RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Siti Saleha Dan Heliza Anggun Di Rumah Terbuka Amal KL SOGO

Posted: 03 Sep 2012 09:45 AM PDT

Gambar: Siti Saleha Dan Heliza Anggun Di Rumah Terbuka Amal KL SOGOBerdasarkan kalendar kami, minggu ini anda semua bakal di’hidangkan dengan berbakul bakul gambar selebriti yang hadir ke pelbagai rumah terbuka. Ya.

Jadi, kami ingin mulakan dengan majlis rumah terbuka antara yang pertama kami hadiri minggu lalu dan ia’nya turut di’hadiri oleh Siti Saleha dan Heliza Helmi.

Pada majlis yang berlangsung di Siang Seafood Restaurant 28 Ogos 2012 yang lalu, KL SOGO turut menjemput kanak kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim al Nasuha.

Majlis itu juga di’serikan dengan persembahan nyanyian oleh Ezlynn dan penyampaian hadiah berserta duit raya untuk semua kanak kanak bertuah yang hadir.

Lagi gambar sekitar majlis untuk tatapan anda selepas ini dan ya, berapa banyak majlis rumah terbuka anda hadiri tahun ini?

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.189)

Posted: 03 Sep 2012 07:58 AM PDT

Temuduga sebegini pun wujud. Gereja Scientology khabarnya telah adakan temuduga khas untuk memilih bakal isteri paling sesuai untuk Tom Cruise sekitar tahun 2004 yang lalu. – Today

Penyanyi yang sering di’gelar sebagai buah hati rakyat Korea, IU (gambar) telah tampil menari comel di’akhir persembahan Gangnam Style yang di’bawakan PSY baru baru ini. – allkpop

Michael Ang, penerbit yang bertanggungjawab membawa Randy Pangalila ke Malaysia berkata Zed Zaidi mahu rosakkan kerjaya pelakon itu & mengejar publisiti. – mStar Online

Akhirnya, The Dark Knight Rises berjaya memecah angka US$1 billion dari segi kutipan tiket seluruh dunia dan tersenarai antara 13 filem dengan angka tersebut. – The Wire

Sebuah filem yang mendapat perhatian ramai, Zaiton Ceritaku telah mengeluarkan trailer pertama untuk filem ini & akan ke pawagam pada 1 November 2012. Apa kata anda? – Budiey

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sham Kamikaze: Sila Hormat Hak Peribadi Saya, Tunggu Kenyataan Rasmi

Posted: 02 Sep 2012 09:34 PM PDT

Sham Kamikaze: Sila Hormat Hak Peribadi Saya, Tunggu Kenyataan RasmiKetika ini, pastinya ramai peminat dunia hiburan sedang sibuk memperkatakan tentang isu penceraian antara Sham Kamikaze & isterinya, Farazila Abdul Jabar.

Semenjak laporan timbul pagi tadi, pelbagai spekulasi timbul berkaitan apa yang sebenarnya berlaku di’sebalik keputusan si isteri untuk memfailkan permohonan cerai.

Tidak mengambil masa panjang, Sham Kamikaze mengeluarkan kenyataan ringkas melalui Facebook peribadi beliau berkaitan isu ini yang masih di’ceritakan sebelah pihak.

“Mungkin anda telah, sedang ataupun akan membaca ‘kisah’ tentang rumahtangga saya. Diharapkan agar anda bersabar dan hormatilah hak peribadi rumahtangga orang lain.”

“Jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas. Yang pasti, semuanya akan terjawab apabila tiba masanya kelak Insya Allah,” tulis Sham Kamikaze.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Isteri Sham Kamikaze Fail Cerai & Dakwa Suami Tidak Bertanggungjawab

Posted: 02 Sep 2012 07:46 PM PDT

Satu berita yang agak mengejutkan hari ini, isteri kepada Sham Kamikaze telah memfailkan penceraian pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

mStar Online melaporkan yang Farazila Abdul Jabar mengambil keputusan tersebut selepas pelbagai usaha di’lakukan untuk menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.

“Saya ambil keputusan untuk memohon cerai daripada Sham kerana sudah tidak boleh hidup bersamanya lagi. Kami hanya bahagia pada tahun pertama perkahwinan sahaja”

Di’tanya wartawan sama ada kisah pernikahan Sham Kamikaze dengan seorang wanita awal tahun ini menjadi punca beliau mengambil keputusan ini beliau menjawab;

“Jika benar Sham bernikah lagi, saya sebagai isteri pertamanya reda bermadu tetapi sikap tidak bertanggungjawabnya dalam urusan rumah tangga membuatkan saya kecewa & tawar hati”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Jutawan Malaysia Belanja RM5 Juta Untuk Pikat Hati Bintang Pop Taiwan

Posted: 02 Sep 2012 07:29 PM PDT

Jutawan Malaysia Belanja RM5 Juta Untuk Pikat Hati Bintang Pop TaiwanGelaran jutawan sebenarnya seperti merendahkan status sebenar Jho Low yang terkenal dengan gaya hidup mewah beliau yang sering berparti bersama selebriti ternama.

Sesuai dengan status beliau, Jho Low di’khabarkan telah pun melabur hampir RM5 juta untuk satu majlis menyatakan rasa cinta terhadap seorang bintang pop Taiwan, Elva Hsiao.

Jho Low telah mengatur satu majlis makan malam eksklusif bersama Elva Hsiao di hotel Atlantis The Palm, Dubai lengkap dengan persembahan bunga api bernilai RM1 juta.

Ketika makan malam sedang berlangsung, dua orang lelaki di’upah untuk terjun dari udara untuk persembahkan set barang kemas Chopard bernilai RM83,500 kepada Elva Hsiao.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kawan Kawan Yang Kita Suka Tampil Anas Ridzuan Dan Karl Shafek

Posted: 02 Sep 2012 06:56 PM PDT

Mungkin ramai antara anda semua yang mengenali Karl Shafek sebagai pengacara TV dan Anas Ridzuan sebagai penyanyi dan pemenang ketiga Mentor 6 baru baru ini.

Tetapi tidak ramai tahu yang mereka berdua ini sebenarnya berbakat dalam bidang lakonan teater & ini bukan pertama kali mereka melibatkan diri dalam cabang seni ini.

Melalui teater bajet Kawan Kawan Yang Kita Suka, mereka merupakan antara barisan pelakon utama dalam karya arahan pengarah muda, Fasyali Fadzly terbitan MASK Team.

Kawan Kawan Yang Kita Suka menceritakan mengenai empat sahabat karib yang sentiasa bersama. Suatu hari, Agus telah mendapat tawaran kerja di Jepun.

Bagaimanapun, dia perlu menyelesaikan sebahagian hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membolehkan dia keluar negara. Namun, duit simpanannya hilang hingga wujud prasangka di kalangan mereka berempat.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...