RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Siti Saleha Wajah LISA Ogos 2012 & Akui Syed Adney Hanya Kawan

Posted: 31 Jul 2012 01:41 PM PDT

Musim perayaan memang satu musim menarik untuk industri majalah di Malaysia. Berlumba untuk terbitkan edisi yang terbaik & paling untung adalah kami si plagiat. HAHA!

Majalah yang masih baru di’pasaran, Lisa sehingga hari ini agak jarang mengecewakan dengan penampilan segar selebriti sebagai penghias muka hadapan dalam setiap edisi.

Untuk edisi Ogos 2012 yang menampilkan konsep Ranggi Raya, Lisa menampilkan aktress yang semakin meningat naik dalam kelas’nya tersendiri, Siti Saleha.

Memetik temubual Lisa bersama Siti Saleha untuk edisi kali ini, pastinya soalan berkaitan hubungan beliau dengan pemain bola sepak Sabah FA bernama Syed Adney menjadi pilihan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.171)

Posted: 31 Jul 2012 09:21 AM PDT

Paramount Pictures mengeluarkan dua buah teaser untk filem terbaru mereka Paranormal Activity 4 yang akan ke pawagam pada 19 Oktober. Kalau berani, sila tonton. – Dread Central

Akhirnya tuan badan bersuara. Emma Watson menegaskan yang khabar angin mengatakan beliau akan menjadi pelakon utama untuk adaptasi filem dari novel Fifty Shades of Grey tidak benar sama sekali. – Too Fab

Penganjur Olimpik London 2012 mengesahkan yang Paul McCartney berserta bintang lain yang membuat persembahan di acara pembukaan tempoh hari hanya menerima bayaran sebanyak £1.00 (RM4.90). – The Star

Pelik tetapi benar. Penyanyi rap Snoop Dogg kini mahu di’kenali dengan nama baru iaitu Snoop Lion selepas menjalani satu upacara kerohanian di Jamaica baru baru ini & bakal muncul dengan album reggae. Huh? – Washington Post

Sempena mengingati 50 tahun pemergian Marilyn Monroe (gambar), ini senarai 50 perkara yang anda mungkin tidak pernah tahu tentang aktress bertaraf lagenda ini. – The Wire

VIDEO HARI INI: Setiap tahun pada 1 Ogos seluruh bandar Warsaw, Poland akan ‘beku’ untuk satu minit sebagai mengenang mereka yang berjuang untuk kemerdekaan pada 1944.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bekas Pengurus Pentas Saman Hafiz Suip RM200,000, Kes Rebut Kekasih?

Posted: 31 Jul 2012 06:13 AM PDT

Kalau anda masih ingat, tahun lepas kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila Hafiz Suip di’khabarkan menolak jatuh seorang pengurus pentas wanita kerana hilang sabar.

Pengurus pentas tersebut bernama Nur Haniza Mohd Azhar, 25 telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz Suip ekoran insiden itu.

Menurut Nur Haniza, Hafiz Suip telah datang kepada’nya ketika berliau menjalankan tugas untuk Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Hafiz Suip khabarnya memaksa beliau untuk berjumpa namun Nur Haniza menolak dengan baik kerana sedang menjalankan tugas ketika itu — namun tetap di’desak.

Ketika Nur Haniza menuruni tangga untuk meneruskan tugas beliau, Hafiz Suip di’katakan menolak beliau sehingga terjatuh & mengalami kecederaan di’bahagian kaki.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Irma Hasmie Mengandung?

Posted: 30 Jul 2012 11:54 PM PDT

Bukan kata peminat Irma Hasmie, kami sendiri boleh tahan teruja kalau perkhabaran ini benar belaka dan datang dari mulut empunya badan sendiri.

Namun, satu gossip yang mula bertebaran hari ini sebenarnya merupakan salah faham pengikut Irma Hasmie di Twitter akan kenyataan beliau kepada seorang rakan.

Baru baru ini, Irma Hasmie telah menulis kenyataan kepada rakan melalui Twitter mengucapkan tahniah atas kandungan & gembira kerana rakan’nya kini sudah bertiga.

Namun kenyataan Irma Hasmie itu telah di’salah anggap oleh sesetengah pengikut beliau yang terus mengucapkan tahniah kepada pelakon & pengacara ini tanpa sebab.

Kami cuba menghubungi Irma Hasmie untuk mendapatkan pengesahan tentang kandungan beliau namun panggilan tidak berjawab dan rasa’nya kini tidak perlu.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Mamat Sepah Perlu Henti Bagi Kenyataan Memakan Diri Sendiri – Hazrey

Posted: 30 Jul 2012 10:52 PM PDT

Mamat Sepah Perlu Henti Bagi Kenyataan Putar Belit - HazreyTiba tiba nama Hazrey menjadi sebutan peminat dunia hiburan Malaysia termasuk di forum forum ekoran ‘perbalahan’ dengan Mamat Sepah minggu lalu.

