RotiKaya

RotiKaya


Putera William Dan Kate Middleton Bakal Lawat Malaysia September 2012

Posted: 27 Jul 2012 01:24 AM PDT

Istana St. James hari ini telah mengesahkan jadual awal untuk lawatan rasmi Putera William dan juga isteri, Kate Middleton bersempana sambutan Queen’s Diamond Jubilee.

Pasangan diraja paling popular & di’kenali di seluruh dunia ini akan tiba di Malaysia pada 13 September 2012 dan akan melawat melawat Kuala Lumpur serta negeri Sabah.

Duke and Duchess of Cambridge ini akan berada di Malaysia selama tiga hari sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon pada 16 September 2012 untuk lawatan seterusnya.

Putera William dan Kate Middleton kini sedang sibuk dengan tugas mereka sebagai duta rasmi untuk temasya sukan Olimpik London 2012 yang bermula secara rasmi esok.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Anak Sulung Zed Zaidi Dan Isteri, Ryan Ziqry Lahir 9.30 Pagi Tadi

Posted: 27 Jul 2012 12:12 AM PDT

Gambar: Anak Sulung Zed Zaidi Dan Isteri, Ryan Ziqry Lahir 9.30 Pagi TadiTahniah buat Zed Zaidi dan isteri, Natalia Mustafa Kamal yang selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka awal pagi tadi di Pusat Perubatan Tropicana, PJ.

Isteri Zed Zaidi selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.32 kilogram yang di’berikan nama Ryan Ziqry itu melalui teknik pembedahan sekitar jam 9.30 pagi tadi.

“Ikutkan isteri saya nak bersalin secara normal tetapi doktor menasihatkan untuk melakukan pembedahan kerana saiz bayi terlalu besar. Bagaimanapun syukur semuanya telah selamat”

Sebentar tadi, Zed Zaidi buat pertama kali berkongsikan wajah anak lelaki sulung beliau melalui Twitter dan anda dapat tatap wajah’nya selepas ini. Comel!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Faizal Tahir, Wardina Safiyyah Dan Nabil Untuk Iklan Tesco Malaysia

Posted: 26 Jul 2012 11:24 PM PDT

Okay. Selepas ini kami perlu pergi ke HQ Tesco Malaysia untuk minta bayaran kerana menulis tentang kempen Tesco sempena Aidilfitri 2012. Berharap bukan main.

Mungkin anda pernah lihat semua video ini di kaca televisyen tetapi kami rasa masih ia’nya berbaloi untuk anda ulang tonton di’Youtube kerana konsepnya yang kelakar.

Menampilkan selebriti berpengaruh Malaysia, kempen Tesco Malaysia kali ini di’jayakan oleh Wardina Safiyyah, Nabil Raja Lawak, Faizal Tahir, Ana Raffali, Syafiq Rahim & Anis Nabilah.

Selari dengan kontroversi kenyataan Abby Abadi yang sedang di’perkatakan sekarang, Wardina Safiyyah dan Ana Raffali yang kedua duanya bertudung elok tampil berbayar untuk iklan ini.

Dan, tidak pula kami rasakan ‘kerja’ sebegini melanggar mana mana garis panduan atau syariah Islam seperti yang di’tuntut Abby Abadi. Apa apa pun, enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...