RotiKaya |
- Gambar: Farah Asyikin Kemalangan Jalan Raya, Pandu Kereta Sepupu
- Gambar: Beego Beraya Di Kelab Hiburan?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.186)
- ERA fm Anjurkan Juara Ping Pong JoHaRa Bersama Atlet Olimpik Malaysia
- Anak Ketiga: Amyza Aznan Keguguran
- Popular Di Seluruh Dunia, Gangnam Style Berjaya Mengutip RM31 Juta
- Gossip: Azwan Ali Suka Memaki Hamun Di Lokasi, Tidak Bayar Pelakon Ekstra?
| Gambar: Farah Asyikin Kemalangan Jalan Raya, Pandu Kereta Sepupu Posted: 27 Aug 2012 06:29 PM PDT
Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi tadi di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta di’pandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam. Kedua dua yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang di’pandu Farah Asyikin agak teruk keadaan’nya. Sumber kami turut memberitahu yang kereta di’pandu Farah Asyikin ini merupakan milik sepupu beliau. Sebarang berita atau perkembangan akan kami laporkan segera. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Beego Beraya Di Kelab Hiburan? Posted: 27 Aug 2012 10:13 AM PDT
Belum pun tamat isu khalwat beliau yang kini masih menjalani perbicaraan di mahkamah, Beego nampaknya di’uji lagi dengan dakwaan liar yang mula tersebar ini. Dua keping gambar yang mula tersebar menunjukkan seorang lelaki yang di’dakwa sebagai Beego bersama rakan rakan beliau berseronok di sebuah kelab hiburan. Menariknya, menurut sumber yang mendakwa sebagai rakan kepada rakan Beego ini, gambar ini di’rakamkan sekitar minggu lalu ketika ramai masih dalam mood Aidilfitri. Hmm. Sekurang kurangnya ini bukan gambar bogel ala Putera Harry ‘kan? Harapnya ini muka pelanduk dua serupa entah timbul dari mana. Lagi gambar ‘Beego’ selepas ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.186) Posted: 27 Aug 2012 09:15 AM PDT
Kerana kontroversi gambar bogel beliau di Las Vegas baru baru ini, Putera Harry telah menutup akaun Facebook beliau yang menggunakan nama samaran Spike Wells dan mempunyai kira kira 400 ‘rakan’. – The Daily Beast Aktress yang semakin laris di kaca televisyen hari ini, Anzalna Nasir mengakui yang diri’nya tidak boleh berenggang dengan kekasih hati, Hanif Zaki. Kahwin cepat? – mStar Online Dunia terkejut dengan berita pertunangan mereka dan terbaru Chad Kroeger di’katakan sebenarnya mengambil keputusan meninggalkan kekasih beliau untuk bersama dengan Avril Lavigne (gambar). Kisah klasik. – The Sun Hollywood mampu simpan rekod sebegini & menurut mereka, ini merupakan pertama kali Jessica Alba tampil dengan gaya rambut blonde dalam masa tiga tahun. Kita tidak pernah ingat gaya rambut selebriti tempatan. Heh. – People VIDEO HARI INI: Alang alang kita semua kini sedang di’landa demam Gangnam Style, Fly FM semalam tampil dengan versi mereka sendiri yang mereka panggil Super Kampung Style.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| ERA fm Anjurkan Juara Ping Pong JoHaRa Bersama Atlet Olimpik Malaysia Posted: 27 Aug 2012 09:05 AM PDT Ada sahaja idea kreatif timbul daripada mereka di ERA fm dan kali ini mereka berjaya membawa atlet atlet Olimpik Malaysia untuk bermain ping pong bersama para penyampai mereka. Juara Ping Pong JoHaRa ini mengambil tempat di studio penyiaran ERA fm & bukan calang calang atlet yang bersetuju untuk beradu kemahiran ping pong dengan Johan, Ray & Haniff. Atlet terlibat yang juga merupakan Duta Astro Arena adalah Azizulhasni Awang dan Fatehah yang kedua-duanya merupakan atlet berbasikal juga Leong Mun Yee & Bryan Nickson Lomas dari arena terjun. Memang gamat studio ERA fm pagi semalam dengan gelagat mereka semua & Juara Ping Pong JoHaRa di’akhiri dengan kekalahan Johan kepada Azizulhasni yang berjaya membawa pulang ‘pingat emas’. Anda terlepas mengikuti aksi mereka melalui siaran radio semalam? Tonton video yang di’rakam khas oleh ERA fm sepanjang Juara Ping Pong JoHaRa berlangsung. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Anak Ketiga: Amyza Aznan Keguguran Posted: 26 Aug 2012 10:15 PM PDT
“Tiada rezeki. Perancangan Allah lebih baik dan aku redha. Miscarriage untuk kandungan anak ketiga,” tulis Amyza Aznan sebentar tadi & ya, ayat kami susunkan semula. Menjawab persoalan peminat yang prihatin, Amyza Aznan berkata kandungan beliau baru berusia tiga minggu dan beliau tabah menghadapi dugaan Tuhan ini. Amyza Aznan mempunyai dua orang anak Andre Mikhail dan Adrian Adam hasil perkahwinan dengan Khairil Izhar dan juga pasangan ini pernah menjadi naib juara Sehati Berdansa. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Popular Di Seluruh Dunia, Gangnam Style Berjaya Mengutip RM31 Juta Posted: 26 Aug 2012 08:11 PM PDT
Dek populariti yang di’kecapi PSY di seluruh dunia melalui Gangnam Style, selebriti pop Korea ini di’katakan telah berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini. Majoriti pendapatan Gangnam Style adalah melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satu’nya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan kini PSY mempunyai 10 kontrak. Selain itu, konsert beliau Summer Stand yang berlangsung pada 11 Ogos 2012 lalu berjaya membawa masuk lebih US$3 juta ke dalam poket PSY. Itu hanya satu konsert. Penjualan lagu & album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gossip: Azwan Ali Suka Memaki Hamun Di Lokasi, Tidak Bayar Pelakon Ekstra? Posted: 26 Aug 2012 07:15 PM PDT
Siapa yang melekat di kaca televisyen Aidilfitri lalu, pasti tahu akan kewujudan sebuah program bernama Lemang Sebatang dan ya, ia’nya program Azwan Ali. Al-kisahnya, seorang peminat hiburan di forum Cari bercerita kisah yang Azwan Ali masih berhutang dengan pelakon ekstra untuk program tersebut sehingga hari ini. Menurut sumber, Azwan Ali menjanjikan bayaran sebanyak RM50 untuk tiga hari berkerja buat setiap pelakon ekstra yang terlibat namun sesen pun tidak di’terima. Bukan setakat tidak menerima bayaran, para pelakon ekstra ini juga tidak di’berikan makan minum sepanjang tiga hari bekerja — yang ada, makan maki hamun. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita yang baru sahaja kami terima. Penyanyi yang semakin aktif mendalami Islam, Farah Asyikin telah mengalami satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Rasanya baru sahaja awal bulan ini Beego meluahkan perasaan yang karier seni beliau seperti di’bunuh oleh kontroversi yang sering melanda diri beliau selama ini.

Sebentar tadi, menerusi akau Twitter beliau, Amyza Aznan berkongsi berita kurang baik berkaitan kandungan beliau yang di’sahkan telah mengalami keguguran.

No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.