RotiKaya |
- Gambar: Babak Kemalangan Lakonan Zed Zaidi Untuk Drama Jadi Perhatian
- Johan As’ari Akui Sayang Nabila Huda Dan Enggan Label Hubungan Cinta
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.166)
- Gambar: Sharifah Amani Duta Permainan Bola Sepak Atas Talian FIFA
- 6ixth Sense Rakam Album Khas Sempena Bulan Ramadhan, Tentang Kita
- Dejavu Di Kinabalu: Giliran Anda Tentukan Penghujung Kisah Cinta Nadira
| Gambar: Babak Kemalangan Lakonan Zed Zaidi Untuk Drama Jadi Perhatian Posted: 24 Jul 2012 11:32 AM PDT
Kalau di’lihatkan kepada sekeping gambar yang tersebar luas di Twitter ketika itu, memang keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat. Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Johan As’ari Akui Sayang Nabila Huda Dan Enggan Label Hubungan Cinta Posted: 24 Jul 2012 09:05 AM PDT
Jika sebelum ini Nabila Huda memberikan maklum balas mengakui hubungan beliau dengan Johan As’ari yang semakin akrab, kini giliran sang jejaka memberikan kenyataan. Melalui mStar Online hari ini, Johan As’ari mengakui apa yang di’tulis melalui Twitter tempoh hari menggambarkan hubungan sebenar mereka yang akrab & saling menyayangi. Namun, Johan As’ari enggan meletakkan status hubungan mereka sebagai bercinta tetapi tidak akan segan memberitahu kepada semua jika mereka ke peringkat seterusnya. “Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah. Apa apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia’lah orang yang paling beruntung” (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.166) Posted: 24 Jul 2012 09:01 AM PDT
Pernah tonton filem Despicable Me? Ya, watak minion comel berwarna kuning daripada filem itu akan mempunyai jalan cerita & filem penuh sendiri yang bakal ke pawagam sekitar tahun 2014. Hidup kita semua bakal sempurna. – The Wrap Novel erotik berjudul 50 Shades of Grey nampaknya begitu popular di luar sana & proses membawa’nya ke layar perak sudah pun bermula & Emma Watson (gambar) di’khabarkan sebagai calon terbaik untuk watak utama. – Examiner Seorang lelaki yang terselamat dalam insiden tembakan di Colorado hujung minggu lalu berhasrat menyaman Warner Bros. kerana wujudkan elemen ganas dalam filem The Dark Knight Rises yang di’dakwa menjadi punca. – The Wire Katie Holmes muncul buat pertama kali sebagai penghias muka hadapan majalah untuk C Magazine edisi Ogos 2012 dan beliau berbicara kehidupan beliau kini yang lebih tenang bersama Suri selepas bercerai. – Pop Sugar VIDEO HARI INI: Walaupun video ini memang bertujuan komersial, tetapi ia’nya ada satu suntikan jiwa. David Beckham tampil mengejut buat penyokong sempena Olimpik 2012.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: Sharifah Amani Duta Permainan Bola Sepak Atas Talian FIFA Posted: 24 Jul 2012 12:38 AM PDT
Anda suka main permainan komputer? Pasti permainan bola sepak daripada siri FIFA keluar EA Sport menjadi salah satu pilihan dan kegemaran anda. Dengan kemajuan teknologi sekarang, siri permainan sukan ini di’bawa ke versi online dengan judul FIFA Online 2 dan seiring dengan versi baru, EA Sport lancarkan satu kempen khas. Menariknya, aktress Sharifah Amani telah di’lantik sebagai salah seorang duta kempen Let’s Play! Ignite Your Passion yang bertujuan menarik lebih ramai pemain untuk turut serta. Sharifah Amani di’pasangkan bersama pelakon Cindy Chen yang juga merupakan bekas peserta Miss World Malaysia 2008/09 yang di’menangi oleh Soo Wincci. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| 6ixth Sense Rakam Album Khas Sempena Bulan Ramadhan, Tentang Kita Posted: 23 Jul 2012 11:01 PM PDT
Nyata pertaruhan mereka menjadi apabila lagu Penerang Hati menjadi siulan ramai dan memanjat tangga carta muzik di radio tempatan selain menjadi pilihan karaoke peminat. Bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, 6ixth Sense tampil dengan sebuah album khas yang mengandungi 6 buah lagu berunsur kerohanian termasuk Penerang Hati. Album ini di’beri judul Tentang Kita sebagai satu simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan, tidak mengira situasi apa pun seseorang manusia itu berada. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Dejavu Di Kinabalu: Giliran Anda Tentukan Penghujung Kisah Cinta Nadira Posted: 23 Jul 2012 08:36 PM PDT
Tiz Zaqyah yang memegang watak Nadira dalam drama bersiri Dejavu Di Kinabalu menghangatkan lagi ‘perang Twitter’ antara dua jejaka yang merebut cinta beliau. Nazim Othman tampil dengan @TeamBazli & Aqasha dengan akaun @TeamAmmar dan anda juga mempunyai peluang untuk menentukan penghujung kisah cinta mereka bertiga. Bagi anda yang mengikuti perjalanan Dejavu Di Kinabalu, pasti anda tahu Nadira kini tersepit antara cinta Ammar, lelaki yang telah mengajarnya erti sebenar kasih & cinta atau pulang ke pangkuan Bazli, lelaki yang banyak berkorban untuknya. Anda boleh mengundi Dejavu A untuk Ammar atau pun Dejavu B untuk Bazli dan hantarkan ke 33399 & talian undian akan di’buka sehingga jam 8.00 malam 26 Julai 2012 ini. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Terkejut juga kami apabila awal tengah malam tadi, terdapat beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.
Memang kami puji sikap terbuka kedua dua belah pihak dalam isu ini apabila tidak lari daripada persoalan peminat dunia hiburan Malaysia yang tertanya tanya.
Hollywood sedang asyik memerhatikan hubungan baru Ashton Kutcher dan Mila Kunis dan dalam masa yang sama mantan isteri, Demi Moore di’katakan patah hati dengan kisah cinta bekas suami beliau itu. Heh. –
Bukan bermain bola sepak di’atas tali, tetapi secara online. Kami bersihkan dahulu kekeliruan sebelum ada yang kata kami pandai pandai cipta terma bahasa sendiri. Heh.
Kumpulan ini mempertaruhkan single Penerang Hati bersama Saujana sebelum ini untuk memulakan langkah mereka dalam muzik berunsur kerohanian buat peminat.
Ingat lagi kisah Tiz Zaqyah yang kami khabarkan kembali ke arena Twitter tetapi hanya untuk sementara, ia ada kena mengena dengan drama terbaru beliau.
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.