Tidak berpuashati dengan kenyataan Hazrey terhadap beliau akan kejadian gambar kemalangan Zed Zaidi, Mamat Sepah dengan ego tidak mahu meminta maaf.

Namun kenyataan terbaru daripada Hazrey kepada media hari ini meminta supaya pelawak ini berhenti memberikan lebih kenyataan yang sebenarnya boleh memakan diri.

“Janganlah nak tegak benang yang basah. Sesiapa yang ada mengikuti dari awal tahu apa yang ditulis oleh Mamat Sepah di Twitter,” ujar Hazrey kepada Utusan Malaysia.

Hazrey turut mempersoalkan tindakan Mamat Sepah menutup akaun Twitter jika benar tidak bersalah kerana ia’nya satu medium yang baik untuk menampilkan dakwaan beliau.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Hairie Othman Tidak Tolak Kemungkinan Untuk Bertanding PRU 13

Posted: 30 Jul 2012 09:18 PM PDT

Lagi kisah selebriti dan politik & rasanya kami boleh wujudkan ruangan untuk liputan khas untuk fenomena ini. Dan, jarang sangat kisah mereka ini mengecewakan.

Selain Abby Abadi yang rancak berdakwah dan berkempen melalui Twitter, Hairie Othman seorang lagi selebriti yang sering di’lihat muncul di pentas ceramah PAS.

Di’temui Malaysia Kini baru baru ini, Hairie Othman menjawab persoalan juga khabar angin yang mengatakan beliau bakal menjadi calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya.

“Itu saya saya tidak menolak (kemungkinan akan dicalonkan). Tetapi buat masa ini saya masih belum memikirkan ke arah itu. Saya anggap diri saya ini sebagai aktivis parti sahaja”

Tambah Hairie Othman lagi, lebih ramai selebriti dan para artis menyokong Pakatan Rakyat berbanding sebelum ini tetapi ramai yang berdiam diri kerana mahu kekal dalam industri.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Nora Danish Bersama Rayqal Di Majlis Berbuka Puasa

Posted: 30 Jul 2012 07:51 PM PDT

Gambar: Nora Danish Bersama Rayqal Di Majlis Berbuka PuasaEntah tiada ribut tiada angin semalam timbul satu gossip liar mengatakan Nora Danish kini sedang hangat bercinta dengan pelakon popular, Shaheizy Sam.

Di’mulakan oleh sebuah akhbar hujung minggu, Shaheizy Sam sendiri menafikan perkara tersebut yang di’anggap tidak logik, mengarut dan tidak berasas. – mStar Online

Bercakap kepada GUA hari ini, Nora Danish berkata beliau membatalkan hasrat untuk pulang beraya ke Myanmar seperti biasa kerana krisis yang sedang melanda.

Dan, berbalik kepada tajuk, Nora Danish semalam hadir ke majlis sidang media pelancaran novel Mencari Cinta dan juga majlis berbuka puasa yang berlangsung di Jalan Ampang.

Hadir dengan mengenakan busana merah sedondon dengan anak lelaki kesayangan, Rayqal, pasangan anak beranak ini memang menjadi salah satu tumpuan hadirin.

Terima kasih kepada Media Hiburan, anda kini boleh menatap wajah terkini Nora Danish bersama Rayqal sekitar majlis yang berlangsung semalam. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Pelaburan Di Internet: Adi Putra Kena Tipu RM19,000, Masalah Terlalu Peribadi

Posted: 30 Jul 2012 06:54 PM PDT

Bukan perkara baru kalau kisah individu mengalami kerugian kerana tertipu dengan janji manis orang lain menerusi internet. Pelakon Adi Putra menjadi mangsa terbaru.

Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon ini telah kerugian sebanyak RM19,000 dalam satu pelaburan internet yang di’sertai melalui kakak’nya sendiri baru baru ini.

Namun, Adi Putra enggan menceritakan lanjut tentang bentuk penipuan yang di’alami kerana menurut beliau ia’nya terlalu peribadi untuk di’ceritakan kepada umum.

“Tolong hormati pendirian saya kerana apa yang berlaku sudah menjadi kes polis. Apa yang boleh saya katakan, perkara itu kini menjadi milik kerajaan,” ujar Adi Putra.

Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur mengesahkan perkara ini dan memberitahu Adi Putra memasukkan RM19,000 ke akaun suspek namun tidak mendapat pulangan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...