RotiKaya |
- Gambar: Di Sekitar Majlis Pra Tonton Filem SAM Arahan Syafiq Yusof
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.160)
- Menangi Tiket Wayang & Hadiah Eksklusif Filem THE DARK KNIGHT RISES
- Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Oh My English! Hujung Minggu Ini
- Gambar: MTV World Stage 2012 Mencipta Rekod Dengan 16,000 Hadirin
- Kediaman Sharifah Shahira Dirompak Dan Hilang Barang Kemas, Wang Tunai
| Gambar: Di Sekitar Majlis Pra Tonton Filem SAM Arahan Syafiq Yusof Posted: 16 Jul 2012 09:28 AM PDT
S.A.M jika mengikut deskripsi Syafiq Yusof sendiri adalah akronim untuk Saya Amat Menyintaimu. Sesuai untuk jadi tema filem ini, tetapi bukan tajuk penuh. Tidak adil kami rasa. Malam tadi berlangsungnya satu majlis pra-tonton filem SAM bersama pengarah, barisan pelakon, rakan artis & pihak media yang mengambil tempat di GSC Midvalley, Bangsar. Ayah Syafiq Yusof, Datuk Yusof Haslam lahirkan rasa bangga dengan hasil kerja sulung anak lelaki beliau ini walaupun di’cabar untuk menerbitkan filem di’usia semuda 18 tahun. Ini bukan review daripada pihak kami untuk filem SAM, tetapi selepas selesai menonton kami dapat rasakan yang pertaruhan RM1.9 juta oleh pihak produksi sangat berbaloi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.160) Posted: 16 Jul 2012 09:01 AM PDT
Harap anda belum bosan. Justin Bieber dan Selena Gomez di’lihat keluar bersama melawat sebuah bar di Melbourne dan nampaknya kali ini kedua dua mereka tidak dapat di’hidu oleh peminat fanatik penyanyi tersebut. – Daily Mail Hujung minggu lalu, filem Ice Age 4 Continental Drift berjaya menduduki tangga pertama dalam senarai kutipan tertinggi dengan US$46 juta mengalahkan The Amazing Spider-Man dengan hanya US$33 juta. – Washington Post Dato’ Fazley Yaakob telah berjaya merangkul gelaran juara MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama dan telah berjaya sumbangkan RM57,500 kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah Chef Fazley! – Beautiful Nara Tidak pedulikan kata kata orang ramai yang mengatakan beliau masih muda, Miley Cyrus (gambar) di’khabarkan sudah pun bersedia untuk bergelar ibu dan tarikh perkahwinan beliau masih menjadi misteri. – Splash News VIDEO HARI INI: Tiada kaitan lagi dengan dunia hiburan, ini kompilasi video yang menunjukkan tahap kebolehan manusia untuk melakukan perkara ekstrim & juga awesome.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Menangi Tiket Wayang & Hadiah Eksklusif Filem THE DARK KNIGHT RISES Posted: 16 Jul 2012 09:00 AM PDT
Kami ada semua itu dan lebih dari gembira untuk berikan kepada anda semua yang setia menantikan tayangan filem THE DARK KNIGHT RISES. Filem arahan Christopher Nolan yang merupakan filem ketiga dalam trilogi Batman ini akan muncul di pawagam Malaysia pada 19 Julai 2012. THE DARK KNIGHT RISES mengambil tempat 8 tahun selepas peristiwa yang terjadi dalam filem yang terdahulu The Dark Knight dan khabarnya ini adalah filem terakhir sebagai konklusi. Masih menampilkan Christian Bale sebagai Bruce Wayne dan Batman, THE DARK KNIGHT RISES turut menyaksikan penampilan beberapa wajah baru untuk memantapkan filem ini. Mereka adalah Anne Hathaway sebagai Selina Kyle & Catwoman, Tom Hardy (Bane), Marion Cotillard (Miranda Tate) dan Joseph Gordon-Levitt sebagai John Blake. Menarik bukan?(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Oh My English! Hujung Minggu Ini Posted: 15 Jul 2012 10:38 PM PDT
