RotiKaya |
- Pendapat: iTunes Malaysia, Penggiat Seni Perlu Ambil Peluang Teknologi
- Video: Yuna Lancarkan Video Muzik Rasmi Untuk Lagu ‘Terukir Di Bintang’
- Gossip: Penyampai Sukan Veteran Punca Fitnah Rumahtangga Selebriti?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.147)
- Memey Suhaiza Mengandung 6 Minggu
Pendapat: iTunes Malaysia, Penggiat Seni Perlu Ambil Peluang Teknologi Posted: 27 Jun 2012 11:20 AM PDT
“Remind me to search for song that I heard this morning in the car. Entitled empty in Malay” Tajuknya diterjemahkan kedalam bahasa penjajah kerana setiausaha itu tidak fasih bertutur bahasa kebangsaanku. Sampai di pejabat, komputer riba ini dihidupkan, dan pelayar laman sesawang aku lancarkan untuk mencari asal-usul dan maklumat mengenai lagu yang didengari pagi hari. Kemudian aku berhenti. Bagaimanakah cara untuk memiliki lagu itu secara sah dah tidak disabitkan dengan kesalahan mencuri?(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Video: Yuna Lancarkan Video Muzik Rasmi Untuk Lagu ‘Terukir Di Bintang’ Posted: 27 Jun 2012 10:54 AM PDT Sejujurnya, kalau sekarang ini kami ingin menulis perkembangan kerjaya Yuna di Amerika Syarikat, kami boleh buka blog khas untuk penyanyi berbakat ini dan tidak akan kehabisan berita untuk setiap 24 jam. Yuna baru sahaja melancarkan video muzik rasmi terbaru untuk lagu berhantu beliau, Terukir Di Bintang yang sebelum ini hanya mempunyai video lirik & itu pun sudah mencapai 2.8 juta tontontan. Sesuai dengan mood lagu yang mengambil inspirasi melodi klasik & ala P. Ramlee, video muzik Terukir Di Bintang yang di’arahkan oleh Zul Luey ini menampilkan set klasik dengan mood separa hitam putih. Video untuk tontonan & hiburan anda selepas ini. Sekadar mengusik, mengapakah tiada penampilan Qi dalam video muzik ini? Heh. Enjoice! (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Gossip: Penyampai Sukan Veteran Punca Fitnah Rumahtangga Selebriti? Posted: 27 Jun 2012 10:36 AM PDT
Satu Malaysia tahu akan gossip rumahtangga pasangan selebriti & suami’nya ini yang di’katakan sudah berakhir dan tidak kurang juga berkata sang suami sudah berkahwin lain. Namun, kisah terbaru yang kami terima dari sumber yang boleh di’percayai seakan mengiyakan kenyataan sang suami yang berkata rumahtangga mereka masih utuh sehingga hari ini. Khabarnya, fitnah keruntuhan rumahtangga mereka di’mulakan oleh seorang bergelar penyampai sukan di tempat kerja lama si suami yang tidak berpuas hati dengan tindakan majikan beliau. Penyampai sukan ini khabar’nya mempunyai masalah disiplin di tempat kerja beliau & suami selebriti ini sudah pun keluarkan notis untuk mengambil tindakan jika tiada perubahan sikap. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.147) Posted: 27 Jun 2012 08:37 AM PDT
Ingat kekecohan gambar bogel Scarlett Johannson (gambar) sedikit masa dahulu? Aktress popular Hollywood dan bintang The Avengers ini mungkin bakal menerima US$66,000 daripada penggodam yang mencuri gambar tersebut. – Splash News Raja Azmi redha dengan hadiah yang di’terima pada hari ulangtahun kelahiran beliau semalam dengan selamat’nya lafaz cerai dari bekas suami, Jalani Sidek. Semoga yang terbaik mengiringi penerbit filem ini selepas ini. – mStar Online Walaupun sudah 3 tahun meninggalkan kita semua, barang peninggalan mendiang Michael Jackson masih mencatat bidaan tertinggi di satu lelongan baru baru ini. – Perez Hilton Sementara masih di’puncak populariti, gunakan peluang sebaik mungkin. Itulah yang di’lakukan oleh Justin Bieber yang secara rasmi tampil dengan pewangi badan beliau sendiri untuk pasaran khas wanita, Someday. – The New Age VIDEO HARI INI: Seperti biasa, untuk menemani anda sepanjang hari ini kami cadangkan anda layan video muzik terbaru daripada Taylor Swift & B.O.B untuk single Both of Us.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Memey Suhaiza Mengandung 6 Minggu Posted: 27 Jun 2012 03:31 AM PDT
Memetik kata kata Memey Suhaiza kepada Media Hiburan hari ini, beliau mengakui menangis apabila melihat hasil ujian kehamilan yang di’lakukan sendiri di’rumah. “Selepas itu, abang Norman (Hakim) membawa saya ke klinik dan alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu” “Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” tambah Memey Suhaiza. Tahniah daripada kami di Rotikaya HQ buat pasangan Norman Hakim & Memey Suhaiza yang di’jangka menyambut lahirnya cahayamata sulung Februari 2013 nanti.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.