RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.170)

Posted: 30 Jul 2012 09:34 AM PDT

Kisah terbaru tentang episod kecurangan pasangan hangat Hollywood ini. Sumber terbaru hari ini menyatakan yang Kristen Stewart tidak pernah menjalani sebarang hubungan seks dengan pengarah Rupert Sander. – DNA

Ratu skandal seks China, Zhang Ziyi (gambar) kini di’katakan sedang hangat bercinta dengan seorang pengacara TV bernama SaBeining dan khabarnya lelaki itu sudah pun melamar aktress ini untuk bergelar isteri. – Asia One

Beberapa hari ini, berlegar gossip mengatakan Katie Holmes telah pun menemui pengganti Tom Cruise apabila di’lihat keluar makan bersama seorang jejaka muda kacak. Sayangnya, jejaka itu di’sahkan sebagai peguam beliau. – Perez Hilton

Berita yang gegarkan dunia muzik pop Korea hari ini, CCM (Core Contents Media) mengumumkan yang kontrak Hwayoung bersama kumpulan sensasi T-ara tamat serta merta dan ini mencetuskan reaksi peminat bercampur. – allkpop

Peminat How I Met Your Mother, ini ada berita baik. Siri televisyen epik ini bakal mengeluarkan sebuah album penuh mengandungi runut bunyi daripada siri tersebut seperti Nothing Suits Me Like a Suit. Yeay? – Vulture

VIDEO HARI INI: Peminat James Bond? Saksikan video berdurasi 30 saat sebagai pemanas badan untuk filem terbaru 007 berjudul Skyfall ini. Daniel Craig masih awesome eh?(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Abby Abadi Hilang Kontrak Duta Tudung Kerana Sertai Pakatan Rakyat

Posted: 29 Jul 2012 10:57 PM PDT

Ah tidak, cerita tentang Abby Abadi lagi. Tidak’kah media Malaysia mempunyai kisah lain untuk di’katakan? Tiada & sila telan sahaja apa yang kami suapkan. HAHA!

Awal pagi tadi, menerusi akaun Twitter beliau, Abby Abadi memberi kenyataan yang kontrak beliau sebagai duta tudung untuk sebuah syarikat telah terbatal secara rasmi.

Sekitar Mei 2012 yang lalu, Abby Abadi telah di’lantik secara rasmi sebagai duta dan jurucakap untuk produk keluaran Al-Humaira Contemporary selepas beliau bertudung.

Namun menurut kenyataan Abby Abadi, pemilik syarikat itu tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang Abby Abadi yang terlibat dalam parti pembangkang.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” tulis Abby Abadi yang di’dakwa sebagai kenyataan Hani Elia pemilik Al-Humaira Contemporary.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sasha Saidin: Hubungan Bersama Bekas Suami Dingin Sejak Setahun Lalu

Posted: 29 Jul 2012 10:31 PM PDT

Penceraian Sasha Saidin memang sesuatu yang mengejutkan peminat dunia hiburan tahun ini. Tiada sebarang khabar, tahu tahu sahaja pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah.

Punca utama penceraian mereka masih menjadi tanda tanya namun baru baru ini Sasha Saidin tampil membuka cerita sebenar kepada wartawan Berita Harian.

Menurut Sasha Saidin, beliau tidak berasa diri sunyi menjalani ibadah puasa tahun ini tanpa suami kerana sejak setahun lalu, hubungan mereka sudah pun mulai dingin.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Norish Karman Enggan Jawab Isu Gambar Lahirkan Anak, Serah Pada Tuhan

Posted: 29 Jul 2012 10:11 PM PDT

Bukan pihak media sahaja mendambakan jawapan daripada mulut empunya badan, para peminat yang keliru juga perlukan jawapan ya atau tidak Norish Karman.

Namun, pelakon yang kini juga penyanyi ini tetap mengunci mulut tidak mahu mengulas lanjut tentang isu gambar lahirkan anak beliau yang tersebar di’internet.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang satu pertemuan wartawan mereka baru baru ini bersama Norish Karman juga gagal mendapatkan jawapan yang di’nantikan.

"Saya tak nak jawab,” itu jawapan awal Norish Karman sebelum beliau terus memandang ke arah lain tetapi tetap membuka mulut memberikan satu kenyataan umum.

"Biarlah orang nak bercakap apapun. Ibu saya pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya,” ujar Norish Karman.

“Ibu juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah. Saya tak mahu melatah dengan mana-mana media pun untuk marah.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...