RotiKaya

RotiKaya


Kerajaan Labur RM2.04 Juta Bawa Masuk K-Pop Untuk Hari Belia 2012?

Posted: 31 May 2012 09:01 AM PDT

Laporan mula bertebaran di laman laman politik mengatakan kerajaan sanggup berhabis duit untuk motivasi para belia di Malaysia sempena Hari Belia Negara 2012 yang lalu.

Penyebaran dua keping dokumen tuntutan daripada sebuah syarikat yang di’lantik khas untuk menguruskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 mendedahkan beberapa perkara.

Yang menjadi perhatian ramai adalah jumlah bayaran yang di’labur kerajaan untuk membawa masuk tiga figura muzik pop Korea iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Dalam dokumen yang tersebar ini, jelas menunjukkan yang syarikat itu membuat tuntutan sebanyak RM2.04 juta sebagai bayaran untuk artis dari Korea itu.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.128)

Posted: 31 May 2012 09:00 AM PDT

Selepas melahirkan anak sulung beliau, Blue Ivy sekitar awal Januari lalu Beyonce telah menjalani rutin yang sangat ketat untuk kembali ke bentuk badan asal. Hasilnya, hilang 27kg sehingga ke hari ini. – US Weekly

Kegilaan terhadap bintang remaja ini mencapai tahap baru di Oslo, Norway apabila 49 orang remaja tercedera ketika konsert Justin Bieber berlangsung sehingga datuk bandar terpaksa mengisytiharkan kecemasan di bandar itu. – TMZ

Dengan sistem baru yang menyaksikan dua filem tempatan ke pawagam dalam masa seminggu, Ketua Pengarah FINAS menyarankan supaya penerbit filem melaburkan wang lebih besar untuk filem lebih berkualiti. – mStar Online

Album terbaru John Mayer selepas tiga tahun, Born And Raised berjaya mengungguli carta Billboard 200 selepas terjual sebanyak 219,000 unit sepanjang minggu pertama keluar di’pasaran. Masih berbisa. – CBS News

Tahukah anda yang majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha (gambar) & Rizal Ashram akan berlangsung di negeri kelahiran aktress itu, Perlis. Dan, mengambil tempat di Tasoh Lake Resort & Retreat. Boleh terjah. #LOL – Murai

VIDEO HARI INI: Entah kenapa, saintis masih berdebat akan status Pluto sama ada merupakan sebuah planet atau tidak. Video ini menjelaskan kenapa Pluto bukan sebuah planet.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Filem Minggu Ini: Gerimis Mengundang

Posted: 30 May 2012 10:28 PM PDT

Terkenal dengan gelaran pengarah serba boleh, saudara Ahmad Idham sekali lagi berjaya menambah koleksi filem arahan beliau bertajuk Gerimis Mengundang.

Berbeza dari filem-filem box office sebelum ini seperti filem Hantu Bonceng & Adnan Sempit beliau menampilkan pelakon jelita Olivia Jensen berdarah kacukan Denmark-Indonesia untuk bergandingan bersama pelakon popular, Kamal Adli.

Kami di’jemput khas bersama para media yang lain untuk menyaksikan tayangan perdana filem ini di Tanjong Golden Village (TGV), Sunway Piramid pada 28 Mei 2012.

Filem cinta serumpun ini mengisahkan Zamani (Kamal Adli) seorang juruterbang helikopter bertemu dengan gadis berasal Indonesia Mikha (Olivia Jensen) si jelitawan yang telah berjaya menawan hatinya.

Namun, perjalanan kisah cinta mereka menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan dan diakhiri dengan kejadian yang mengejutkan para penonton.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Aaron Aziz & Isteri Di Kota Mekah

Posted: 30 May 2012 08:11 PM PDT

Tahukah anda bahawa minggu ini kami isytiharkan sebagai Minggu Bebas Gossip, kerana kami sendiri ketandusan gossip untuk di’sebarkan ke khalayak ramai. So, yeah!

Kalau anda belum tahu, dua minggu lalu Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik telah pun terbang ke kota Mekah untuk mengerjakan umrah & kini sudah pulang ke Malaysia.

Pasti’nya peminat Aaron Aziz yang banyak membeli akhbar Berita Harian awal tahun ini ingin melihat suasana pasangan bahagia ini mengerjakan umrah.

Tidak banyak gambar yang di’kongsikan pasangan ini di laman sosial tetapi rasanya yang ada ini cukup untuk menjadi tatapan peminat semua. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tamara Bleszynski & Suami Kini Bercerai, Orang Ketiga Menjadi Punca?

Posted: 30 May 2012 07:52 PM PDT

Isnin lalu, mahkamah memutuskan yang Tamara Bleszynski & suami, Mike Lewis sah bercerai menjadikan ini penceraian kedua buat si aktress Indonesia itu.

Sepanjang perbicaraan kes penceraian mereka, isu tiada persefahaman & selisih faham menjadi punca utama pasangan ini menuntut cerai tetapi ada kisah yang lebih menarik.

Kapan Lagi melaporkan yang sumber terdekat mereka ada maklumat kenapa rumahtangga pasangan ini sampai ke penghujung’nya & ia’nya melibatkan orang ketiga.

Aktress yang pernah membintangi filem Cicak Man 2 terbitan KRU Studios di’Malaysia ini di’khabarkan sedang intim dengan seorang jejaka yang mempunyai harta & kedudukan.

Tamara Bleszynski di’katakan sudah letih berusaha membina rumahtangga beliau bersama Mike Lewis dan dalam masa yang sama tidak dapat memenuhi gaya hidup mewah beliau.

Dan, sepanjang proses mereka menuntut cerai, Tamara Bleszynski dan suami berkali kali menegaskan yang tiada orang ketiga dalam hubungan mereka selama ini & mereka sebenarnya kelihatan bahagia sehingga’lah pengumuman mengejutkan untuk bercerai baru baru ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...