RotiKaya

RotiKaya


Diana Danielle Belum Fikir Akan Persiapan Kahwin, Dalami Agama Dahulu

Posted: 05 Sep 2012 09:19 AM PDT

Diana Danielle Belum Fikir Akan Persiapan Kahwin, Dalami Agama DahuluMenjadi topik perbualan dunia hiburan sejak beberapa hari lalu, kelibat Diana Danielle pastinya di’nantikan pihak media dalam majlis yang berlangsung awal petang semalam.

Di’temui media ketika sidang media filem animasi Supersquad The Movie, Diana Danielle berkata beliau anggap pertunangan ini satu ujian terhadap hubungan mereka.

Mengakui perancangan untuk majlis pertunangan di’buat saat akhir, Diana Danielle berkata beliau tidak mahu terlalu teruja dengan status baru ini tetapi mahu lebih serius.

Menariknya menurut Diana Danielle, beliau & Farid Kamil ambil keputusan untuk menggunakan cincin berlian yang sama ketika ulangtahun ke-3 hubungan untuk pertunangan.

Di’tanya tentang persiapan majlis perkahwinan yang di’jangka berlangsung setahun lagi, pelakon ini berkata beliau tidak memikirkan apa apa lagi persiapan untuk itu.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Jennifer Lopez Turun Kuala Lumpur Untuk Konsert Pertama Disember 2012

Posted: 05 Sep 2012 09:06 AM PDT

Yeah. Apa yang anda baca adalah benar belaka dan untuk pertama kali Jennifer Lopez akan menghiburkan para peminat beliau di Malaysia, Disember ini.

Penganjur Galaxy Group mengumumkan lewat malam tadi yang mereka bakal membawa penyanyi berprofil tinggi ini turun ke Malaysia sempena Dance Again World Tour.

Konsert ini akan mengambil tempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2 Disember 2012 dan jualan tiket akan bermula dari 8 September ini dengan diskaun 15% untuk ahli kad Visa.

Tiket ke konsert Jennifer Lopez Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012 bermula dari RM168 sehingga RM628 dan boleh di’dapati melalui laman rasmi Galaxy Group.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.191)

Posted: 05 Sep 2012 09:05 AM PDT

Walaupun ada khabar mengatakan pasangan ini seakan sudah tidak bersama, Katy Perry & John Mayer telah di’lihat keluar makan malam bersama di Los Angeles semalam. – E!

Penyanyi wanita popular Indonesia, Titi DJ & Ruth Sahanaya bergabung untuk menerbitkan sebuah album khas berjudul About Us & gandingan mereka di’gelar Truth. – detikHot

Bergelar antara pengacara paling popular, Ellen DeGeneres hari ini menerima pengiktirafan di’mana nama beliau kini tersemat di’antara yang hebat di Walk Of Fame. – USA Today

Media di UK ketika ini menggelarkan One Direction sebagai eksport muzik terbesar selepas berjaya memecah angka jualan album sebanyak £12 juta sehingga kini. – The Indipendent

Anuar Zain bakal tampil di Universiti Utara Malaysia sempena Konsert Diraja Menjunjung Kasih 2012 & beliau bakal diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). – GUA

VIDEO HARI INI: Versi nyanyian semula paling terbaik kami dengar untuk lagu Titanium (David Guetta feat. Sia) yang di’bawakan oleh Christina Grimmie.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Konsert Gemilang Tampil Ahmad Nawab, Khatijah Ibrahim & Jamal Abdilah

Posted: 05 Sep 2012 09:01 AM PDT

Konsert Gemilang Tampil Ahmad Nawab, Khatijah Ibrahim & Jamal AbdilahPetang tadi dapat juga kami menghilangkan kebosanan kami secara sukarela menghadiri sidang media Konsert Gemilang Malaysia di Restoran Khadijah Kitchen. Heh.

Agak seronok juga bagi kami kerana ini adalah kali pertama kami bertentang mata bersama seniman negara Datuk Dr Ahmad Nawab, Dato Khatijah Ibrahim dan juga Jamal abdillah.

