RotiKaya

RotiKaya


Isu Sokong Pembangkang: Ning Baizura Serahkan Pada Peguam

Posted: 26 Jul 2012 02:33 PM PDT

Okay. Kami ingatkan kecaman Ning Baizura terhadap mereka yang menyebarkan khabar palsu yang beliau menyokong parti pembangkang sebagai satu penamat.

Dalam kenyataan terbaru kepada Malaysian Digest, Ning Baizura menyatakan hasrat beliau untuk membawa perkara ini ke peringkat yang lebih serius — undang undang.

“Saya ingin menyatakan yang saya menyokong kerajaan yang sedia ada. Saya bangga apa yang saya lihat sekarang. Itulah prinsip saya sejak dari dulu lagi,” jelas Ning Baizura.

Menurut Ning Baizura, beliau tiada masalah dengan penyebaran gambar bertudung kerana ia’nya sesuatu yang baik tetapi tidak senang dengan pihak yang mengambil kesempatan.

Kenyataan melalui akaun Twitter beliau baru baru ini jelas Ning Baizura adalah tindakan terbaik & jangka pendek beliau untuk membersihkan nama dan menjelaskan keadaan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Konsert Big Bang Di Malaysia Bakal Telan Kos Keseluruhan RM4 Juta?

Posted: 26 Jul 2012 02:14 PM PDT

Ini satu lagi kisah yang akan buat penggiat seni tempatan tidak senang duduk lebih lebih lagi pemuzik, penyanyi yang sering menyelar fenomena yang ‘tidak sihat’ ini.

Bukan pertama kali kita dengar penganjur konsert sanggup keluarkan sejumlah wang yang besar untuk menjayakan konsert untuk penyanyi luar tetapi tidak untuk penyanyi tempatan.

Big Bang bakal turun ke Malaysia untuk Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 pada 27 Oktober 2012 ini & khabarnya  keseluruhan konsert mereka menelan belanja RM4 juta.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.168)

Posted: 26 Jul 2012 10:22 AM PDT

Selepas Kristen Stewart membuat permohonan maaf secara terbuka, Robert Pattinson kini di’khabarkan telah keluar dari rumah yang di’kongsi bersama di Los Angeles dan mereka tidak berhubung langsung. – People

Penyanyi yang selalu asyik ingin bergelar billionaire, Bruno Mars (gambar) di’khabarkan baru sahaja melaburkan US$3.3 juta untuk sebuah rumah mewah di Hollywood Hills yang memang sesuai untuk orang bujang. – Too Fab

Hanya beberapa hari selepas pembebasan vokalis mereka, lagu terbaru Peterpan berjudul Separuh Aku telah terbocor ke internet & ada konspirasi mengatakan ini salah satu strategi pemasaran mereka. – detikHot

Terlupa terus akan kisah tragik beliau di’pukul suami Februari 2012 lalu, Ani Mayuni hari ini berkata berasing rumah selama sebulan setengah dengan suami berjaya memulihkan hubungan mereka seperti biasa. – mStar Online

Tahukah anda negara paling banyak menonton video muzik pop Korea bukan’nya Korea Selatan, tetapi Jepun? Dan, Malaysia sendiri mencatat tontonan video k-pop yang agak tinggi berbanding negara negara lain. – The Wire

VIDEO HARI INI: Untuk menghiburkan hati anda di hari Jumaat sebelum hujung minggu esok, mari kita saksikan kesakitan, kepedihan dan kegagalan minor manusia seluruh dunia.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Mamat Sepah: Saya Mohon Maaf Kepada Semua Kecuali Yang Seorang Itu

Posted: 26 Jul 2012 12:30 AM PDT

“Saya sudah berkali kali sahkan dengan artis senior tersebut sebelum letakkan gambar tersebut di Twitter saya,” terang Mamat Sepah sebagai pembuka bicara.

Kecoh untuk 48 jam yang lepas, Mamat Sepah di’kecam hebat dek menjadi punca penyebaran berita palsu kemalangan yang melibat pelakon & juga Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Isu ini menjadi kecoh selepas beberapa individu termasuk wartawan senior menegur perbuatan tidak beretika Mamat Sepah itu di Twitter dan pelawak ini naik angin.

“Saya terkejut Hazrey (wartawan) dengan tidak memberi salam menghentam saya dua, tiga kali macam saya tiada maruah dan pada mulanya saya malas untuk melayan”

“Tetapi kemudian saya naik angin selepas ada perkataan yang mengguris hati. Saya ini artis macam manusia lain juga, ada perasaan. Janganlah jadi batu api di media sosial”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Di Sebalik Tabir Sesi Fotografi Lisa Surihani Dan Yusry KRU

Posted: 25 Jul 2012 11:41 PM PDT

Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya lebih istimewa untuk Lisa Surihani dan Yusry KRU kerana inilah pertama kali mereka menyambut hari raya sebagai suami & isteri.

Dan, tidak hairan jika pasangan secocok ini menjadi rebutan pelbagai majalah hiburan untuk di’jadikan wajah penghias muka hadapan untuk terbitan khas Aidilfitri.

Yang terbaru, majalah hiburan mingguan terhangat di Malaysia, Media Hiburan berjaya mendapatkan pasangan ini untuk tampil khas buat peminat untuk edisi 28 Julai 2012.

Tampil dengan persalinan merah sedondon, Lisa Surihani dan Yusry KRU berbicara tentang kerjaya mereka ketika ini yang sibuk sehingga terpaksa mencuri masa untuk bersama.

Gambar sahaja mana memadai bukan? Video di’sebalik tabir sesi fotografi Yusry KRU dan Lisa Surihani untuk anda tonton gelagat comel mereka. Heh. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bakal Raya Di Rumah Anne Ngasri & Aliff Aziz Sudah Lupakan Zarina Anjoulie

Posted: 25 Jul 2012 10:30 PM PDT

Nampaknya kisah kontroversi antara Aliff Aziz & pelakon simbol seks, Zarina Anjoulie tamat begitu hanya tanpa ada kesudahan yang dramatik seperti di’jangka.

Zarina Anjoulie juga sehingga ke hari ini tidak lagi mengeluarkan apa apa kenyataan terhadap hubungan beliau dengan Aliff Aziz dan bunyi seperti tiada siapa peduli.

Dalam kenyataan terbaru kepada Yahoo! Malaysia, Aliff Aziz berkata beliau sudah melupakan Zarina Anjoulie & tidak mahu lagi mengingati kontroversi hitam itu.

Pendendang lagu Jangan Ganggu Pacarku ini berkata beliau sudah tidak mahu di’selubungi kontroversi negatif dalam karier selepas ini kerana bimbang di’tuduh sengaja mencari publisiti.

Bercakap tentang kekasih’nya ketika ini, Aliff Aziz meluahkan rasa gembira kerana Anne Ngasri seorang yang menyokong kuat karier seni beliau di Malaysia ketika ini.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...