RotiKaya

RotiKaya


Berbual & SMS Lebih Lama Dengan Pelan Terbaru Maxis TalkMore 48

Posted: 30 Aug 2012 02:39 AM PDT

Berbual & SMS Lebih Lama Dengan Pelan Terbaru Maxis TalkMore 48Tahukah anda mengikut kajian yang terkini, rakyat Malaysia secara purata membelanjakan RM150 sebulan untuk bil telefon bimbit mereka. Ya, anda mahu berjimat? Teruskan membaca.

Maxis baru sahaja melancarkan sebuah pelan khas TalkMore 48 yang kami kira secara automatik pelan terbaik yang kami tahu di Malaysia.

Bukan sahaja jika dibandingkan pelan postpaid Maxis yang lain, TalkMore 48 adalah yang paling murah berbanding mana mana rangkaian lain.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Nidji Rakam Video Muzik Terbaru Bersama Pemain Manchester United

Posted: 30 Aug 2012 01:00 AM PDT

Gambar: Nidji Rakam Video Muzik Terbaru Bersama Pemain Manchester UnitedMelalui salah satu jenama yang menaja Manchester United, Mister Potato menawarkan Nidji untuk membekalkan sebuah lagu untuk pasukan bola sepak ternama itu.

Hasilnya, Nidji sepakat untuk menggunakan lagu Liberty & Victory sebagai lagu pemangkin semangat pemain Manchester United & juga para penyokong kelab tersebut.

Baru baru ini, kumpulan Nidji telah menjalani pengambaran video klip khas untuk lagu Liberty & Victory yang menampilkan beberapa orang pemain Manchester United.

Dalam gambar yang mereka kongsikan bersama peminat melalui Twitter kelihatan kelibat Wayne Rooney, Shinji Kagawa dan Antonio Valencia turut serta dalam pengambaran ini.

Vokalis Nidji menjelaskan yang pilihan lagu ini tepat buat Manchester United kerana ia’nya mampu menyatukan semua lapisan masyarakat atas nama bola sepak.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Adira Hiasi Majalah LISA Edisi Ke 20 Dan Fakta Hiburan Lain

Posted: 30 Aug 2012 12:09 AM PDT

Oleh kerana masalah teknikal, edisi fakta hiburan hari ini terpaksa di’bawa ke sessi petang dan macam’lah anda semua ambil peduli kalau ia’nya tiada pun. #LOL

Penyanyi berkulit cantik idaman ramai wanita, Adira (gambar) tampil sebagai wajah muka hadapan majalah LISA edisi ke 20 dan berkata beliau masih seorang perempuan sejati.

Lindsay Lohan telah di’senarai hitam oleh sebuah hotel mewah kerana tidak menjelaskan bil sebanyak US$46,350, menyangka ia’nya tanggungjawab orang lain. – NDTV

Program RM1,000,000 Money Drop bakal kembali ke kaca TV Oktober ini dan pihak Astro memaklumkan sessi ujibakat akan bermula pada 1 September di seluruh negara. – mStar Online

Bintang remaja, Vanessa Hudgens berkongsi melalui blog beliau akan percutian impian dengan tempat pertama adalah Maghribi dan pilihan kedua adalah Thailand. – Just Jared

Kumpulan pop remaja yang kini sedang popular, One Direction sudah mempunyai novel grafik sendiri yang menceritakan permulaan kumpulan ini di program X Factor. – Splash News


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda, Bakal Nikah Malam Ini

Posted: 29 Aug 2012 11:03 PM PDT

Gambar: Di Majlis Khatam al-Quran Izreen Azminda, Bakal Nikah EsokOh. Kami sangkakan majlis pernikahan pelakon drama bersiri Juvana ini bakal berlangsung esok, rupanya ia akan di’jalankan malam ini di Alor Setar, Kedah.

Izreen Azminda secara eksklusif berkongsikan dua keping gambar sekitar majlis khatam al-Quran beliau kepada Media Hiburan awal petang ini.

“Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun perkahwinan selepas ini”

Izreen Azminda bakal bergelar isteri kepada Muhamad Riza Baharudin (Riza) dalam majlis akad nikah malam ini dan majlis khatam al-Quran selamat berlangsung padi tadi.

Dua keping gambar yang di’kirimkan Izreen Azminda dan terima kasih buat Media Hiburan untuk tatapan anda selepas ini. Tahniah dari kami buat Izreen Azminda & pasangan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Nadia Annuar: Saya Percayakan Sammy 100%, Terima Kisah Silam Seadanya

Posted: 29 Aug 2012 08:56 PM PDT

Nadia Annuar: Saya Percayakan Sammy 100%, Terima Kisah Silam SeadanyaNama pengacara ini mula menjadi sebutan selepas kisah percintaan beliau dengan seorang penyanyi popular Indonesia mula di’ketahui oleh peminat hiburan Malaysia.

Nadia Annuar bersikap terbuka tentang hubungan beliau dan Sammy Simorangkir dan pengacara berusia 28 tahun ini juga gembira apabila kekasih’nya itu tidak menyorok status.

“Hubungan saya sebelum ini, si dia tidak gemarkan status masing masing menjadi suatu perkara yang di’ketahui umum tetapi lain dengan Sammy,” ujar Nadia Annuar.

Menurut beliau lagi, Sammy Simorangkir tidak segan & malu memperkenalkan dirinya sebagai kekasih kepada peminat dan media industri hiburan di Indonesia sana.

Di’minta memberikan komen tentang isu seorang wanita yang mengaku pernah tinggal bersama Sammy Simorangkir, bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) ini tenang menjawab.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Norish Karman: Individu Ugut Minta Wang & Sebarkan Gambar Anak

Posted: 29 Aug 2012 08:18 PM PDT

Selepas membuka mulut tentang status anak ke’empat beliau, Norish Karman semakin menjadi perhatian dengan pelbagai persoalan lain yang mula timbul.

Namun, semalam ketika di’temui media di majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini (WHI), Norish Karman ada menyatakan sebab sebenar gambar anak beliau tersebar.

“Ada pihak menyebarkan gambar anak saya kerana (dia) gagal mendapat wang ugutan,” ujar Norish Karman yang pada awal’nya seperti ingin mengelak wartawan.

Pelakon ini sekali lagi menjelaskan yang beliau memang ada merancang untuk perkenalkan anak’nya kepada umum tetapi pihak berniat jahat itu terlebih dahulu menyebarkan gambar.

Selain menerima sokongan moral yang kuat daripada rakan rakan & peminat, Norish Karman juga berkata beliau tidak berhajat meneruskan proses saman beliau.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...