RotiKaya |
| NOAH Nama Baru Peterpan, Bakal Terbit Album Dengan Semangat Baru Posted: 02 Aug 2012 06:05 PM PDT Akhirnya selepas sekian lama berteka teki tentang apakah nama baru yang bakal di’pilih Peterpan untuk kembali ke arena muzik Indonesia, mereka hari ini mengumumkan nama NOAH. Bekas ahli kumpulan Peterpan Ariel, Uki, Lukman, David, Reza mengumumkan nama baru untuk mereka kembali melalui Twitter rasmi mereka terlebih dahulu sebelum sebuah sidang media khas di’adakan. Apabila di’tanya tentang maksud sebenar NOAH & sama ada ia’nya ada kena mengena dengan nama Nabi Noh, Ariel pantas menjawab ia’nya tidak terlalu mengarah ke’sana tetapi lebih kepada muzik. Uki menambah yang menurut terjemahan kamus, NOAH membawa maksud seorang yang di’senangi, aman & mampu menjadi penenang dan itu menurut beliau merupakan arah tuju muzik baru mereka. Dengan nama baru ini, NOAH kini berada dalam semangat baru untuk menyiapkan album terbaru mereka yang kini sudah pun mencapai 80% sempurna untuk pasaran dengan tambahan dua buah lagu. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Posted: 02 Aug 2012 09:01 AM PDT
Dan, untuk program PING yang akan bersiaran malam ini, ia’nya merupakan edisi khas di’mana rakaman di’adakan di Sabah dan topik pastinya mempunyai kaitan rapat. Kali ini, PING akan membawakan diskusi berkaitan Fenomena Artis Borneo yang pasti’nya membahaskan pro dan kontra kemasukan artis Borneo ke Semenanjung Malaysia. PING edisi Sabah minggu ini menjemput artis kelahiran Sabah Jimmy Palikat, Nikky Palikat, Janrywine J Lusin dan DJ Othoe untuk membahaskan topik menarik ini. Jangan ketinggalan untuk mengikuti PING! malam ini (3 Ogos 2012) yang akan bermula 10.00 malam di TVi saluran Astro 180. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.