunyi.

Walau apapun tajuk filem ini, ia’nya masih sebuah karya Kabir Bhatia yang secara rekod’nya pasti layak untuk di’tonton di’layar perak. Dan ini filem seram pertama beliau.

Menurut Kabir Bhatia, Sembunyi merupakan sebuah karya yang berbeza daripada naskah filem seram yang selalu muncul & filem ini turut menggunakan teknologi CGI.

Di’bintangi nama nama besar seperti Diana Danielle, Remy Ishak, Sharnaaz Ahmad juga Umie Aida, Sembunyi mengambil zaman pendudukan Jepun (1945) sebagai latar belakang.

Hari ini Grand Brilliance & Filmscape melancarkan trailer penuh untuk filem Sembunyi & ya, nampak gaya ia’nya bakal menjadi sebuah filem yang di’tunggu ramai.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...