Bagi kami konsert yang bakal berlangsung ini adalah sebuah Konsert Mega untuk tahun ini & kami pasti ibu bapa kami pasti akan memaksa kami untuk mendapatkan tiket percuma. Heh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kakak Penyanyi Popular Bakal Jadi Isteri Kedua Komposer Terkenal?

Posted: 04 Sep 2012 11:52 PM PDT

Gigih juga kami seharian mencari identiti kedua dua individu yang di’maksudkan dalam gossip tidak bernama yang keluar terlebih dahulu menerusi portal hiburan Murai.

Menurut gossip tersebut, seorang komposer terkenal yang sudah pun berkahwin kini dalam perancangan untuk berkahwin lain setelah lama menyulam rasa cinta.

Wanita yang bakal menjadi isteri kedua komposer terkenal ini khabarnya juga bergelar kakak kepada penyanyi popular dan hubungan cinta mereka sudah terjalin lama.

Hubungan mereka khabarnya juga di’ketahui oleh isteri pertama dan perkahwinan mereka akan berlangsung selepas masing masing tamat dengan sebuah program realiti TV nanti.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Jenguk Kediaman Terbaru Fasha Sandha Dan Rizal Ashram

Posted: 04 Sep 2012 11:02 PM PDT

Gambar: Jenguk Kediaman Terbaru Fasha Sandha Dan Rizal AshramSelepas berita Natasha Hudson hamil sebulan keluar pagi tadi, ada pula yang bertanya berapakah usia kandungan Fasha Sandha kini. Jawapan: 127 hari atau 4.2 bulan.

Kebetulan ada yang menyebut nama Fasha Sandha, ingin kami kongsikan semula gambar gambar yang pelakon popular ini kongsikan di Instagram & Facebook.

Sebelum Aidilfitri tempoh hari, Fasha Sandha & Rizal Ashram berpindah ke rumah baru yang tidak kami ketahui lokasinya & khabarnya masih sibuk mengemas sehingga kini.

Terbaru mengenai Fasha Sandha, beliau akan muncul dengan drama bersiri arahan Ahmad Idham berjudul Runtun Qalbu yang akan mula bersiaran pada September ini di TV3.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Maharaja Lawak Mega Kini Kembali Untuk Musim Kedua, Perkenal Hot Seat

Posted: 04 Sep 2012 07:45 PM PDT

Sekitar hujung tahun lalu, Maharaja Lawak Mega (MLM) adalah salah satu program paling mencuri tumpuan kerana berjaya mengumpulkan barisan pelawak terkenal negara.

Edisi pertama MLM telah berjaya di’juarai oleh gandingan Os & Abon (Osbon) dan program itu kini kembali untuk musim kedua melalui Astro Warna saluran 132.

Maharaja Lawak Mega musim terbaru bakal menemui para penonton pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 9 November 2012 ini. Ya, Astro Warna saluran 132.

Menariknya, walaupun barisan peserta MLM kali ini masih belum di’umumkan lagi, peminat sudah boleh mula mengundi 27 calon peserta untuk menduduki kerusi panas (Hot Seat).

Anda boleh mula mengundi peserta kegemaran anda bermula jam 6.00 petang hari ini sehingga 17 September nanti melalui laman web rasmi Maharaja Lawak Mega.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tahniah: Natasha Hudson Hamil Sebulan

Posted: 04 Sep 2012 07:13 PM PDT

Hari berita hiburan perlahan namanya hari ini & peminat hiburan masih bercakap tentang berita mengejut pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil. Heh.

Ini juga satu berita baik untuk di’bicarakan. Natasha Hudson memaklumkan kepada kami hari ini yang beliau sudah pun di’sahkan hamil selama sebulan.

Natasha Hudson berkata doktor mengesahkan kandungan beliau sekitar minggu lalu dan sebenarnya gembira dan teruja dengan kandungan pertama bersama Carleed Khaza.

Natasha Hudson & Carleed Khaza bergelar suami isteri dalam satu majlis nikah di Masjid Wilayah Persekutuan sekitar April 2012 lalu dengan tiada wang hantaran.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...