RotiKaya

RotiKaya


Maya Karin Mengakui Sedang Kenali Hati Budi Seseorang, Enggan Terburu

Posted: 13 Aug 2012 04:22 PM PDT

Perkembangan peribadi pelakon ini sering menjadi perhatian media terutamanya selepas berpisah dengan dengan bekas suami sekitar Julai 2010 yang lalu.

Lebih dua tahun hidup menyendiri, pastinya peminat tertanya tanya siapakah gerangan jejaka bertuah yang telah mengisi kekosongan hati Maya Karin ketika ini.

Bercakap kepada Gala TV Plus baru baru ini, Maya Karin ada mengakui yang diri’nya kini sedang mengenali hati seseorang tetapi enggan berfikir serius tentang hubungan.

“Saya ada juga keluar dating — tengok movie atau ada yang mengajak makan malam menjemput dari rumah dan ada jugak beberapa jejaka yang saya ingin berkenalan”

Maya Karin turut mengakui sering meminta pendapat adik beliau tentang seseorang jejaka tersebut & walaupun ada, tidak bermakna hubungan mereka kini bercinta.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kenny G Fail Penceraian Selepas 20 Tahun Berkahwin, Berpisah Tujuh Bulan

Posted: 13 Aug 2012 04:21 PM PDT

Pemuzik jazz & pemain saksofon terkenal, Kenny G telah memfailkan permohonan cerai terhadap isteri’nya selama 20 tahun selepas tujuh bulan berpisah.

Pemuzik berusia 56 tahun & memiliki nama sebenar Kenneth Bruce Gorelick khabarnya memfailkan penceraian pada 9 Ogos lalu atas alasan sudah tidak sehaluan.

Isteri beliau, Balynda Helene Benson-Gorelick telah memfailkan tuntutan untuk berpisah secara rasmi pada Januari lalu & menuntut hak penjagaan penuh anak mereka.

Manakala Kenny G melalui permohonan cerai Khamis lalu telah menuntut hak penjagaan sama rata terhadap anak lelaki tunggal mereka yang kini berusia 14 tahun, Noah. – People


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Nasihat Ustaz Azhar Idrus Kepada Selebriti Yang Berhijrah

Posted: 13 Aug 2012 11:16 AM PDT

Jangan ambil pusing sangat dengan video yang di’ambil dari sudut yang jauh, kata kata Ustaz Azhar Idrus dalam satu majlis keagamaan baru baru ini lebih penting.

Hujung minggu lalu, Ustaz Azhar Idrus tampil bersama Abby Abadi, Faizal Tahir & Man Raja Lawak dalam satu majlis ilmu yang mengambil tempat di Shah Alam.

Salah satu soalan yang di’ajukan kepada Ustaz Azhar Idrus melalui Abby Abadi adalah berkaitan fenomena penghijrahan selebriti hari ini & ilmu agama mereka.

Menurut penceramah agama popular ini, penghijrahan mereka sesuatu yang baik dan menjadi kemestian untuk umat Islam lain untuk suka dengan perubahan yang mereka ambil.

“Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), di’situ tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh,” ujar beliau.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Yusry KRU: Lisa Surihani Kuat Makan Dan Bakal Beraya Di Rumah Baru

Posted: 13 Aug 2012 11:13 AM PDT

Ingat lagi akan kisah rumah banglo mewah yang di’reka Yusry KRU yang khabarnya siap pada Julai 2012 yang lalu? Ya, dan pasangan ini akan beraya di’sana.

Melalui ruangan hiburan Harian Metro hari ini, laporan menyebut yang Lisa Surihani & Yusry KRU sudah pun berpindah rumah baru yang terletak di Country Height Resort, Kajang.

Menjelang sambutan Aidilfitri yang tinggal kurang seminggu ini, pasangan ini khabarnya sedang sibuk mereka hiasan dalaman & luar rumah mewah mereka itu.

Kalau tidak keberatan, mungkin pasangan ini boleh anjurkan rumah terbuka untuk peminat meraikan kediaman baru mereka. Dan, Yusry KRU kata diri’nya sudah gemuk.

“Yang geramnya, Lisa tak jadi gemuk tapi saya pula yang naik berat badan,” komen Yusry KRU akan tabiat makan’nya yang berubah gara gara isteri yang kuat makan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Remy Ishak Wajah Muka Hadapan Majalah August Edisi Ogos 2012

Posted: 13 Aug 2012 11:10 AM PDT

Jarang sebenarnya untuk kami paparkan selebriti lelaki yang menjadi penghias muka hadapan sesuatu majalah tetapi yang ini terlalu bagus untuk kami biarkan.

