RotiKaya

RotiKaya


Tampil Bertudung Di MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Berhijrah?

Posted: 08 Aug 2012 04:15 PM PDT

Tampil Bertudung Untuk MHI, Giliran Nurul Syuhada Kini Berhijrah?Betapa ironi’nya sebuah laman hiburan & gossip Malaysia tidak mempunyai set televisyen di’pejabat. Jadi’nya, kami terlepas untuk menyaksikan sendiri imej baru selebriti ini.

Namun, pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.

Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.

Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”

Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Para Pelakon Hantu Gangster Di Red Carpet Gala Premiere

Posted: 08 Aug 2012 02:12 PM PDT

Gambar: Para Pelakon Hantu Gangster Di Red Carpet Gala PremierePengarah, penyanyi dan pelakon yang penuh kontroversi sejak awal kemunculan beliau, Namewee kini tampil dengan filem kedua beliau selepas setahun kejayaan Nasi Lemak 2.0.

Hantu Gangster yang bakal memulakan tayangan di pawagam seluruh Malaysia hari ini merupakan taruhan kedua Namewee & berharap ia’nya di’terima rakyat Malaysia.

Tidak seperti tajuk’nya, Namewee berkata Hantu Gangster tidak mempromosikan budaya gangster untuk golongan muda tetapi lebih kepada semangat bersatu sebagai sebuah negara.

Semalam, berlangsungnya majlis tayangan perdana dan karpet merah untuk filem ini yang pastinya di’hadiri oleh pengarah, barisan pelakon utama, media dan para peminat terpilih.

Antara mereka yang hadir adalah Namewee, Diana Danielle, Farid Kamil, Dato’ David Arumugam, Noh Hujan, Mizz Nina, Amber Chia dan juga Dato’ Jalaluddin Hassan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Lee Bingbing Bakal Turun Malaysia Untuk Promosi Filem Terbaru Resident Evil

Posted: 08 Aug 2012 01:24 PM PDT

Malaysia mungkin jauh lagi perjalanan sebelum mampu terima pelakon utama sesebuah filem Hollywood untuk turun sendiri ke’sini untuk rangka promosi.

Resident Evil: Retribution yang bakal ke pawagam Malaysia 13 September ini menampilkan sekali lagi seperti filem sebelum ini Milla Jovovich, Michelle Rodriguez & Sienna Guillory.

Lee Bingbing yang pertama kali membintangi filem Hollywood ini di’berikan tugas membawa watak Ada Wong dalam filem arahan Paul W. S. Anderson ini.

Sebagai salah satu langkah promosi di Malaysia, Lee Bingbing akan muncul pada 7 September 2012 di Sunway Pyramid untuk tayangan perdana Resident Evil: Retribution.

Sony Pictures Malaysia mengesahkan hari ini yang acara akan bermula seawal jam 6.00 petang untuk sesi aktress ini bertemu peminat beliau di Malaysia.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Serius Comel: Video Nora Danish & Rayqal Bermain Spider-Man

Posted: 08 Aug 2012 01:14 PM PDT

Bukan susah untuk tahu yang kami sedang kekeringan gossip panas, maklumlah Ramadhan dan video sebegini pun mampu kami jadikan berita terkini untuk anda.

Terdahulu: Nora Danish & Rayqal di’majlis berbuka puasa

Video terbaru daripada Youtube Nora Danish ini menunjukkan aktress ini bersama anak lelaki tunggal beliau, Rayqal bersantai di’rumah bermain figura aksi Spider-Man.

Tonton video berdurasi 33 saat tersebut selepas ini juga Nora Danish bakal muncul tidak lagi dengan filem baru Aku Terima Nikahnya, gandingan bersama Adi Putra.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.177)

Posted: 08 Aug 2012 01:02 PM PDT

Jennifer Garner baru baru ini mengesahkan gossip yang mengatakan suami’nya Ben Affleck inginkan cahaya mata keempat tetapi aktress ini menolak cadangan tersebut. Sudah cukup atau serik bersalin? Heh. – The Superficial

Penyanyi nasyid solo, Hafiz Hamidun menafikan dakwaan mengatakan beliau menjadi penghasut di’sebalik pembatalan konsert Sami Yusuf baru baru ini selain percaya penyanyi itu mempunyai sebab tersendiri. – GUA

Walaupun filem pertama muncul sekitar 2004 & sekuel terbaru untuk filem ini muncul kurang dari dua tahun lalu, studio filem Hollywood berminat untuk menerbitkan remake filem original Saw. Asal boleh buat duit Hollywood ‘kan? – The Wire

Heroin untuk filem The Hunger Games, Jennifer Lawrence (gambar) di’khabarkan sedang berbincang untuk mendapatkan bayaran sebanyak US$10 juta untuk tampil dalam sekuel filem popular tersebut. Wow. – Hollywood Reporter

Ingat lagi video seks Kim Kardashian yang kini masih mencari pembeli? Khabar mula timbul mengatakan yang ibu beliau, Kris Jenner menjadi dalang di’sebalik ‘perniagaan’ video lucah tersebut. Kes ibu jual anak, isk. – Amy Grindhouse

VIDEO HARI INI: Jika anda punyai satu sahaja peluang untuk menonton video, filem pendek berjudul With A Piece of Chalk ini wajib menjadi tontonan anda. Satu inspirasi buat kami.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Faezah Elai Sahkan Diri Kini Hamil Selepas Setahun Berkahwin. Tahniah!

Posted: 08 Aug 2012 03:54 AM PDT

Faezah Elai melalui Twitter beliau hari ini mengumumkan yang diri’nya kini hamil anak pertama bersama Heykal Hanafiah selepas hampir setahun berkahwin.

“Saya sudah disahkan hamil setelah hampir setahun menikah. Itu sahaja dapat saya beritahu sekarang,” tulis Faezah Elai ringkas beberapa jam yang lalu di Twitter.

Dek kerana Faezah Elai hanya sampaikan maklumat terhad sebegitu, tidak dapat kita semua tahu usi kandungan sebenar Faezah Elai tetapi yang pasti ini satu berita gembira.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Selebriti Sekitar Jelajah Singgah Sahur 2012 Di Muar, Johor

Posted: 08 Aug 2012 01:44 AM PDT

Boleh kami katakan yang program Singgah Sahur terbitan TV3 ini kini sudah menjadi salah satu program penting di bulan Ramadhan setelah bersiaran sehingga musim ke-9.

Hujung minggu lalu penduduk Muar menerima kunjungan krew Singgah Sahur untuk menyelami pengalaman & berkongsi cerita bersama insan-insan yang diraikan serta penduduk kampung.

Berbeza dengan episod Singgah Sahur sebelum ini, menerusi episod 7 yang bakal bersiaran pada 12 Ogos ini, program ini akan di’serikan dengan kehadiran tetamu istimewa.

Mereka adalah YB Dato Noraini Binti Ahmad,Ahli Parlimen Parit Sulong dan Datuk Rahim Razali, Ahli Parlimen Muar merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Dan pastinya penyeri program Singgah Sahur untuk edisi Muar ini menyaksikan Johan As’ari, Izara Aishah & Danny X-Factor selain beberapa personaliti TV3 yang turut serta.

(...)
Teruskan Membaca →


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...