RotiKaya |
- Fida Rancang Pindah Ke Indonesia, Bakal Kembang Kerjaya?
- Gambar: Nicholas Saputra Gandingan Tiz Zaqyah Untuk Iklan Aidilfitri
- PING: Realiti Vs. Maya
| Fida Rancang Pindah Ke Indonesia, Bakal Kembang Kerjaya? Posted: 10 Aug 2012 01:04 AM PDT
Melalui akaun Twitter beliau, Fida menulis yang beliau kini dalam perancangan untuk berpindah ke Indonesia dalam masa terdekat & ia’nya menjadi satu kejutan buat peminat beliau. “Dalam perancangan untuk berpindah ke Indonesia,” tulis Fida ringkas sebelum di’balas dengan pelbagai spekulasi dan pertanyaan daripada peminat beliau di Twitter. “Penghijrahan pasti akan berlaku pada setiap manusia. Pada follower, jangan terkejut dan sedih sebab kita masih boleh berhubung melalui Facebook & Twitter ‘kan?” tambah Fida lagi. Menjawab beberapa soalan peminat beliau, Fida menafikan yang beliau mempunyai seseorang di Indonesia yang menjadi sebab penghijrahan beliau ke sana. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Nicholas Saputra Gandingan Tiz Zaqyah Untuk Iklan Aidilfitri Posted: 09 Aug 2012 08:23 PM PDT
Masih ingatkah anda akan Nicholas Saputra yang memegang watak idaman ramai gadis di’dunia nyata dalam filem Ada Apa Dengan Cinta? Ya, jejaka bernama Rangga. Tiz Zaqyah melalui Facebook beliau berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan bintang Indonesia itu kini sedang berada di Malaysia untuk penggambaran. Namun, kedatangan Nicholas Saputra bukan untuk berlakon drama atau filem, tetapi ia’nya satu sessi pengambaran sebuah iklan baru bersempena kedatangan Aidilfitri. Tidak dapat di’pastikan keluaran siapa tetapi iklan raya ini turut melibat Tiz Zaqyah, Fatimah Abu Bakar & juga Sam Bunkface. Pasti menarik hasil iklan raya Aidilfitri yang bakal keluar nanti. Sementara itu, nikmati gambar hasil ‘curi’ kami dari Facebook rasmi Tiz Zaqyah. Enjoice?(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Posted: 09 Aug 2012 08:05 PM PDT
Seperti minggu minggu sudah, PING! membawakan kepada anda diskusi ilmiah berkaitan isu dalam dunia hiburan Malaysia hari ini melalui TVi saluran Astro 180. Minggu ini, PING! membahaskan fenomena kemunculan artis realiti dan sejak akhir akhir ini, artis yang lahir menerusi bakat di Youtube atau pun medium internet. Membawa tajuk Realiti vs. Maya, PING! kali ini menjemput bintang realiti TV Marsha Milan Londoh dan dua orang bintang Youtube iaitu Ainan Tasneem juga Sheryl Len Love. Selain artis jemputan, pihak Rotikaya juga telah berbesar hati menerima jemputan RTM untuk muncul dalam episod kali sebagai penyibuk & pembahas hujah. Heh. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Di’kala selebriti lain sibuk berhijrah dari segi kerohanian serta peribadi, Rafidah Ibrahim atau lebih di’kenali Fida memberi gambaran yang beliau bakal berhijrah lokasi.
Nampaknya ‘perang’ iklan raya Aidilfitri tahun ini seakan baru bermula. Namun sehingga kini selamat untuk di’kata yang iklan Bernas masih mendahului yang lain.
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.