RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Akma AF Sah Bergelar Isteri Farih Hamshi Dengan Sekali Lafaz

Posted: 29 Jun 2012 10:24 PM PDT

Gambar: Akma AF Sah Bergelar Isteri Farih Hamshi Dengan Sekali LafazSedang peminat sibuk dengan perkahwinan penuh Islamik Irma Hasmie, Akma AF hari ini menamatkan zaman bujang beliau bersama Farih Hamshi Mohamad Fatmi.

Sekitar jam 10.30 pagi tadi, mStar Online melaporkan yang Akma AF atau nama sebenar Asiahtunakma Abdullah sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC)  & di’nikahkan sendiri oleh bapa Akma AF iaitu Abdullah Abdul Rahim.

Akma AF menerima RM300 sebagai mas kahwin & RM15,000 wang hantaran daripada pihak lelaki & majlis pernikahan mereka di’hadiri kira kira 300 orang tetamu.

Majlis resepsi pertama perkahwinan mereka kini berlangsung di’tempat yang sama selepas majlis akad nikah & pihak lelaki akan berlangsung pada 3 Julai nanti.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer (Part II)

Posted: 29 Jun 2012 10:00 PM PDT

Gambar: Di Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer (Part II)Oleh kerana kami tidak sempat untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer, kami sajikan bahagian dua gambar sekitar majlis pernikahan mereka.

Dengan sekali lafaz sahaja Irma Hasmie sah bergelar isteri kepada Redza Syah Azmeer yang di’kenali pada Februari 2012 yang lalu ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Irma Hasmie menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas (RM2,200) & hantaran berjumlah RM33,333 dan pasangan ini di’nikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman.

Bercakap kepada wartawan GUA semalam, Irma Hasmie berkata bukan beliau yang memilih Redza sebagai suami tetapi percaya yang Allah hantar lelaki itu untuk beliau.

Tatap bahagian kedua gambar sekitar majlis pernikahan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer selepas ini. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Kami Rasa Roti An An Hasil Tangan Johan Di Cabaran JoHaRa Euro

Posted: 29 Jun 2012 09:29 PM PDT

Kalau bersama dengan tiga orang dari ERA fm ini, memang jadi tidak kering gusi dengan telatah mereka. Tidak pelik jika mereka kini bergelar gandingan nombor satu di Malaysia untuk siaran radio.

Baru baru ini, kami telah di’jemput untuk menghadiri salah satu Cabaran JoHaRa Euro yang mana kali ini Johan Raja Lawak telah kalah sekali lagi & di’cabar untuk memasak roti canai.

Tetapi, Johan Raja Lawak cukup kreatif untuk keluar dengan resepi roti sendiri bernama Roti An An dan kami bertuah dapat merasa air tangan beliau. Tonton video untuk kelakar maksimum. HAHA!


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Katie Holmes Fail Tuntutan Cerai Terhadap Tom Cruise, Selepas Lima Tahun

Posted: 29 Jun 2012 09:07 PM PDT

Berita yang mengejutkan dunia hiburan Hollywood hari ini, pasangan berprofil tinggi Katie Holmes & Tom Cruise bakal berpisah selepas lima tahun berkahwin.

Katie Holmes menerusi peguam beliau mengumumkan yang permohonan untuk bercerai sudah di’failkan terhadap Tom Cruise dan ini mengejutkan ramai pihak.

Jurucakap Tom Cruise berkata, pelakon popular Hollywood itu sangat sedih dengan keputusan isteri’nya dan kini sedang memikirkan tiga orang anak beliau, termasuk Suri.

Peminat & pemerhati dunia Hollywood sekarang sedang berteka teki apa sebenarnya masalah dalaman rumahtangga mereka berdua ini kerana amat jarang spekulasi nakal timbul.

Katie Holmes juga di’khabarkan akan turut menuntut hak penjagaan terhadap anak mereka berdua, Suri yang bakal menjadi satu cabaran untuk Tom Cruise sendiri.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...