RotiKaya |
- Raja Azmi Tuntut Penceraian Untuk Bersih Nama Jalani Sidek Dari Fitnah
- Sasha Saidin Ambil Borang Failkan Cerai Di Mahkamah, Bakal Berpisah?
- Lagu Terbaru Pitbull Bocor Ke Internet & Lirik Kandungi Nama ‘Malaysia’
- Ras Adiba Radzi Tidak Pernah Digantung Kerja Kerana Botak – Media Prima
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.146)
Raja Azmi Tuntut Penceraian Untuk Bersih Nama Jalani Sidek Dari Fitnah Posted: 26 Jun 2012 05:15 PM PDT
Laporan Harian Metro menyebut yang Raja Azmi Raja Sulaiman mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami’nya Jalani Sidek demi menjaga nama suami’nya itu. “Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumahtangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu” Proses perceraian Raja Azmi & Jalani Sidek akan di’failkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini & proses penceraian mereka akan berjalan secara baik. Malah kedua dua mereka akan di’wakili oleh peguam yang sama iaitu Roslizam Rahim. “Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami,” ujar Raja Azmi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Sasha Saidin Ambil Borang Failkan Cerai Di Mahkamah, Bakal Berpisah? Posted: 26 Jun 2012 09:18 AM PDT
Laporan mStar Online hari ini menulis yang Sasha Saidin di’lihat datang ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang memfailkan penceraian. Apabila di’ajukan soalan berkaitan tujuan beliau datang ke mahkamah semalam, Sasha Saidin tenang menjawab yang beliau mahu menyelesaikan hal peribadi keluarga. “Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi” “Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Di’harap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan,” ujar beliau.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Lagu Terbaru Pitbull Bocor Ke Internet & Lirik Kandungi Nama ‘Malaysia’ Posted: 26 Jun 2012 09:05 AM PDT
Khabarnya, lagu terbaru kolaborasi antara Pitbull & Shakira berjudul Get It Started telah terbocor ke internet untuk di’dengar oleh peminat yang menantikan lagu terbaru mereka. Di’terbitkan oleh RedOne danAfrojack, Get It Started khabarnya bakal memasuki senarai lagu dalam album terbaru Pitbull berjudul Global Warming yang masih belum siap. Kami rasakan yang eksekutif pemasaran syarikat rakaman Pitbull atau Shakira sengaja membocorkan lagu ini ke internet sebagai teknik viral mereka. Mesti punya. Menariknya, lagu terbaru Pitbull & Shakira ini turut menyelitkan nama Malaysia dalam bait lirik lagu yang kami jangka bakal menjadi siulan & popular tidak lama lagi. Dengarkan lagu terbaru Pitbull & Shakira Get It Started selepas ini & petikan lirik untuk rujukan anda.(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Ras Adiba Radzi Tidak Pernah Digantung Kerja Kerana Botak – Media Prima Posted: 26 Jun 2012 09:01 AM PDT
Awal hari semalam, beberapa laporan media menulis yang Ras Adiba Radzi telah di’gantung tugas di NTV7 selepas beliau mengambil keputusan untuk membotakkan kepala. Tindakan beliau itu adalah untuk kebajikan dan menyokong kempen Jom Botak Majlis Kanser Nasional yang membantu kanak kanak penghidap penyakit kanser. Ras Adiba Radzi di’khabarkan telah bertemu pihak pengurusan & mereka berkata jika beliau meneruskan hasrat’nya, beliau tidak boleh terus membaca berita di NTV7. Laporan GUA lewat petang tadi menjelaskan kenyataan sebenar daripada pihak Media Prima Berhad yang berkata Ras Adiba Radzi tidak pernah di’gantung kerja. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.146) Posted: 26 Jun 2012 09:00 AM PDT
Mahkamah syariah semalam menangguhkan kes perbicaraan pelakon Beego & dua orang lagi rakan beliau kerana memberi peluang kepada peguam yang baru di’lantik. Kes khalwat 23 Februari 2011 yang lalu. – mStar Online Kali ini memang sukar untuk selebriti ini menyorok. Gambar terbaru Megan Fox (gambar) dalam bikini di Hawaii yang tersebar baru baru ini jelas menunjukkan pelakon sensasi ini sedang mengandung. – Yeeeah! Bintang The Hangover, Zach Galifianakis di’khabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih Quinn Lundberg yang berusia 29 tahun dan sudah pun menghantar undangan perkahwinan untuk 11 Ogos nanti. – CBS News Nampaknya kumpulan pop veteran Spice Girls bakal kembali bersatu apabila mereka mengumumkan akan ke pentas muzikal Viva Forever yang bakal menonjolkan lagu lagu popular mereka. – Fox News VIDEO HARI INI: Kalau anda sedang mencari sebuah lagu untuk di’layan hari ini, kami ingin cadangkan tonton video muzik terbaru Maroon 5 untuk lagu One More Night ini. Enjoice!(...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.