RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Izreen Azminda & Muhamad Riza

Posted: 02 Sep 2012 10:40 AM PDT

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Izreen Azminda & Muhamad RizaKhamis lalu, Izreen Azminda sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan’nya Muhamad Riza yang juga merupakan seorang jurukamera produksi dengan dua kali lafaz.

Pasangan ini di’satukan oleh bapa Izreen Azminda sendiri di sebuah majlis yang berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Keesokan harinya, Izreen Azminda & Muhamad Riza di’raikan sebagai pengantin baru dalam sebuah resepsi meriah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar Kedah.

Pada majlis resepsi itu, kedua dua ini mempelai mengenakan persalinan rekaan Azura Couture & memori indah mereka telah di’rakamkan oleh jurugambar dari Bunga Studio Motion.

Gambar berserta video sekitar resepsi perkahwinan Izreen Azminda & Muhamad Riza selepas ini terima kasih buat Bunga Studio Motion. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Julie Woon Kongsi Pengalaman Dirompak Di Lampu Isyarat, Di Facebook

Posted: 02 Sep 2012 10:07 AM PDT

Personaliti TV juga pelakon, Julie Woon baru baru ini menjadi mangsa ragut ketika beliau berhenti di satu lampu isyarat di sekitar Bandar Utama, Selangor.

Cermin kereta yang di’pandu Julie Woon telah di’pecahkan oleh dua orang lelaki yang menunggang motorsikal dan beg tangan beliau kemudian di’ragut keluar oleh mereka.

Julie Woon ketika itu tidak dapat berbuat apa apa kerana ada beberapa buah kereta di’hadapan beliau & situasi itu menjadi satu peluang buat peragut tersebut.

“Segalanya berlaku dengan sangat pantas dan saya masih terkejut ketika mereka (motorsikal) memecut pergi. Saya terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan selepas itu”

Bagaimanapun, dompet & telefon bimbit Julie Woon terselamat dalam insiden ragut ini & peragut itu cuma berjaya membawa lari beg tangan berserta sebuah iPad.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.188)

Posted: 02 Sep 2012 09:05 AM PDT

Kami sebenarnya suka dengan kisah penuh wawasan artis tempatan kita lebih lebih dalam bidang perniagaan dan terbaru, Fizo Omar sedang merancang untuk mengeksport serunding keluaran beliau ke luar negara. – mStar Online

Kisah terbaru yang mengejutkan. Penyanyi Seal yang telah berpisah dengan Heidi Klum (gambar) mendedahkan bekas isterinya itu telah curang dengan meniduri pengawal peribadi sendiri ketika mereka masih berkahwin. – TMZ

Peminat Backstreet Boys, ini wajib tonton. Kumpulan ini telah kembali ke pentas dengan barisan ahli asal buat pertama kali tahun ini untuk Good Morning America. – Just Jared

Berita terbaru berkaitan American Idol, salah seorang juri asal Randy Jackson di’katakan telah meletakkan jawatan sebagai juri tetapi masih kekal dalam rancangan dan bakal bertindak sebagai mentor pula. – Anything Hollywood

Bintang pop Taiwan, Jimmy Lin telah mencipta kontroversi apabila mengirimkan gambar beliau bersama sebuah telefon bimbit yang di’dakwa sebagai model iPhone 5 akan datang dan turut mengelirukan komuniti teknologi. – The Next Web

VIDEO HARI INI: Anda mungkin sudah naik bosan menonton video muzik Gangnam Style mahu pun mendengar lagu’nya setiap hari. Kali ini, saksikan PSY membawakan secara live & lihat hadirin konsert jadi ‘gila’ dengan persembahan bertenaga beliau.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Rozita Che Wan Bakal Kahwin Ahli Perniagaan November Ini?

Posted: 01 Sep 2012 10:43 PM PDT

Ini bukan pertama kali gossip timbul berkaitan Rozita Che Wan yang di’katakan akan berkahwin. Boleh kata setiap suku tahun pasti timbul gossip sebegini. Heh.

Terbaru, Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon sensasi ini di’katakan sudah bersetuju untuk menamatkan zaman solo’nya pada November 2012 ini.

Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Rozita Che Wan ini di’khabarkan bernama Bob, seorang ahli perniagaan yang menetap & mempunyai empayar sendiri di Johor.

Mereka di’khabarkan sudah lama berkenalan dan Bob sendiri sudah lama melamar Rozita Che Wan namun kini baru aktress ini bersetuju untuk terus berkahwin.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...