Remy Ishak yang kini boleh di’katakan secara tidak rasmi memegang status Hero Malaya muncul sebagai penghias muka hadapan majalah untuk lelaki, AUGUST edisi Ogos 2012.

Mengenakan persalinan mewah Gucci, tidak banyak perkara baru di’kongsikan Remy Ishak dalam keluaran majalah ini tetapi bagi beliau Ogos sesuatu yang bermakna.

Menurut kekasih Tiz Zaqyah ini, bulan Ogos 2012 merupakan sesuatu yang bermakna untuk beliau kali ini kerana filem baru lakonan beliau 29 Februari bakal muncul di’pawagam.

Atas sebab itu juga beliau tidak teragak agak untuk berkata ya apabila di’tawarkan untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah August edisi terbaru ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.180)

Posted: 13 Aug 2012 10:55 AM PDT

Pelakon kontroversi, Neelofa berkata beliau tidak kecil hati dengan teguran Yusof Haslam baru baru ini selain mengatakan yang ianya sengaja di’perbesarkan pihak ketiga. – mStar Online

Pengacara sensasi Hollywood, Ryan Seacrest khabarnya sangat berminat untuk membeli seluruh Dick Clark Productions yang menerbitkan anugerah Golden Globes, Miss Universe Peagent & banyak lagi program TV popular. – The Wire

Mendapat jolokan America’s Sweetheart, Jennifer Aniston kini di’sahkan bertunang dengan penulis skrip & pelakon Justin Theroux tetapi masih tiada tarikh di’tetapkan untuk majlis perkahwinan mereka. – ABC News

Selepas tujuh bulan lahir ke dunia, anak pasangan Beyonce & Jay-Z ini masih menjadi misteri dan buruan media tetapi baru baru ini ibu’nya sendiri mengirimkan gambar terkini beliau ke Tumblr & laman rasmi Beyonce.com. – People

Miley Cyrus (gambar) hari ini tampil dengan potongan rambut baru yang agak drastik pendek’nya dan khabarnya ini sesuatu yang ingin dilakukan sejak zaman Hannah Montana. – LA Times

VIDEO HARI INI: Somebody That I Used To Know mungkin sebuah lagu yang paling banyak menerima video dedikasi & Gotye jadikan semua’nya sebagai sebuah simfoni khas.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

The Wanted Turun Malaysia Untuk Konsert Penuh September 2012

Posted: 12 Aug 2012 11:51 PM PDT

Kumpulan paling hangat dari United Kingdom, The Wanted telah mengesahkan kehadiran mereka ke konsert penuh sulung mereka di Malaysia pada September nanti.

Popular dengan lagu debut All Time Low, kumpulan ini terdiri dari Max George, Nathan Sykes, Jay McGuiness, Tom Parker & Siva Kaneswaran datang untuk kali kedua.

Sekitar Februari 2011 yang lalu, The Wanted hadir untuk sebuah showcase khas di Laundry Bar, The Curve & penampilan kali ini bakal lebih bermakna dengan konsert penuh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung

Posted: 12 Aug 2012 10:54 PM PDT

Berkat kemuliaan bulan Ramadhan mungkin, beberapa orang selebriti Malaysia mengambil keputusan untuk terus melakukan perubahan positif dalam hidup mereka.

Jika minggu lalu kita di’khabarkan dengan berita Nurul Syuhada Nurul Ain yang kini sudah sah kembali bertudung, hari ini ada khabar gembira datang dari Ayu Raudhah.

Media Hiburan online hari ini melaporkan yang pelakon drama Gemersik Kalbu ini sudah pun mengesahkan yang beliau kini telah pun bertudung sepenuh’nya.

“Alhamdulillah, saya selesa dengan penampilan terbaru kini. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Suami pula suka dan menyokong perubahan saya ini,” ujar Ayu Raudhah.

Ura ura mengatakan Ayu Raudhah kini sudah bertudung timbul semalam apabila Kosmo! menulis yang isteri kepada Zaquan Adha ini meminta tudung untuk sessi fotografi.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fizo Omar Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor?

Posted: 12 Aug 2012 10:32 PM PDT

Lama kita tidak mendengar gossip kisah cinta pelakon lelaki popular ini & kali terakhir adalah ketika beliau di’gossipkan bercinta dengan kakak kepada Anzalna Nasir.

Namun, laporan Malaysian Digest hari ini menyebut yang Fizo Omar ada memberikan kenyataan tentang status terkini beliau & juga teman istimewa beliau ketika ini.

Fizo Omar di’khabarkan mengakui yang beliau kini mempunyai seorang teman istimewa & gadis tersebut sedang belajar di luar negara dalam jurusan kedoktoran.

“Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi”

“Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal cinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan & keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah,” ujar Fizo Omar.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...