RotiKaya

RotiKaya


Erra Fazira: Sampai Masa Nanti, Saya Akan Kongsikan Sesuatu Dengan Semua

Posted: 25 Jun 2012 09:07 AM PDT

Erra Fazira: Sampai Masa Nanti, Saya Akan Kongsikan Sesuatu Dengan SemuaBaru sahaja kami ingin mengambil kenyataan terakhir Engku Emran sebagai konklusi kepada gossip yang melanda selama ini, kini timbul sesuatu yang baru.

Semalam, Berita Harian melaporkan yang Erra Fazira enggan memberikan apa apa komen tentang kenyataan suami beliau atas alasan bimbang jawapan di’salah erti oleh orang ramai.

Jawapan mudah seperti “Ya, memang apa di’katakan Engku Emran itu benar belaka.” sebenar’nya cukup untuk menutup segala kontroversi yang timbul hampir setahun ini.

Tidak mengapa. Pagi tadi melalui akaun Twitter beliau, Erra Fazira menulis yang beliau akan kongsikan ‘sesuatu’ dengan semua apabila sampai masa’nya nanti.

Erra Fazira mendakwa ‘penat’ dengan isu yang tidak kunjung selesai sebelum meminta semua mendoakan beliau. Ya, kami memang suka terlebih analisa tetapi apakah ‘sesuatu’ yang di’maksudkan Erra Fazira hari ini?(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sasarkan Penonton Asia, Namewee Bakal Tampil Dengan Filem Ketiga

Posted: 25 Jun 2012 09:02 AM PDT

Dengan filem pertama beliau pun, Namewee telah berjaya menambat hati juri di Osaka, Jepun dengan memenangi ‘Best Asian New Director’. Ini ada projek baru.

Belum pun filem kedua beliau berjudul Hantu Gangster muncul di’pawagam, Namewee kini telah memulakan proses produksi filem ketiga beliau berjudul Kara King.

Filem ketiga beliau ini agak besar cita cita’nya apabila bakal menelan belanja produksi sebanyak RM3 juta dan mengambil lokasi sekitar Malaysia, China & Hong Kong.

Menariknya, filem Kara King akan di’bintangi oleh seorang penyanyi Taiwan popular Gao Ling Feng & juga pelakon senior Hong Kong yang pasti anda kenal, Ng Mang Tat.

Menurut penerbit Fred Chong penggambaran akan selesai sekitar Julai ini untuk bahagian Malaysia sebelum bergerak ke Guangzhou, China dan juga Hong Kong.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.145)

Posted: 25 Jun 2012 09:00 AM PDT

Pasangan selebriti baru untuk di’perhatikan. James Franco baru baru ini di’katakan telah berkunjung & meluangkan masa di rumah Amanda Seyfried (gambar) dan ini menimbulkan spekulasi baru. Hmm. – Just Jared

Selepas beberapa bulan senyap, Reese Witherspoon akhirnya tampil membuat pengakuan yang beliau kini memang sedang mengandung & bercadang untuk bercuti menanti kelahiran anak ketiga itu tidak lama lagi. – Splash News

Baru sahaja bertunang, pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth di’khabarkan bakal berkahwin minggu hadapan dek hanya kerana satu tweet daripada Miley Cyrus. Nyata semua itu hanya satu spekulasi. – Cambio

Selepas di’masukkan ke hospital April lalu, Zizan Razak kini menetapkan syarat yang beliau tidak akan mengambil tawaran berlakon yang memerlukan kerja lebih 12.00 tengah malam atas faktor untuk menjaga kesihatan. – mStar Online

Hari ini menandakan genap 3 tahun pemergian mendiang Michael Jackson dan sejak hari itu pelbagai perkara telah berlaku & paling utama doktor peribadi beliau Conrad Murray yang di’dapati bersalah membunuh bintang itu kini di’penjara. – TMZ

VIDEO HARI INI: Tidak bersempena dengan apa apa, tetapi kami di’sini rasakan video tribute lagu lagu Bruno Mars secara medley ini begitu epik. Hiburan hari Selasa anda semua.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Laporan: Saiful Apek & Tiga Rakan Bebas Dari Tuduhan Mengambil Dadah

Posted: 24 Jun 2012 09:15 PM PDT

Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini melepaskan dan membebaskan Saiful Apek dan juga tiga orang rakan beliau daripada tuduhan mengambil dadah ganja, dua tahun lalu.

Berita Harian melaporkan yang Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Saiful Apek dan juga tiga orang rakan’nya.

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar Di Hospital Mula Tersebar, Norish Karman Lahirkan Anak Siapa?

Posted: 24 Jun 2012 07:45 PM PDT

Gambar Di Hospital Mula Tersebar, Norish Karman Lahirkan Anak Siapa?Sekitar hujung tahun lalu, kecoh juga dalam dunia hiburan Malaysia tentang seorang aktress yang di’katakan mengandung luar nikah & telah tinggal di Bali, Indonesia.

Ramai pemerhati dunia hiburan mengatakan ia’nya Norish Karman yang kemudian’nya telah pun di’nafikan oleh empunya badan sendiri sekitar Disember 2011 yang lalu.

Melalui forum Cari beberapa hari lalu, seorang peminat hiburan telah mendedahkan beberapa keping gambar yang di’percayai sebagai Norish Karman yang berada di’hospital.

Gambar pertama di’dakwa sebagai Norish Karman bersama seorang bayi lelaki yang di’lahirkan pada 24 September 2011 di KPJ Cheras (atau Kajang?) sekitar jam 6.13 petang.

Gambar kedua pula menunjukkan maklumat hospital yang tertulis pada tag yang di’pakai oleh si ibu (Norish Karman) dan bayi lelaki yang di’beri nama Alexander Bin Abdullah.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...