RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Hubungan Cinta VIP Dan Aktress Terhalang Kerana Tiada Restu Ibu?

Posted: 03 Jul 2012 06:44 PM PDT

Di kalangan penggiat industri hiburan & wartawan, hubungan mereka berdua ini bukan satu rahsia lagi. Cuma tidak pernah di’akui oleh mana mana pihak yang terbabit.

Pernah sekali pelakon wanita muda & cantik ini seakan terlepas cakap kepada seorang wartawan, memang kecoh sebentar dunia hiburan ketika itu — dan kini kembali senyap.

VIP yang kami maksudkan akan seboleh boleh’nya menafikan sebarang bentuk hubungan dengan aktress tersebut dan rupa rupanya beliau mempunyai sebab tersendiri.

VIP ini pernah menyuarakan hasrat hati untuk mengahwini aktress ini kepada keluarga beliau, maklumlah orang sudah agak lama menduda, tetapi si ibu tidak bersetuju.

Khabarnya sudah pelbagai perkara si VIP ini lakukan untuk memujuk hati & menyakinkan ibu beliau yang aktress ini merupakan pilihan terbaik untuk menjadi isteri.

Punca penolakan ibu VIP ini terhadap pelakon wanita tersebut masih kabur dan kemungkinan besar ada kaitan dengan karier dan jalan hidup yang di’pilih.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ariel Peterpan Bakal Bebas 23 Julai & Luna Maya Kini Ada Kekasih Baru?

Posted: 03 Jul 2012 10:00 AM PDT

Tidak pernah habis gossip tentang pasangan selebriti sensasi dalam dunia hiburan Indonesia ini. Luna Maya kini khabar’nya sudah bertemu pengganti Ariel Peterpan.

Khabar dari penjara sudah mengesahkan yang Ariel Peterpan akan di’bebaskan dengan syarat pada 23 Julai 2012 ini jauh lebih awal daripada hukuman yang sepatutnya.

Itu perkara biasa terjadi kepada tahanan penjara jika mereka berkelakuan baik tetapi kita di’sini ingin bercerita tentang Luna Maya yang kini semakin kabur status’nya bersama Ariel.

Luna Maya kini di’khabarkan semakin akrab dengan seorang pengusaha cafe di kawasan Kemang, Jakarta dan beliau di’katakan banyak menghabiskan masa di cafe berkenaan.

Pelakon wanita popular Indonesia ini di’katakan menghabiskan masa yang lama berbual mesra dan lagak seperti pasangan kekasih bersama jejaka yang di’percayai pengganti Ariel.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kutip RM5 Juta Setakat Ini & Kereta Mael Lambong Dibuka Untuk Bidaan

Posted: 03 Jul 2012 09:09 AM PDT

Sudah tonton Mael Lambong di’pawagam? Bagus. Jika tidak anda terlepas antara filem Melayu wajib tonton tahun 2012 ini & ia’nya tidak akan ada di Astro First mahu pun Youtube.

Menurut kenyataan rasmi daripada Excellent Pictures hari ini, Mael Lambong telah berjaya mengutip RM5 juta sepanjang 11 hari tayangan dan kini masih hangat di’tonton.

Kutipan yang sangat baik kami kira di’kala kebanyakkan filem di Malaysia tahun ini sesak nafas untuk mendapatkan kembali modal yang di’labur. Oh filem tanah air’ku.

Dalam perkembangan berkaitan, kereta yang di’gunakan Mael Lambong dalam filem ini telah di’buka untuk bidaan daripada semua peminat dengan harga permulaan RM5,000.

Kereta drift merah berjenama TOYOTA SOARER E MZ II dengan kapasiti enjin setinggi 2500 cc ini telah di’gunakan Zizan Razak sepanjang penggambaran filem Mael Lambong.

“Ini merupakan satu penghargaan kepada peminat-peminat Mael Lambong di seluruh negara, kerana harga yang ditawarkan dengan spesifikasi seperti ini lebih murah dari harga pasaran,” ujar pengarah & penerbit Ahmad Idham hari ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.151)

Posted: 03 Jul 2012 09:08 AM PDT

Satu hari nanti apabila Aaron Aziz sudah tua dan tidak mampu berlakon seaktif sekarang, mungkin anak beliau boleh menjadi fenomena baru dunia hiburan & pelakon popular itu tidak akan menghalang pilihan karier mereka. – mStar Online

Seperti biasa, baru sahaja menggapai populariti Carly Rae Jepsen (gambar) yang popular dengan lagu Call Me Maybe kini di’kaitkan dengan beberapa gambar lucah yang sedang tersebar di internet. Dan, itu bukan beliau. – TMZ

Dengarkan perbualan telefon antara seorang DJ radio & Justin Bieber baru baru ini yang menyebabkan bintang remaja itu melenting dan memutuskan panggilan hanya kerana gurauan manja berkaitan Justin Timberlake. – Huffington Post

Perkembangan terbaru kes pencerai berprofil tinggi ini. Katie Holmes di’khabarkan tidak akan menerima pampasan tinggi daripada Tom Cruise kerana perjanjian sebelum perkahwinan banyak berpihak kepada lelaki. Jadi, tiada US$15 juta. – TMZ

Peminat Super Junior mungkin sudah tahu perkara ini jauh lebih dahulu tetapi sensasi muzik K-pop ini baru sahaja melancarkan video muzik lagu terbaru mereka berjudul Sexy, Free & Single. Bersedia untuk menjadi kagum. – allkpop

VIDEO HARI INI: 2 Ogos ini, filem pembikinan semula dari filem hits tahun 1990, Total Recall akan ke pawagam. Mampukah Colin Farrell & Kate Beckinsale mengulangi sejarah?(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Linkin Park Singkir Justin Bieber Daripada Kedudukan Teratas Carta Album UK

Posted: 02 Jul 2012 10:13 PM PDT

Aaah. Sesuatu yang enak untuk di’dengar jika ia’nya melibat pilihan muzik manusia di atas bumi ini yang tidak berpihak kepada Justin Bieber. Linkin Park hari ini sah merampas kedudukan No.1 bintang remaja itu dari segi jualan album di United Kingdom (UK).

Album terbaru kumpulan itu, Living Things yang kini berada di’pasaran termasuk Malaysia mencatatkan penjualan album sebanyak 41,000 unit — hanya 3,000 unit di’hadapan Overexposed oleh Maroon 5.

Dengan kejayaan membawa album ini ke puncak carta, Living Things merupakan album ketiga terlaris untuk Linkin Park di’pasaran muzik UK. Dan album terbaru Justin Bieber ‘Believe’ hanya mampu berpuashati untuk berada di’tangga keempat di’belakang + oleh Ed Sheeran.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...