RotiKaya

RotiKaya


Bincangkan: Gossip Bukan Fitnah?

Posted: 24 Jun 2012 09:42 AM PDT

Editor’s Note: Artikel ini muncul buat pertama kali pada 6 Mei 2012 yang lalu menerusi Utusan Malaysia dan kami suka untuk tahu apa pandangan anda terhadap tulisan artikel bertajuk Gossip Bukan Fitnah ini. Jadi rasional & komen.

Wartawan hiburan selalu dikata mereka gossip & memperbesar besarkan sehingga jadi tajuk utama di akhbar. Malah ada juga menuduh mereka menjadi penyebar fitnah kepada masyarakat.

Kononnya mentang-mentanglah ada akses jumpa artis, senang-senang korek rahsia dan tulis keburukan artis di ruangan gosip.

Tanggapan serong sebegitu memang keterlaluan tapi wartawan hiburan tidak ambil kisah. Sebabnya mereka tahu itu bukan fitnah. Lagi pun mereka sudah lali dengan label macam-macam oleh masyarakat. Malah tak melenting pun bila ada artis tak puas hati bila gosipnya tersebar.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.144)

Posted: 24 Jun 2012 09:19 AM PDT

Nampaknya hujung minggu lalu, filem animasi Pixar berjudul Brave berjaya mengutip US$66.7 juta mengalahkan beberapa buah filem lain yang juga sedang di’tayangkan. – L.A Times

Barbra Streisand yang mungkin generasi baru kenali menerusi lagu pop dengan nama beliau bakal kembali mengarahkan filem selepas 16 tahun & kali ini karya berjudul Skinny and Cats yang akan di’bintangi Colin Firth & Cate Blanchett. – Huffington Post

Okay. Kita ada pasangan Hollywood baru untuk di’gossip. Paparazzi berjaya merakamkan aksi Ashton Kutcher dan Mila Kunis (gambar) yang di’lihat keluar bersama dari sebuah restoran romantik. Mereka kini berpacaran? – TMZ

Album debut Girl’s Generation (SNSD) di Jepun dengan tajuk sendiri berjaya memenangi gelaran Best Album of the Year di majlis MTV Video Music Awards Japan baru baru ini. – allkpop

Ada dengar tentang gadis yang mendakwa tinggal serumah selama tiga tahun dengan Sammy Simorangkir? Namanya Nata Naritha dan ini koleksi gambar seksi beliau yang berjaya di’kumpul untuk tatapan anda. Heh. –  Kapan Lagi

VIDEO HARI INI: Ini filem yang kami mahu tonton. Selebriti seperti Jennifer Lopez, Salma Hayek, Marc Anthony tampil secara eksklusif bercakap berkaitan gejala paparazzi. Wow.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Filem Minggu Ini: Mael Lambong

Posted: 24 Jun 2012 09:00 AM PDT

Teringat lagi kelucuan Zizan Razak melakonkan watak Mael Lambong bersama Johan dalam program realiti tv yang lalu?

Kini Mael Lambong telah difilemkan untuk semua penonton dan akan ditayangkan di 79 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Jun 2012 lalu.

Filem bergenre aksi komedi merupakan filem ketujuh terbitan Excellent Pictures dan diarahkan oleh pengarah terkenal Ahmad Idham ini menampilkan tentunya Zizan Razak sebagai Mael Lambong & Juliana Evans sebagai Maria.

Filem ini mengisahkan Mael Lambong yang bekerja sebagai penarik kereta profesional yang jujur dan terkenal di Kuala Lumpur, berubah kehidupannya apabila dia bertemu dengan Maria yang merupakan seorang perisik.

Maria meminta pertolongan daripada Mael Lambong untuk melarikan diri dari penjahat dan secara tidak langsung melibatkan beliau di dalam insiden ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Salinan MyPR Tersebar, Aaron Aziz Sudah Bergelar Penduduk Tetap

Posted: 23 Jun 2012 07:52 PM PDT

Hampir sebulan rupa’nya Aaron Aziz sudah sah bergelar penduduk tetap Malaysia dan memegang kad MyPR sendiri.

Melalui laporan KOSMO! hari ini, Aaron Aziz mengakui yang beliau dan isteri’nya Diyana Halik sudah bergelar penduduk tetap Malaysia sejak awal Jun 2012 yang lalu.

Aaron Aziz tampil memberikan pengakuan selepas satu salinan kad MyPR milik beliau dan isteri tersebar melalui e-mail baru baru ini & beliau rasa perlu tampil dengan penjelasan.

“Saya minta maaf kepada semua pihak kerana dari awal lagi tidak menghebahkan kelulusan permohonan PR saya kepada umum. Saya fikir, perkara itu tidak perlu dikecoh-kecohkan.”

“Tetapi, apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengirimkan salinan dokumen sulit saya itu kepada umum, barulah saya rasa perkara itu perlu dijelaskan.”

“Saya sudah memegang kad MyPR sejak awal Jun. Saya harap pengakuan saya ini akan menjelaskan segala persoalan semua pihak,” ujar Aaron Aziz hari ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...