RotiKaya |
- Tiger Woods Bakal Bermain Di Malaysia Untuk CIMB Classic 2012
- Syafiq Yusof Berminat Terbit Filem Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.175)
- Video: Redza Minhat Dalam Filem Pendek Raya PETRONAS, Strangers
| Tiger Woods Bakal Bermain Di Malaysia Untuk CIMB Classic 2012 Posted: 06 Aug 2012 11:38 AM PDT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata baru baru ini yang beliau tidak sabar untuk bermain golf dengan pemain yang kini berada di posisi kedua terbaik dunia. Tiger Woods telah mengesahkan kehadiran beliau ke CIMB Classic yang akan berlangsung di Mines Resort & Golf Club di Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Oktober 2012 ini. Kehadiran Tiger Woods ini merupakan kunjungan pertama sejak tahun 1999 di’mana beliau memenangi gelaran individu World Cup & pasukan bersama Mark O’Meara di’sini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Syafiq Yusof Berminat Terbit Filem Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei Posted: 06 Aug 2012 10:59 AM PDT
Walaupun tidak berjaya untuk membawa pulang pingat emas seperti di’harapkan 28 juta rakyat Malaysia, Lee Chong Wei masih di’anggap wira terbaik sukan negara. Bukan selalu kejayaan seperti ini mampu di’kecapi oleh seorang rakyat Malaysia dan pastinya kisah hidup & kejayaan Lee Chong Wei wajar di’angkat ke layar perak. Pengarah termuda Malaysia yang bakal tampil dengan filem pertama S.A.M 19 Ogos ini, Syafiq Yusof menyuarakan hasrat beliau untuk merealisasikan perkara itu. Bercakap kepada Malaysian Digest, Syafiq Yusof berkata memang pernah terlintas dalam fikiran beliau untuk arahkan sebuah filem tentang kejayaan atlet Malaysia. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.175) Posted: 06 Aug 2012 09:05 AM PDT
Internet memang kejam. Taylor Swift (gambar) merupakan mangsa terbaru penyebaran kematian palsu di Twitter apabila ada laporan mengatakan beliau di’temui mati di’rumahnya hujung minggu lalu. Macam macam hal. – E! Sikap yang wajar di’contohi oleh artis lain. Fizz Fairuz berkata beliau membeli unit kondominium mewah dan rumah banglo sebagai persediaan hari tua kelak selepas 10 tahun terlibat dalam dunia hiburan sebagai pelakon. – mStar Online Ahli sukan terhebat dalam sejarah sukan Olimpik 2012, Michael Phelps di’lihat tampil ke sebuah kelab hiburan untuk berparti bersama 3 pingat emas yang di’menangi baru baru ini. – TMZ Seorang lagi ahli sukan hebat dunia, Usain Bolt kini sudah pun memiliki produk headphones & earphones sendiri hasil keluaran SOUL syarikat milik penyanyi rap, Ludacris. – Blog Serius VIDEO HARI INI: Dari pengarah yang sama untuk filem epik The Hurt Locker, Kathryn Bigelow bakal tampil dengan filem Zero Dark Thirty, kisah pemburuan lelaki paling di’kehendaki Amerika Syarikat — Osama Bin Laden.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Video: Redza Minhat Dalam Filem Pendek Raya PETRONAS, Strangers Posted: 06 Aug 2012 06:07 AM PDT
PETRONAS tahun ini mengambil pendekatan mengabungkan semua elemen yang perlu ke’dalam sebuah filem pendek yang pada hemat kami memang berkesan. Filem pendek yang di’bintangi pelakon Redza Minhat ini turut menekankan elemen yang menjadi tema PETRONAS tahun 2012 ini iaitu ‘Reimagining Energy’. Mengisahkan seorang jurutera bernama Erman yang bekerja di Asia Tengah dan perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan jauh dari rumah dan berbeza budaya. Erman bertemu dengan seorang kanak kanak lelaki tempatan bernama Jeyhun. Perkenalan yang bermula sebagai orang asing ini berakhir dengan ikatan yang menyentuh hati. Filem pendek berjudul Strangers ini di’arahkan oleh Quek Shio Chuan yang memang terkenal dengan hasil cemerlang beliau dalam menerbitkan filem pendek selama ini & ini satu lagi hasil cemerlang beliau yang wajib tonton. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tidak terlambat rasanya untuk kami menulis sesuatu tentang Datuk Lee Chong Wei yang sudah pun berjaya merangkul pingat perak sukan Olimpik 2012 kelmarin.

No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.