RotiKaya

RotiKaya


Akhirnya, Alyah Mengakui Sedang Kenali Hati Budi Ramli MS

Posted: 18 Jul 2012 06:38 PM PDT

Spekulasi tentang percintaan mereka berdua sudah menjadi buah mulut para peminat & penggiat seni sejak tahun 2010 lagi. Tetapi, kedua dua’nya masih bermain tarik tali.

Ramli MS di’khabarkan mula rapat dengan Alyah selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) berakhir di Genting Highlands pada 3 April 2011.

Namun sejak gossip itu keluar, Ramli MS mahu pun Alyah sendiri sering mengelak menjawab secara terus soalan yang berkaitan dengan hubungan mereka berdua.

Dan, laporan terbaru Media Hiburan mengatakan Alyah hari ini mengakui yang beliau sedang berkawan dengan Ramli MS & mereka kini sedang mengenali hati budi.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.162)

Posted: 18 Jul 2012 09:54 AM PDT

Selepas kontroversi yang melanda tahun lalu, penganjuran Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 19 yang bakal berlangsung 17 November 2012 ini menerima sistem penghakiman baru & harapnya tiada lagi isu. – mStar Online

Antara filem yang di’nanti segelintir kelompok peminat tegar, Twilight – Breaking Dawn Part 2 baru sahaja melancarkan barisan poster eksklusif watak watak dalam filem tersebut sebelum ke pawagam November ini. – EW

Pelakon Hollywood Sylvester Stallone telah melantik penyiasat peribadi terkenal, Scott Ross untuk menyiasat akan semua kemungkinan yang boleh menjelaskan kematian anak lelaki beliau, Sage Stallone minggu lalu. – TMZ

Majalah Marie Claire Afrika Selatan mengambil risiko dengan menampilkan Duchess of Cambridge, Kate Middleton (gambar) sebagai penghias muka hadapan edisi terbaru mereka. Dan ya, ia’nya superimpose. Sangat berani. – People

Entah apa salah penyanyi ini, sekumpulan penggiat internet telah melengkapkan satu undian dengan menghantar Pitbull untuk membuat konsert di Walmart, Alaska. Populasi: 6,191 orang. – Starpulse

VIDEO HARI INI: Bersempena pembukaan filem The Dark Knight Rises seluruh Malaysia bermula hari ini, video sedutan dokumentari sejarah Batmobile sesuai untuk di’tonton.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ning Baizura Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar Bertudung

Posted: 18 Jul 2012 09:10 AM PDT

Ning Baizura Kecam Dakwaan Sertai PAS & Sebar Gambar BertudungLagi kisah selebriti dengan politik? Apa kita semua boleh buat, khabar’nya pilihanraya semakin hampir dan kisah kisah sebegini menjadi lumrah sebelum musim gantung poster. Heh.

Jika semalam, ada kisah pihak mempersoalkan niat hijrah Abby Abadi sama ada kerana agama atau politik, Ning Baizura juga kini terkena tempias isu politik parti pembangkang.

Awal hari semalam, Ning Baizura melalui akaun Twitter beliau mengecam tindakan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mendakwa beliau sudah pun menyertai parti politik itu.

“PAS sebar fitnah katanya saya Ning Baizura sudah masuk parti pembangkang & sebarkan gambar saay bertudung untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!” tulis Ning Baizura.

Tindakan PAS menyebarkan gambar bertudung Ning Baizura juga di’kecam penyanyi ini kerana di’dakwa sebagai menggunakan hasil kerja lain untuk kepentingan politik.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sentuh Isu Tidak Menutup Aurat & Hijrah Abby Abadi Mula Dipersoal

Posted: 17 Jul 2012 11:00 PM PDT

Sentuh Isu Tidak Menutup Aurat, Hijrah Abby Abadi Mula DipersoalKalau anda mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, selebriti itu kini memang sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri dan hey, itu sesuatu yang bagus.

Walaupun di’cabar oleh Dato’ AC Mizal untuk berdebat tentang isu ISA & PDRM, Abby Abadi tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama & politik beliau kini.

Awal pagi tadi, Abby Abadi telah menulis melalui Twitter beliau meminta pandangan tentang keadaan kini di’mana ramai wanita tidak menutup aurat & menjadi perkara biasa.

“Kanapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh?”

Ayat Abby Abadi kami strukturkan semula supaya senang anda baca. Yang penting, pertanyaan Abby Abadi itu mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Siti Nurhaliza Tampil Buat Persembahan & Kerajaan Kelantan Keluar Amaran

Posted: 17 Jul 2012 08:22 PM PDT

Hujung minggu lalu, Datuk Siti Nurhaliza telah hadir ke Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu dan mengadakan persembahan ringkas.

Kehadiran Siti Nurhaliza ke majlis tersebut dan persembahan beliau telah menyebabkan kerajaan Kelantan mengeluarkan amaran keras terhadap semua pihak.

Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1998 yang telah dikuatkuasakan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata yang mereka di’maklumkan yang program itu bersifat motivasi.

“Namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka,” ujar Datuk Takiyuddin Hassan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...