RotiKaya

RotiKaya


Ashton Kutcher & Mila Kunis Terbang Ke Bali, Indonesia Untuk Bercuti

Posted: 01 Aug 2012 11:28 AM PDT

Nampaknya gossip mengatakan pasangan ini memang sah bercinta semakin hangat & tidak boleh di’abaikan. Maklumlah mereka figura popular Hollywood.

Walaupun belum mengakui yang mereka kini bersama, terdapat sumber mengesahkan yang Ashton Kutcher & Mila Kunis kini berada di Bali, Indonesia untuk bercuti.

Memang jauh mereka terbang untuk lari daripada lensa kamera paparazzi namun sebelah sini tidak kurang juga mereka yang betah mengikuti perjalanan gossip Hollywood.

Ashton Kutcher & Mila Kunis khabarnya menginap di sebuah resort bertaraf lima bintang di wilayah selatan Pulau Dewata namun tiada maklumat jelas akan nama lokasi tersebut.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.172)

Posted: 01 Aug 2012 10:55 AM PDT

Walaupun sudah menerima nasihat mahkamah, Rita Rudaini (gambar) berkata beliau tidak berhasrat mengadakan sebarang perbincangan dengan suami’nya, Aidil Zafuan tentang isu rumahtangga mereka. – mStar Online

Selepas kecewa dengan khabar kecurangan Kristen Stewart, Robert Pattinson telah keluar dari rumah dan khabarnya kini menumpang di rumah mewah seorang lagi selebriti popular Reese Witherspoon. – Too Fab

Senarai calon penuh telah keluar dan nampaknya Drake & Rihanna merajai senarai pencalonan MTV Video Music Awards 2012 yang akan berlangsung September ini dengan lima kategori masing masing. – MTV

Salah seorang pengarah & penulis filem The MatrixLarry Wachowski kini mahu di’kenali sebagai Lana Wachowski selepas mengumumkan yang beliau kini merupakan seorang wanita & bukan lagi lelaki. – ABC News

Ini hasil fotografi yang epik. Barisan selebriti ternama Hollywood seperti Johnny Depp, Beyonce, Penelope Cruz, Jessica Biel dan lain lain dalam karakter Disney. – Swift Film

VIDEO HARI INI: Justin Bieber baru sahaja melancarkan video muzik terbaru beliau untuk lagu As Long As You Love Me, betapa sedap’nya lihat beliau di’tumbuk Michael Madsen.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Aktif Berpolitik, Abby Abadi Sudah Nikah ADUN Kelaboran PAS?

Posted: 01 Aug 2012 12:16 AM PDT

Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi di’mana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar ‘pendakwah bebas’ ini.

Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi.

Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Gaya Tasha Shila Dengan Koleksi Raya ‘La Dolce Von Teese’

Posted: 31 Jul 2012 09:39 PM PDT

Gambar: Gaya Tasha Shila Dengan Koleksi Raya La Dolce Von TeeseKalau mengikut kalendar wanita seluruh Malaysia, jika minggu ini mereka masih belum mempunyai persalinan baru untuk pagi Aidilfitri nanti, mereka wajib untuk panik.

Jangan risau kerana jika anda masih mencari cari persalinan sempurna untuk meraikan raya anda, koleksi raya La Dolce Von Teese rekaan Hatta Dolmat mungkin untuk anda.

Mengambil figura berpengaruh dunia fesyen Dita Von Teese sebagai inspirasi, pereka terkenal negara ini tampil dengan koleksi baju kurung elegan yang sedia untuk di’pakai.

Hatta Dolmat memilih Tasha Shila untuk menjadi model & wajah koleksi raya La Dolce Von Teese dan saksikan gaya menarik beliau dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat.

Berminat dengan koleksi raya ini ? Anda boleh hubungi terus Hatta Dolmat melalui maklumat yang terkandung dalam blog rasmi beliau. Serang HATTA by Hatta Dolmat.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Juliana Evans, Black Ke Australia Untuk Remaja Ekstrem TV9

Posted: 31 Jul 2012 09:05 PM PDT

Gambar: Juliana Evans, Black Ke Australia Untuk Remaja Ekstrem TV9Tengok, tengok gambar di’sebelah. Selebriti kalau makan ais krim pun boleh jadi comel. Dan, itu Juliana Evans & Black Mentor ketika berada di Australia.

Menurut apa yang kami perolehi secara tidak rasmi, Juliana Evans & Black bersama krew TV9 terbang ke bumi Australia untuk rakaman program Remaja Ekstrem.

Remaja Ekstrem merupakan sebuah program aksi lasak untuk golongan remaja bagi menggalakkan lebih ramai antara mereka terlibat di’dalam aktiviti di’luar rumah.

Jadi, kalau teringin untuk lihat Black mahu pun Juliana Evans melakukan aktiviti ekstrim di Australia, boleh’lah tunggu episod kemunculan mereka tidak lama lagi di TV9.

Sementara itu, layankan dahulu beberapa keping gambar yang di’kongsikan oleh team Remaja Ekstrem dan Juliana Evans sendiri ketika mereka berada di’sana.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...