RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.161)

Posted: 17 Jul 2012 10:45 AM PDT

Selain daripada kenyataan yang beliau berbogel, iklan minyak wangi terbaru Lady Gaga dengan nama Fame ini merupakan salah satu iklan yang agak menakutkan & pelik. – Telegraph

Pelakon Farid Kamil telah tercedera kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak yang turut akibatkan tempurung lutut kiri’nya retak. Beliau di’nasihat untuk berehat selama enam minggu. – mStar Online

Selepas sah bercerai dengan Katy Perry, Russell Brand yang baru baru ini seakan memperlekeh bekas isteri’nya di’sebuah program TV di’lihat keluar bersama teman wanita baru beliau bernama Isabella Brewster. – Splash News

Kereta Mercedes yang di’naiki Katie Holmes dan anak’nya Suri telah di’langgar oleh sebuah lori sampah di New York baru baru ini dan kemalangan kecil ini tidak mengakibatkan apa apa kecederaan kepada kedua mereka. – People

Bintang The Dark Knight Rises yang semakin popular kini, Joseph Gordon-Levitt menghiasi muka hadapan majalah GQ untuk edisi Ogos 2012 & beliau berbicara tentang zaman remaja beliau yang agak serius. – Just Jared

VIDEO HARI INI: Maaf jika slowpoke tetapi kami baru sahaja berjumpa video sepasang lelaki Jepun bermain Russian Roulette tetapi menggunakan pistol mainan & paku tekan. Yes.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Tayangan Perdana Filem The Dark Knight Rises, New York

Posted: 17 Jul 2012 10:17 AM PDT

Gambar: Sekitar Tayangan Perdana Filem The Dark Knight Rises, New YorkKami sebenarnya ada memasang impian untuk hadir ke majlis tayangan perdana filem bersaiz mega sebegini & berlaga bahu dengan para pelakon Hollywood. Tetapi, yeah.

Harap ada studio filem yang baca impian kami dan berbesar hati untuk terbangkan kami ke’sana. Heh. Sementara itu, ini malam tayangan perdana The Dark Knight Rises.

Filem ini merupakan filem paling di’nantikan oleh para peminat hiburan seluruh dunia kerana ia’nya merupakan filem terakhir dalam siri Batman arahan Christopher Nolan.

The Dark Knight Rises bakal membuka tayangan pada 19 Julai ini untuk pasaran Malaysia dan kami sudah pun menonton filem ini awal hari semalam — dan ia’nya awesome!

Beberapa hari lalu, berlangsung majlis tayangan perdana The Dark Knight Rises buat pertama kali’nya yang mengambil tempat di AMC Lincoln Square Theater, New York.

Beberapa keping gambar di’sekitar majlis tersebut untuk anda tatap sebelum pergi beratur di pawagam berhampiran untuk tiket The Dark Knight Rises.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sekian Lama Eksklusif Untuk Filem, Maya Karin Kini Berlakon Drama?

Posted: 17 Jul 2012 09:33 AM PDT

Kami pernah teringat yang Maya Karin ada berkata yang beliau mahu menumpukan kerjaya lakonan beliau dalam filem sahaja tetapi sebagai manusia lemah, kami lupa bila. #LOL

Sukar sebenarnya untuk melihat aksi lakonan Maya Karin di kaca televisyen sama ada melalui drama bersiri atau telemovie kerana khabarnya Maya Karin eksklusif untuk filem.

Namun ura ura terbaru ada mengatakan yang heroin Ombak Rindu ini bakal muncul dengan drama bersiri sebanyak 20 episod tidak lama lagi di TV3.

Seorang peminat hiburan di forum hiburan Cari berkongsi kisah krew produksi yang hadir ke sebuah rumah di Lagenda Height, Sungai Petani untuk di’jadikan set penggambaran.

Menurut sumber lagi, kediaman yang di’cari itu adalah untuk menjadi ‘kediaman’ watak Maya Karin dan suami’nya dalam sebuah drama yang bakal menghiasi slot Samarinda.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ariel Peterpan: Taubat Itu Adalah Urusan Antara Saya Dengan Tuhan

Posted: 17 Jul 2012 09:00 AM PDT

Kalau anda berada di Indonesia, berita pembebasan penyanyi berpengaruh ini menjadi satu perhatian nasional & para peminat sudah bersedia untuk menerima beliau kembali.

Namun, untuk segelintir pihak di’sana hukuman penjara yang di’kenakan ke’atas Ariel Peterpan tidak memadai dan mereka menuntut proses taubat secara terbuka.

Ariel Peterpan membuka cerita yang pernah ada mereka datang dengan al-Quran & kamera meminta penyanyi ini untuk segera bertaubat namun bukan itu cara yang beliau mahu.

Ada antara mereka yang di’benarkan masuk ke penjara bertemu Ariel Peterpan lalu bercerita panjang lebar berkenaan soal agama dan sekali lagi meminta penyanyi ini bertaubat

“Saya terus beritahu yang taubat itu merupakan urusan saya dengan Tuhan di’atas sana. Saya paling tidak suka isu agama di’bawa ke hadapan kamera,” ujar Ariel Peterpan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Artis Indie, Fynn Jamal Perlukan Bantuan Anda Untuk Pembedahan Anak

Posted: 17 Jul 2012 06:17 AM PDT

Kalau anda pengguna internet tegar dan suka melayan video di Youtube, pasti anda pernah terlintas akan lagu berjudul 150 Juta nyanyian Fynn Jamal. Anda terhibur?

Hari ini Fynn Jamal memerlukan bantuan & ihsan anda semua demi meringankan beban keluarga beliau untuk menanggung kos pembedahan bayi lelaki beliau berusia 1 bulan 2 minggu.

Bakti Arjuna Fitri (gambar) telah di’sahkan mengalami penyakit jantung yang memerlukan pembedahan segera sebelum ia’nya semakin membengkak & menjadi lebih serius.

Pembedahan yang bakal menelan belanja RM35,000 itu di’jadualkan akan berlangsung esok dan sejak 10 jam yang lalu, Fynn Jamal berusaha mencari dana yang di’perlukan.

Setakat ini, Fynn Jamal sudah berjaya mengumpul RM10,000 melalui akaun bank beliau dan Noh Hujan kini dalam usaha untuk mengutip RM15,000 buat adik Bakti Arjuna Fitri.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...