RotiKaya

RotiKaya


Zhang Ziyi Nafikan Terlibat Skandal Seks RM347 Juta — Lebih Kurang

Posted: 30 May 2012 09:04 AM PDT

24 jam selepas berita berkaitan skandal seks Zhang Ziyi yang di’khabarkan bernilai RM347 juta, aktress popular China ini mula bersuara, tidak secara langsung.

Melalui blog beliau awal hari ini, Zhang Ziyi menulis yang ramai boleh ‘menyalah anggap bahawa angin sebagai hujan’ merujuk kepada spekulasi yang telah timbul.

Kenyataan sinis oleh Zhang Ziyi itu di’ambil oleh media China sebagai penafian daripada aktress ini akan skandal seks beliau yang turut melibat bekas pegawai kerajaan China, Bo Xilai.

Pelbagai saluran media China semalam melaporkan yang Bo Xilai membayar sejumlah wang yang besar untuk meniduri Zhang Ziyi sekurang kurang’nya 10 kali sehingga tahun 2011.

Bukan Bo Xilai seorang, Zhang Ziyi di’laporkan menawarkan khidmat seks kepada beberapa orang ternama China yang lain dengan jumlah transaksi RM347 juta.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Namewee Lancar Video Pandang Pertama Filem Terbaru, Hantu Gangster

Posted: 30 May 2012 09:03 AM PDT

Selepas kejayaan Nasi Lemak 2.0 yang mendapat reaksi positif daripada peminat hiburan Malaysia, Namewee bakal kembali dengan filem Hantu Gangster seperti yang anda semua tahu.

Menarik’nya filem Hantu Gangster ini adalah penglibatan lebih ramai figura industri filem Malaysia menyokong usaha seni Namewee yang pernah di’kecam hebat dalam isu perkauman.

Antara nama yang kita familiar terlibat dalam filem kedua ini termasuklah Diana Danielle, Farid Kamil, Noh Hujan, Mizz Nina, Dennis Lau, Reshmonu, David Arumugam & Jalaluddin Hassan.

Awal malam tadi menerusi Twitter & Facebook, Namewee melancarkan sebuah video pandang pertama yang memberikan gambaran awal tentang filem ini nanti.

Filem Hantu Gangster di’jadualkan ke pawagam pada 31 Ogos 2012 ini & video selepas ini. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.127)

Posted: 30 May 2012 09:00 AM PDT

Dua bintang bola sepak Malaysia, Safee Sali & Aidil Zafuan akan membuat kemunculan istimewa di pentas akhir Super Spontan yang bakal berlangsung malam esok. Adakah mereka akan berlawak atau jadi bahan lawak? – Murai

Nampaknya cinta mula mempengaruhi karier Kanye West selepas penyanyi ini di’laporkan membatalkan persembahan beliau untuk bersama Kim Kardashian. Mereka datang singgah kemudian pergi begitu sahaja. Wow. – WWTDD

Khabar angin mula bertebaran mengatakan yang Paris Hilton (gambar) telah di’tinggalkan oleh DJ Afrojack yang merupakan kekasih terkini yang kita semua tahu. Jadual persembahan deejay tersebut yang ketat menjadi punca? – Splash News

Sensasi muzik pop Korea, Girl’s Generation (SNSD) telah pun melancarkan video pandang pertama untuk single terbaru mereka, Paparazzi yang bakal memasuki pasaran Jepun terlebih dahulu. – allkpop

Sebelum kelahiran, bayi Jessica Simpson ini di’katakan bakal menjadi aset paling bernilai kerana gambar’nya menjadi buruan media. Ini gambar pertama Maxwell Drew Johnson, bayi perempuan selebriti tersebut. – Yahoo News!

VIDEO HARI INI: Bercakap tentang Kanye West, video muzik rasmi untuk sebuah lagu kolaborasi penyanyi bersama Jay-Z telah di’lancarkan. Ada gajah & rusuhan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Roam Holidays Melantik Imran Ajmain Jadi Duta Kerana Media Sosial

Posted: 30 May 2012 03:23 AM PDT

Kalau kami bergelar selebriti dan di’beri pilihan untuk menjadi duta, syarikat pelancongan akan berada dalam senarai teratas pilihan kami. Maklum’lah kaki melancong.

Roam Holidays merupakan syarikat pengurusan pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej percutian ke seluruh dunia juga Malaysia & Singapura kini mempunyai duta baru.

Mereka telah melantik Imran Ajmain bermula April 2012 yang lalu sebagai duta syarikat mereka atas minat penyanyi ini sendiri yang gemar melancong ke serata tempat.

Selain daripada itu, pengaruh Imran Ajmain yang kuat di dunia media sosial juga menjadi sebab kenapa beliau kini menjadi duta Roam Holidays.

Twitter sahaja, penyanyi kelahiran Singapura ini memiliki hampir 65,000 pengikut.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Laporan: Pelawak Lelaki Terkenal Ditahan Polis Kes Penipuan RM80,000

Posted: 29 May 2012 09:08 PM PDT

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang lelaki bergelar pelawak terkenal telah di’tahan polis selepas di’syaki terbabit dengan kes penipuan terhadap orang ramai.

Penipuan yang di’jalankan pelawak ini turut membabitkan wang Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang keseluruhan’nya hampir mencecah sekitar RM80,000.

Pelawak lelaki ini di’tahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping untuk memberikan keterangan berhubung kes yang membabitkan beliau pada jam 4.00 petang semalam.

Ini kisah yang kami terima sekitar April 2012 dan kami rasa mempunyai hubungan kuat dengan penahanan yang berlaku di Taiping, semalam. Ini e-mail aduan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...