RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.182)

Posted: 15 Aug 2012 12:24 PM PDT

Sering di’lihat sendirian tampil di mana mana majlis, gossip liar mengatakan Saiful Apek kini telah bercerai namun pelawak ini menafikan rumahtangga beliau alami sebarang masalah. – GUA

Polis New Zealand memberi alasan mereka menggunakan unit anti pengganas semasa serbuan ke atas rumah Kim Dotcom, pengasas Megaupload kerana bimbang beliau menggunakan ‘perut’ sebagai senjata. Huh? – BGR

Dalam temubual terbaru, Shia LaBeouf berkata dalam industri perfileman Hollywood sekarang ini tiada rumah untuk inovasi juag kreativiti & mahu lebih terlibat dengan filem indie. No more blockbuster?The Hollywood Reporter

Tidak cukup dengan empayar muzik & perniagaan, Jay-Z bakal mempunyai filem sendiri apabila dua pengarah bertaraf Oscar merakamkan festival muzik anjuran penyanyi rap itu untuk di’jadikan sebuah filem. – Page Six

Walaupun ada khabar mengatakan Kristen Stewart mungkin tidak kembali untuk sekuel, Universal Studios memberi harapan yang aktress itu masih boleh kembali ke set Snow White and the Huntsman selepas isu skandal. – L.A Times

VIDEO HARI INI: Mungkin ramai di’antara anda sudah menonton video muzik Gangnam Style oleh PSY & ini merupakan versi baru berjudul Oppa Is My Style menampilkan HyunA.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Siti Nurhaliza & Datuk K Tunaikan Umrah Sebelum Sambut Aidilfitri

Posted: 14 Aug 2012 07:50 PM PDT

Gambar: Siti Nurhaliza & Datuk K Tunaikan Umrah Sebelum Sambut AidilfitriSebenarnya sudah menjadi kelaziman buat penyanyi nombor satu negara ini untuk jejakkan kaki ke tanah suci Mekah setiap kali tiba’nya Ramadhan yang mulia.

Datuk Siti Nurhaliza kini bersama suami’nya Datuk K berada di Mekah untuk menunaikan umrah sebelum mereka sama sama menyambut hari raya Aidilfitri di’sini.

Memetik temubual Siti Nurhaliza bersama mStar Online setahun yang lalu, penyanyi ini mengakui yang kehidupan beliau tidak akan lengkap jika tidak ke’sana di’bulan puasa.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tidak Mahu Tunang, Anzalna Nasir Sasar Kahwin Dalam Masa 2 Tahun Lagi

Posted: 14 Aug 2012 07:28 PM PDT

Sedang orang lain sibuk bercerita tentang persiapan hari raya, timbul pula kisah mahu berkahwin daripada aktress yang namanya semakin meningkat naik ini.

Anzalna Nasir yang pernah terbabit dengan satu kontroversi bersama Neelofa mendedahkan niat beliau untuk tamatkan zaman bujang bersama kekasih, Hanif Zaki.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Anzalna Nasir berkata hubungan beliau dengan Hanif Zaki kini berjalan seperti biasa & jika boleh ingin kahwin cepat.

“Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum umur saya 26″

Menurut pelakon yang berusia 24 tahun ini, beliau sebolehnya tidak mahu langsungkan sebarang pertunangan sebaliknya mahu mengikat tali perkahwinan terus.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...