RotiKaya |
- Zed Zaidi Selar Program Ulang Tayang & Lambakan Iklan Di Astro
- Selesai Risik, Shahz Jaszle Mengaku Bakal Bertunang Selepas Raya
- Jue Aziz Nafikan Hubungan Dengan Aidil Zafuan, Tahu Angkara Siapa
Zed Zaidi Selar Program Ulang Tayang & Lambakan Iklan Di Astro Posted: 23 Aug 2012 04:35 AM PDT
Awal malam tadi, melalui akaun Twitter peribadi Zed Zaidi meluahkan rasa kurang senang dengan amalam tayangan yang di’gunapakai pihak Astro sejak akhir akhir ini. “Astro hendak untung lebih. Sudah’lah bayar mahal setiap bulan, rancangan dari AXN, HBO, Max, Fox & lain lain semua di’ulang tayang jutaan kali — ada iklan lagi,” tulis beliau. Seterusnya Zed Zaidi menulis amalan Astro yang mengulang tayang program raya tahun tahun lepas & tiada rancangan baru kerana ingin mengurangkan kos penerbitan. Tindakan Astro itu menyebabkan Zed Zaidi mula persoalkan royalti kepada artis yang terlibat dengan program yang di’ulang tayang saban tahun ini — “…royalti artis bagaimana?” (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Selesai Risik, Shahz Jaszle Mengaku Bakal Bertunang Selepas Raya Posted: 22 Aug 2012 09:29 PM PDT
Kecoh juga apabila Shahz Jaszle secara tiba tiba di’katakan bakal bertunang dengan seorang gadis bernama Redzwani Puteri yang berakhir dengan majlis merisik. “Saya sudah bersedia untuk mengikat tali pertunangan dengan Puteri memandangkan kedua dua belah keluarga telah merestui hubungan kami,” ujar Shahz Jaszle. Menurut pelakon drama 3 Janji ini, beliau ingin melangsungkan majlis pertunangan dengan Redzwani Puteri secepat mungkin selepas sambutan Aidilfitri ini. Shahz Jaszle turut mengakui pada awalnya mereka merancang untuk berkahwin tahun ini juga tetapi keluarga pihak perempuan mahu mereka mengikut adat & peringkat. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Jue Aziz Nafikan Hubungan Dengan Aidil Zafuan, Tahu Angkara Siapa Posted: 22 Aug 2012 08:41 PM PDT
Jue Aziz hari ini menerusi Kosmo! menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Aidil Zafuan yang kini masih suami kepada Rita Rudaini. Namun, aktress berusia 29 tahun ini tidak menafikan yang beliau memang mengenali Aidil Zafuan secara peribadi tetapi hubungan mereka sekadar kawan biasa. “Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk,” ujar Jue Aziz yang kecewa dengan gossip ini. “Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil & jujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu.” (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.