RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.179)

Posted: 12 Aug 2012 10:33 AM PDT

Selepas beberapa minggu berada di takhta, kini The Dark Knight Rises telah di’atasi oleh Bourne Legacy yang berjaya mengutip US$40.3 juta berbanding hanya US$19.5 juta hujung minggu lalu. – Just Jared

Bukan tahun yang senang untuk kebanyakkan pasangan Hollywood namun Beyonce & Jay-Z berjaya menduduki tangga teratas sebagai pasangan paling tinggi pendapatan dengan jumlah bersama US$78 juta. – MSN

Ahli sukan Olimpik paling berjaya, Michael Phelps telah sah bersara di usia 27 tahun & bakal menyertai sebuah program realiti TV untuk mengasah bakat beliau dalam permainan golf bersama bekas jurulatih Tiger Woods. – Daily Herald

Namewee sekali lagi tampil dengan kontroversi dan kali ini Lee Chong Wei sendiri meminta maaf kepada semua atas video yang di’keluarkan selebriti itu yang tidak berpuashati dengan kemenangan Lin Dan di Olimpik 2012. – The Star

Kelihatan muncul bersama pada 2008 untuk siri jelajah reunion mereka, Spice Girls (gambar) kembali membuat persembahan untuk majlis penutup Olimpik London 2012. – The Wire

VIDEO HARI INI: Kami gunakan Excel untuk mengira dan sekali sekala berlagak professional dengan angka, tetapi ini kegunaan terkini untuk Excel, hasilkan sebuah video klip.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kesal Sikap Neelofa, Yusof Haslam Pesan Supaya Jangan Lupa Diri

Posted: 12 Aug 2012 09:22 AM PDT

Tidak senyap nampaknya kontroversi yang melanda selebriti bernama Neelofa ini. Ada sahaja masalah yang timbul berkait dengan pelakon & pengacara ini.

Terbaru melalui Berita Harian semalam, Datuk Yusof Haslam khabar’nya meluahkan perasaan beliau yang kurang senang dengan sikap Neelofa sejak akhir akhir ini.

Yusof Haslam khabar’nya kurang senang dengan sikap Neelofa yang enggan turun ke rangka promosi filem terbaru yang di’bintangi beliau, S.A.M yang bakal ke pawagam.

Komunikasi antara Skop Productions dengan Neelofa juga sangat sukar menurut laporan tersebut apabila beliau enggan menjawab sebarang SMS atau panggilan.

Yusof Haslam turut menyampaikan pesan buat Neelofa supaya jangan lupa diri setelah popular sekarang ini walaupun watak dalam filem S.A.M merupakan watak kecil.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...