RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.152)

Posted: 04 Jul 2012 11:43 AM PDT

Remy Ishak dalam kenyataan terbaru menyebut yang beliau merasa tersinggung hati dengan tuduhan mengatakan beliau seorang yang panas baran & menganggap tuduhan itu sebagai satu tuduhan nakal. – mStar Online

Walaupun kini sedang berhadapan dengan permohonan cerai, Tom Cruise ada sebab lain untuk tersenyum apabila bergelar pelakon termahal Hollywood hari ini selepas menerima US$75 juta sepanjang setahun lalu. – CBC

Baru sahaja sehari membuka tayangan di’pawagam, The Amazing Spider-Man sudah pun memecahkan rekod kutipan pembukaan hari Selasa dengan US$35 juta mengalahkan Transformers (2007) yang mengutip US$27.8 juta. – Deadline

Dek kerana Hollywood pun tidak mahu senyap tentang isu penceraian pasangan ini, ini artikel khas mengimbas kembali sembilan kenangan terindah antara Tom Cruise & Katie Holmes (gambar) sepanjang mereka bersama. – Fox News

Entah kerana lapar atau buang tabiat, Nicki Minaj telah berkunjung ke sebuah restoran makanan segera selepas persembahan beliau di Manchester & memesan makanan bernilai US$5,000. –  Mail Online

VIDEO HARI INI: Kecut juga perut kami apabila menonton video ini. Ini merupakan permainan mereka yang berhati kering & berani tahap maksima — perlumbaan manusia terbang.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Levi’s® Curve ID Bootcut Skinny: Jeans Untuk Personaliti & Bentuk Tubuh Anda

Posted: 04 Jul 2012 10:41 AM PDT

Sejak di’lancarkan sekitar Ogos 2010 yang lalu, Levi’s® Curve ID telah membantu lebih satu juta orang wanita menemui ‘jodoh’ mereka dengan sepasang jeans yang benar benar mempamerkan identiti sebenar diri mereka.

Yang lebih penting, jeans yang dilahirkan dengan teknologi Levi’s® Curve ID berjaya menampilkan kecantikan tubuh badan sebenar.

Semuanya adalah kerana Levi’s® Curve ID lebih menumpukan kepada bentuk badan seseorang berbanding saiz yang biasa menjadi ukuran apabila memilih jeans yang sesuai.

Levi’s® Curve ID terhasil selepas mengkaji lebih 60,000 imbasan badan dan mendengar kepada pelanggan wanita mereka dari seluruh dunia.

Koleksi Baru Levi’s® Curve ID: Bootcut Skinny

Dan, untuk koleksi jeans anda seterusnya Levi’s® Curve ID memperkenalkan barisan Bootcut Skinny yang merupakan hasil rekaan lebih terperinci.

Mengekalkan hasil kerja tangan & keaslian yang sinonim dengan jenama jeans terkenal ini, koleksi ini menampilkan gaya estatik lebih bersih.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

AC Mizal Bakal Berlakon Filem Hollywood, Mesyuarat Dengan Brad Pitt?

Posted: 04 Jul 2012 01:28 AM PDT

AC Mizal Bakal Berlakon Filem Hollywood, Mesyuarat Dengan Brad Pitt?Setakat ini semuanya hanyalah spekulasi & apa pun statusnya, semua ini datang daripada AC Mizal sendiri. Kami hanya penulis gossip yang dahagakan scoop. Heh.

Segalanya bermula petang semalam apabila kami perasan akan status terkini AC Mizal melalui Twitter beliau yang menulis beliau ketika itu sedang bermesyuarat dengan Brad Pitt.

“Mtg w Bradd Pitt for my next movie,sama tinggi je rupanya hmmm!” tulis AC Mizal dan ada kemungkinan bukan Brad Pitt yang kami sangkakan kerana ada lebihan huruf D dalam ejaan.

Tidak lama selepas itu AC Mizal menulis yang beliau sudah pun di’terima untuk berlakon sebuah filem antarabangsa & kami pasti ia’nya sebuah filem produksi Hollywood.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Azwan Ali Tersingkir MasterChef Selebriti, Reaksi Peminat Bercampur

Posted: 03 Jul 2012 08:04 PM PDT

Bila kali terakhir Azwan Ali menjadi sebutan kerana sesuatu yang beliau lakukan di’kaca televisyen & bukan sesuatu yang di’sensasikan? Terima kasih Masterchef Selebriti.

Malam tadi, ternoktah perjalanan Azwan Ali dalam persaingan merebut gelaran juara MasterChef Selebriti yang pertama kali di’adakan untuk edisi Malaysia itu.

Kumpulan biru yang di’ketuai Fazley Yaakob telah kalah di’cabaran sajian luar bertemakan menu hidangan kegemaran Tan Sri P Ramlee — agak mencabar sebenarnya.

Terpaksa ke pusingan penyingkiran, kesemua ahli kumpulan biru di’tugaskan memasak hidangan bertemakan mee dan Azwan Ali tersingkir di’akhir program semalam.

Keluarnya Azwan Ali mengundang reaksi yang bercampur baur daripada para peminat MasterChef Selebriti dan tidak kurang juga yang keliru dengan keputusan tersebut.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...