Program berbentuk hiburan mendidik ini di’lancarkan sekitar Mei 2012 lalu bertujuan untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia. Menariknya, sehingga ke hari ini Oh My English! di Youtube sudah menerima lebih 3.25 juta tontonan dan kini memiliki lebih 85,000 peminat di laman Facebook mereka. Di kaca televisyen, Oh My English! telah berjaya memikat lebih 1.5 juta penonton yang terdiri dari pelbagai peringkat umur & hujung minggu ini mereka ada sesuatu yang istimewa. Untuk episod khas Oh My English! Ahad ini (22 Julai 2012), Lisa Surihani akan tampil sebagai tetamu jemputan khas yang akan mencari bakat lakonan baru dalam kelas 3M. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Gambar: MTV World Stage 2012 Mencipta Rekod Dengan 16,000 Hadirin Posted: 15 Jul 2012 07:32 PM PDT
Konsert yang berlangsung di Surf Beach @ Sunway Lagoon ini mencatat rekod tersendiri apabila lebih 16,000 peminat muzik hadir untuk menyaksikan idola muzik mereka. Permintaan terhadap tiket masuk juga berada di’tahap tertinggi tahun ini dengan kemunculan bintang pop dunia Justin Bieber, KARA, Jay Park dan juga Mizz Nina. Persembahan pembukaan di’mulakan oleh Justin Bieber yang mendendangkan 9 buah lagu buat peminat beliau di Malaysia dan merupakan kehadiran tunggal di Asia Tenggara. Pentas seterusnya di’ambil alih oleh KARA yang kali ini merupakan kali pertama mereka melakukan persembahan di Malaysia — persembahan mereka cukup bertenaga. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Kediaman Sharifah Shahira Dirompak Dan Hilang Barang Kemas, Wang Tunai Posted: 15 Jul 2012 07:08 PM PDT
Laporan Berita Harian hari ini menyebut yang kediaman Sharifah Shahira telah di’masuki perompak hujung minggu lalu dan kehilangan barang kemas & wang tunai. Sharifah Shahira & suami, Ijoy bagaimana pun tidak berada di’rumah ketika kejadian berlaku & hanya menyedari rompakan itu berlaku selepas pulang ke rumah pada jam 2.30 pagi. Namun, anak pasangan ini dan orang gaji berada di’rumah ketika itu tetapi berada di bilik tidur lain selain tidak menyedari kejadian rompakan itu berlaku pada malam itu. Siasatan awal pihak polis mengesahkan yang perompak itu memecah masuk kediaman Sharifah Shahira di Taman Melawati itu sekitar jam 10.40 malam berdasarkan CCTV. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Siapa jejaka dalam gambar di’sebelah ini anda tanya? Beliau merupakan pemegang rekod Malaysia untuk pengarah filem termuda dengan lahirnya filem SAM, Syafiq Yusof.
Kumpulan muzik Indonesia yang semakin sinonim dengan industri hiburan Malaysia, Nidji baru sahaja melancarkan album terbaru mereka berjudul Liberty Victory yang bakal ke pasaran tempatan September nanti. –
Cuba teka siapa ada 40 pasang tiket wayang & juga barisan barangan eksklusif filem THE DARK KNIGHT RISES untuk menjadi milik anda semua?
Saban minggu kami membaca komen peminat peminat yang mengatakan mereka terhibur apabila menonton program Oh My English! di Astro TVIQ (saluran 160).
Jika tanyakan kepada kami akan acara apakah paling meriah hujung minggu lalu, pasti’nya MTV World Stage 2012 menjadi jawapan kami. Memang konsert yang hebat.
Setiap hari ada sahaja kisah rompakan yang akan sampai ke telinga kita semua dan ini kisah Sharifah Shahira yang terjadi hujung minggu lalu.
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.