RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Agnes Monica & Julia Perez Bakal Berlakon Filem Di Malaysia?

Posted: 26 Sep 2012 04:28 PM PDT

Kalau apa yang kami dengar ini benar belaka, maka Zed Zaidi akan mempunyai perkara baru untuk di’fikirkan. Salah seorang figura ikonik Indonesia ini bakal ke Malaysia.

Dengar dengar daripada mereka yang terlibat di’sebalik tabir industri perfileman Malaysia, Agnes Monica kini di’khabarkan sudah sah bakal turun ke Malaysia Oktober ini.

Ikon hiburan Indonesia itu telah bersetuju untuk berlakon dalam sebuah filem aksi di’sini yang bakal di’terbitkan oleh produksi tempatan 100%. Hebat belanjawan yang mereka ada.

Produksi yang sama juga sebenarnya kini sedang mengintai peluang untuk turut membawa Julia Perez ke Malaysia untuk membintangi sebuah filem terbitan mereka.

Jika anda tidak kenal siapa Julia Perez, bayangkan sahaja sebagai simbol seks industri hiburan Indonesia dan ya, sering mencetuskan kontroversi ala Azwan Ali.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Nabila Huda: Johan As’ari Sekadar Kawan Baik, Niat Mahu Tambah Anak

Posted: 26 Sep 2012 03:48 PM PDT

Nabila Huda: Johan As'ari Sekadar Kawan Baik, Niat Mahu Tambah AnakBukan pertama kali rasanya ayat sekadar berkawan ini keluar dari mulut Nabila Huda apabila di’minta mengeluarkan komen tentang hubungan beliau bersama Johan As’ari.

“Saya banyak menasihati Johan (As’ari) dalam bab berpakaian, berkawan & kehidupan dan kami tidak’lah sampai ke tahap bercinta seperti yang di’dakwa,” ujar Nabila Huda.

Menurut beliau lagi, Johan As’ari sendiri di’rasakan masih belum bersedia untuk berkahwin dan masih banyak yang perlu di’pelajari lantaran usia yang masih muda.

Nabila Huda yang kini membintangi drama bersiri baru, Julia di TV3 ini turut berkata yang beliau tidak serik untuk berkahwin lagi kerana mempunyai niat untuk menambah zuriat.

“Anak saya Keisha kini sudah pun berusia 2 tahun setengah & saya memang mahu menambah anak tetapi masalahnya saya belum berjumpa lelaki yang sesuai untuk saya”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.204)

Posted: 26 Sep 2012 08:46 AM PDT

Hari pertama tayangan dan sudah ada adegan dalam filem Hantu Kapcai yang di’katakan bakal mencetuskan kontroversi dan menyentuh soal sensitif Islam. – mStar Online

Kami sahaja atau anda pun perasan yang wajah Will Smith seakan tidak berubah dari tahun 90′an sehingga ke hari ini dan selamat hari lahir yang ke 44 buat beliau. – Buzz Feed

Laporan terbaru menyebut yang pasangan ini sudah kembali pulih seperti sebelum ini & Robert Pattinson kini pun sudah berpindah untuk tinggal bersama Kristen Stewart. – US Weekly

Ouch. Selepas sah berpisah dengan Tom Cruise, Katie Holmes (gambar) kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasih, Joshua Jackson yang turut membintangi Dawson’s Creek ‘tika mereka sama sama muda dahulu. - Channel 24

Kerana ramai pemerhati hiburan mula mengatakan yang beliau sudah berisi, Lady Gaga mengirimkan gambar dengan hanya berpakaian dalam sebagai reaksi. Heh? – The Superficial

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Konsert Jonas Brothers Di Malaysia Pada Oktober 2012, Stadium Merdeka

Posted: 26 Sep 2012 05:17 AM PDT

Buat peminat yang menantikan sekian lama kedatangan Jonas Brothers ke Malaysia, doa anda semua kini termakbul & boleh menatap puas wajah mereka nanti. Heh.

Kelab peminat rasmi Jonas Brothers melalui laman web mereka baru sahaja mengumumkan perjalanan jelajah kumpulan itu ke Filipina & Malaysia pada Oktober ini.

Jonas Brothers bakal turun akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia melalui sebuah konsert live di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2012.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Maya Karin Sambut Hari Lahir Di Nepal, Selesa Mengembara

Posted: 25 Sep 2012 09:24 PM PDT

Gambar: Maya Karin Sambut Hari Lahir Di Nepal, Selesa MengembaraSeperti kata Maya Karin sendiri, beliau berharap adanya kisah cinta untuk di’kongsikan dengan semua peminat namun setakat ini belum ada mana mana cinta bertakhta di hati.

Maka, kisah diri beliau yang gemar mengembara sejak tahun tahun kebelakangan ini mejadi topik perbualan dan yang paling menarik, Maya Karin bakal meraikan hari lahir di Nepal.

Di’temui pihak media ketika majlis Hati ke Hati Bersama Maya anjuran InnerShine, beliau bersama bapanya akan mengembara selama 10 hari ke Nepal & merancang untuk mendaki gunung.

Percutian yang di’rancang sekitar bulan hadapan ini kebetulan bersaing dengan tarikh hari lahir Maya Karin yang jatuh pada 29 Oktober — tahun lepas beliau sambut di Australia.

Sebelum Nepal, Maya Karin bakal bercuti terlebih dahulu ke Bali, Indonesia sebelum ke Singapura untuk menjadi pengacara jemputan dalam E! News Asia bersama Dominic Lau.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...