RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Sharifah Aleya Kini Bertudung?

Posted: 28 Jul 2012 05:45 PM PDT

Kami kurang gemar mendengar atau membaca kenyataan yang mengatakan hijrah bertudung ini sebagai bermusim. Ia’nya sesuatu yang tidak boleh di’duga oleh sesiapa. Heh.

Hujung minggu lalu, rakan kami ada mengatakan yang beliau terserempak dengan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya di One Utama dan nampak perubahan yang ketara.

Bukan perubahan apa apa, tetapi Sharifah Aleya di’lihat manis bertudung penuh ketika itu. Ketika itu kami anggap mungkin ibu kepada dua orang anak ini baru pulang dari majlis berbuka.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Siti Nurhaliza Hiasi Pancaindera & Koleksi Kosmetik Khas Raya

Posted: 28 Jul 2012 04:19 PM PDT

Jarang jarang untuk kami paparkan wajah muka hadapan untuk sisipan akhbar & kali ini pun kami berminat dek kerana ia’nya menampilkan selebriti berpengaruh Dato’ Siti Nurhaliza.

Sisipan Pancaindera bersama Mingguan Malaysia hari ini memaparkan kisah nostalgia berpuasa Siti Nurhaliza yang kami rasa sudah saban tahun di’ulang tetapi tetap menarik.

Dato’ Siti Nurhaliza berkongsi cerita tentang bagaimana beliau menjaja kuih di’sekitar kediaman sepanjang Ramadhan dan pernah curi curi minum air paip kerana dahaga.

Berbicara tentang sambutan Aidilfitri, Siti Nurhaliza mengakui yang beliau belum membuat sebarang persiapan kerana masih awal & belum pun memutuskan untuk beraya di’mana.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Pelakon Filem ‘The Raid’, Joe Taslim Bakal Muncul Dalam Fast & Furious 6

Posted: 28 Jul 2012 03:20 PM PDT

Filem Indonesia The Raid: Redemption nampak’nya belum sempat ke pasaran Malaysia tetapi kami tahu anda ada cara untuk dapatkan’nya segera dan sila tonton.

Salah seorang pelakon utama filem ini, Joe Taslim yang juga merupakan bekas juara Judo dan ahli seni bela diri terlatih telah terpilih menyertai barisan pelakon Fast & The Furious 6.

Melalui akaun Twitter beliau, Joe Taslim mengatakan yang beliau kini sedang berada di kota London untuk penggambaran filem terbaru ini bersama pengarah Justin Lin.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Erra Fazira & Engku Emran Buat Persiapan Untuk Aidilfitri Bersama

Posted: 28 Jul 2012 03:02 PM PDT

Masuk minggu kedua kita berpuasa, maka bermulalah kisah persiapan Aidilfitri yang akan menjadi satu soalan lazim para wartawan — dan ini kisah Erra Fazira & Engku Emran.

Satu Malaysia rasanya tahu gossip rumahtangga mereka yang belum berkesudahan namun ini ada sedikit perkembangan positif untuk anda yang tertanya tanya.

Dalam kenyataan kepada Harian Metro baru baru ini, Erra Fazira berkata beliau kini sudah pun memulakan persiapan Aidilfitri bersama suami, Engku Emran untuk mereka sekeluarga.

Erra Fazira kini sibuk dengan persiapan untuk pementasan Tun Siti Hasmah selain turut terlibat di’lokasi untuk drama Mana Hilangnya Juwita? & perniagaan hamper raya beliau.

“Kalau bercakap soal persiapan, fokus saya lebih kepada Aleesya. Setakat ini saya ada tiga pasang baju raya untuknya dan hujung Ramadan nanti, saya akan beli lagi. Tahun lalu dia ada 10 pasang baju raya,” ujar Erra Fazira.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...