RotiKaya

RotiKaya


Tiz Zaqyah Kini Kembali Ke Twitter, Tetapi Hanya Untuk Sementara?

Posted: 19 Jul 2012 09:15 AM PDT

Adakah ini berita? Entah, dunia artis semua perkara boleh kami laporkan. Heh. Dan, ini kisah selebriti yang kini mengambil keputusan kembali ke dunia Twitter.

Tiz Zaqyah sebelum ini pernah mengumpul angka pengikut yang agak ramai di Twitter dengan nama @TizTizTiz sebelum berhenti tanpa sebab & beralih ke Facebook.

Lewat malam tadi menerusi akaun Facebook milik beliau, Tiz Zaqyah umumkan yang beliau kembali ke arena Twitter dengan nama @IamTizzaqyah — dan ia’nya bersifat sementara.

Untuk 30 minit akaun Twitter beliau aktif, Tiz Zaqyah sudha berjaya mengumpul pengikut seramai lebih 500 orang dan jika ini sesuatu yang sementara, agak sayang di’situ.

Tulisan pertama beliau menyebut yang Erma Fatima merupakan salah seorang ‘penghasut’ beliau untuk kembali ke Twitter & kami harap Tiz Zaqyah kekal di’platform ini. Heh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.163)

Posted: 19 Jul 2012 09:05 AM PDT

Gabungan yang tidak pernah terlintas, Wings kini di’bawah naungan KRU Studios dan mereka bakal mengeluarkan album terbaru berjudul Menakluk Kosmos selepas mereka tandus tanpa album selama 14 tahun. – mStar Online

Dengan 24 buah restoran seluruh dunia, jualan buku masakan yang laris & rancangan TV sendiri, Gordon Ramsay telah di’nobatkan sebagai chef selebriti berpendapatan paling tinggi dengan US$38 juta. – Montreal Gazette

Aktress Hollywood terkenal, Halle Berry telah di’kejarkan ke hospital baru baru ini selepas terjatuh di set penggambaran filem terbaru beliau, The Hive – mengalami kecederaan ringan di’kepala & kini stabil. – TMZ

Bintang remaja kesayangan anda semua, Justin Bieber tampil sebagai penghias muka hadapan edisi terbaru Rolling Stones dan berkata beliau kini mahu di’kenali dengan sifat lebih kelelakian. Okay. – Just Jared

Penampilan berbeza Kristen Stewart (gambar) di Comic-Con 2012 baru baru ini menimbulkan spekulasi sama ada bintang Twilight ini telah menjalani pembedahan plastik di’bahagian ada kerana ya, nampak berbeza. Hmm. – The Superficial

VIDEO HARI INI: Ingat lagi tragedi tsunami sekitar tahun 2005 lalu? Sebuah filem berkisar peristiwa itu akan ke pawagam hujung tahun ini, lakonan Naomi Watts & Ewan McGregor.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Penjelasan Pembatalan Konsert Salaam Sami Yusuf di Stadium Malawati

Posted: 19 Jul 2012 09:00 AM PDT

Berikutan laporan kurang tepat di media tempatan baru-baru ini, syarikat pengurusan Sami Yusuf, ETM International (ETM), ingin menyatakan kepada para peminat Sami Yusuf di Malaysia sebab sebenar tentang pembatalan konsert di Stadium Malawati pada minggu lalu.

Sebelum meninggalkan Malaysia, pihak ETM terlebih dahulu mengarahkan pihak peguam mereka untuk memberikan notis kepada OEP; pihak penganjur yang bertapak di Singapura, berkaitan beberapa perkara yang telah melanggar kontrak persembahan Sami di Malaysia.

Pihak OEP telah gagal untuk bertindak balas kepada pihak peguam. Apabila Sami tiba di Kuala Lumpur, secara jelas pihak OEP tidak menangani isu tersebut. OEP telah secara jelas tidak menghormati tanggungjawab mereka.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Selepas Pelakon Dan Pengacara, Neelofa Kini Intai Peluang Jadi Penyanyi?

Posted: 18 Jul 2012 08:58 PM PDT

Apa cerita Neelofa selepas kontroversi bersama Analna Nasir? Well, seperti semua sudah tahu, beliau ke kota Mekah untuk kerjakan umrah sambil menjalani penggambaran drama.

Dan, khabarnya kini Neelofa sedang mengintai peluang untuk bergelar penyanyi pula selepas berjaya bergelar pelakon dan juga pengacara selama ini.

Ruangan gossip Harian Metro hari ini menulis yang sumber terdekat & boleh di’percayai dengan Neelofa berkata selebriti itu menerima tawaran daripada sebuah syarikat rakaman.

Pastinya Neelofa mempunyai bakat dan juga keinginan untuk menyanyi jika tidak masakan sebuah syarikat rakaman berani untuk melamar Neelofa sebagai artis naungan mereka.

Sebelum melangkah jauh, Neelofa khabarnya kini sedang menjalani proses memantapkan vokal beliau dengan menyertai kelas vokal namun nama guru’nya masih misteri. Heh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

ADV: Hujung Minggu Bersama Capital FM 88.9 Sempena ‘Viva La Diva’

Posted: 18 Jul 2012 08:30 PM PDT

Kalau anda belum tahu, kami di’belakang Rotikaya semua’nya lelaki dan baru baru ini di’jemput untuk menikmati layanan terbaik yang seorang wanita boleh terima. Read on.

Hujung minggu yang lalu, stesen radio Capital FM dengan frekuensi 88.9 menganjurkan satu program layanan khas untuk meraikan wanita Malaysia hari ini — Viva La Diva.

Aktiviti yang berlangsung seharian itu memang sesuatu yang menyeronokkan lebih lebih lagi kami pulang dengan barisan beg hadiah & hasil membeli belah secara percuma.

Oleh kerana kami kata seharian, ada baiknya kami ceritakan apa kerseronokan yang kami tempuhi sepanjang hari satu per satu berserta gambar untuk anda cemburu. Heh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...