RotiKaya |
- Video: Iklan Raya Adilfitri Bernas Mampu Buat Hati Menangis Sayu
- Gambar: Memori Siti Nurhaliza Mengambil Ujian Lesen Memandu
- Bertudung Ke Disko, Sharifah Sofia Alami Pengalaman Kena Halau Keluar
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.178)
- Filem Minggu Ini: The Three Stooges
| Video: Iklan Raya Adilfitri Bernas Mampu Buat Hati Menangis Sayu Posted: 09 Aug 2012 05:03 PM PDT
Terdahulu: Redza Minhat dalam iklan raya 2012 PETRONAS Iklan raya Aidilfitri terbitan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ini kami boleh kira sebagai filem pendek yang sangat berkesan sesuai dengan tema hari raya. Mengisahkan dua orang anak yatim, Ahmad & Fizi yang punyai hubungan persahabatan unik kerana saling melengkapi dalam cabaran mereka untuk pulang ke kampung. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Memori Siti Nurhaliza Mengambil Ujian Lesen Memandu Posted: 09 Aug 2012 04:12 PM PDT
Enam keping gambar yang di’kongsikan oleh seorang peminat hiburan di forum Cari menunjukkan Dato’ Siti Nurhaliza sedang menjalani ujian untuk lesen memandu beliau. Koleksi gambar yang rare ini mungkin di’ambil sekitar tahun 2000 dan ketika itu memang Dato’ Siti Nurhaliza sedang enak mengecapi populariti beliau sebagai penyanyi. Tulis banyak tiada berguna, bukan anda semua peduli #LOL. Lagi gambar Dato’ Siti Nurhaliza ambil lesen memandu selepas ini. Anda sudah ada lesen? Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Bertudung Ke Disko, Sharifah Sofia Alami Pengalaman Kena Halau Keluar Posted: 09 Aug 2012 03:26 PM PDT
Baru baru ini, Sharifah Sofia telah berkunjung ke sebuah pusat hiburan untuk menghabiskan masa seperti yang biasa beliau lakukan sebelum beliau berhijrah pun. Namun kunjungan Sharifah Sofia dalam keadaan berhijab ke pusat hiburan itu telah mengundang kurang senang pengunjung lain sebelum pekerja di’situ meminta beliau keluar. “Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan?” ujar Sharifah Sofia kepada mStar Online dan ini secara automatik mengundang double facepalm. “Masa itu saya tertanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras atau pun buat perkara yang tidak senonoh pun?” tambah Sharifah Sofia. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.178) Posted: 09 Aug 2012 03:06 PM PDT
Peguam kepada penembak rambang The Dark Knight Rises, James Holmes berkata secara terbuka di mahkamah yang anak guam’nya mengalami gangguan mental melampau dan meminta penangguhan perbicaraan. - TMZ Walaupun studio filem Warner Bros menemui beliau dengan cadangan gila ini, namun Ben Affleck mengakui yang beliau tidak berminat untuk mengarahkan Justin League kerana tiada watak untuk beliau. Huh? – The Superficial Sembilan minggu kemudian, lagu Carly Rae Japsen (gambar) berjudul Call Me Maybe masih merajai kedudukan tempat pertama dalam senarai Billboard Hot 100 & kini secara rasmi terlama untuk 2012. – Huffington Post Ada spekulasi liar pihak pembangkang yang mengatakan filem Tanda Putera bakal mencetuskan isu perkauman, Shuhaimi Baba meminta mereka menonton terlebih dahulu sebelum mengkritik & mengeluarkan andaian bukan bukan. – mStar Online VIDEO HARI INI: Video ini sudah setahun lama’nya tetapi tahukah anda yang Tom Cruise merupakan seorang selebriti yang mampu memandu kereta lumba Formula 1?(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Filem Minggu Ini: The Three Stooges Posted: 09 Aug 2012 02:27 PM PDT
Dan, bermula hari ini anda sekeluarga boleh memilih untuk menonton filem komedi arahan Bobby dan Peter Farrelly, The Three Stooges yang turut mengarahkan Dumb & Dumber. Filem ini merupakan adaptasi untuk sitkom TV yang popular sekitar tahun 1930′an dengan tajuk sama & tidak mengejutkan apabila pengarah berjaya kekalkan gaya komedi yang sama. Filem ini mengisahkan tiga watak utama Moe, Larry dan Curly yang cuba untuk menyelamatkan rumah anak yatim tetapi tidak sengaja terlibat dengan konspirasi pembunuhan. Apa yang mereka lakukan secara tidak sengaja membuatkan mereka popular tidak semena mena & mereka bertiga sedar mereka terlibat dalam sebuah rancangan realiti TV. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Oh memori. Sudah lama rasanya tidak kami tidak menatap gambar Dato’ Siti Nurhaliza ketika beliau sedang meniti puncak populariti & koleksi gambar ini memang kena masanya.


No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.