RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.126)

Posted: 29 May 2012 09:21 AM PDT

Ingat lagi janji Que Haidar nekad untuk mengundur diri dari dunia seni & lakonan? Nyata pelakon lelaki ini rindu akan dunia lakonan dengan kembali ke pentas teater yang di’terbitkan oleh isteri’nya Linda Jasmine. – mStar Online

Akibat mengorbankan beg tangan mewah bernilai US$100,000 berjenama Birkin, anak perempuan Clint Eastwood telah di’kecam hebat sehingga ada yang menghantar ugutan untuk membunuh kerana membazir. – TMZ

Penyanyi kegemaran editor kami, Justin Bieber (gambar) telah melancarkan single terbaru berjudul Die In Your Arms daripada album terkini beliau, Believe. Lagu masih berentak remaja tetapi lebih romantik. Eh. - Just Jared

Menteri Belia & Sukan, Ahmad Shabery Cheek menafikan yang penangguhan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lalu ada kaitan dengan memberi laluan kepada konsert k-pop. – Bernama

Masih ingat lagi dengan kegilaan anda semua dengan boy bands sekitar 90′an dahulu? Jika tidak, anda sah terlalu muda untuk senarai 40 anggota boy bands mengikut penampilan mereka ketika ini di tahun 2012. – Buzz Feed

VIDEO HARI INI: Video ini di’dakwa sebagai blooper terpanjang dalam sejarah sekurang kurang’nya untuk The Muppets & jika anda belum menonton filem’nya, kelakar masih ada.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Pegawai Kerajaan China Bayar Zhang Ziyi RM347 Juta Untuk Seks

Posted: 29 May 2012 06:34 AM PDT

Holy macaroni! Skandal menteri Malaysia yang di’katakan membayar aktress terkenal untuk seks nampak sangat kecil berbanding angka yang di’dedahkan media China hari ini.

Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini di’dakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress & selebriti terkanl Zhang Ziyi.

Bo Xilai di’katakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka di’kenalkan oleh rakan.

Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming di’katakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.

Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang kurang’nya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Politik: Amy Search Sah Sertai UMNO

Posted: 29 May 2012 04:18 AM PDT

Bukan sesuatu yang mengejut kerana hujung minggu lalu ketika menjayakan konsert Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Amy Search dalam persembahan secara terang menyelit laungan menyokong UMNO dari atas pentas.

Dan, petang tadi termeterai yang Amy Search kini merupakan ahli sah Umno bersama tiga orang lagi rakan seperjuangan iaitu Mus May, Ibnor Riza dan juga Radhi OAG.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara & rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpinnya,” ujar Amy Search.

Kesemua mereka yang hadir menyerahkan borang keahlian di pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini dan di’terima oleh Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Saksikan video yang di’rakam oleh UMNO Online berkaitan penyertaan Amy Search & rakan rakan ke dalam Umno.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tomok, Isteri Terima Kelahiran Bayi Lelaki

Posted: 29 May 2012 03:10 AM PDT

Tomok melalui Twitter rasmi beliau baru sahaja mengumumkan yang isteri beliau, Ayu baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 6.03 petang tadi.

Tomok & Ayu berkahwin pada 1 Julai 2011 yang lalu & ini merupakan anak sulung mereka. Tahniah daripada kami buat kedua dua mereka & keluarga. Stay tuned for more!

UPDATE-1: Gambar pertama anak sulung lelaki Tomok & Ayu selepas ini. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Nazmi Faiz Bakal Terima Gaji RM300,000 Sebulan Dari Kelab Beira-Mar?

Posted: 28 May 2012 10:56 PM PDT

Okay. Kami sudah dengar suara suara menyarankan supaya kami tidak ambil pusing akan figura dari dunia bola sepak. Tidak mungkin terjadi, jika anda popular, anda selebriti. Heh.

Bintang bola sepak Harimau Muda, Nazmi Faiz awal bulan ini mencipta kejutan apabila di’terima untuk menyertai SC Beira-Mar sebuah kelab bola sepak Portugal.

Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 & beliau akan mula bermain dengan pasukan utama pada Ogos 2012 selepas mencecah 18 tahun.

Yang menarik minat para selebriti wanita hari ini ialah angka gaji yang bakal di’terima oleh Nazmi Faiz sepanjang beraksi di’sana — RM300,000 (€76,000) sebulan.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Mizz Nina Rancang Karier Muzik Di USA & Lancar Album Penuh Takeover

Posted: 28 May 2012 08:10 PM PDT

Nampaknya Malaysia bakal ada lagi sebutir bintang yang menempa nama di bumi Amerika Syarikat. Selepas Zee Avi dan Yuna membina nama, Mizz Nina bakal mengambil giliran.

Ketika majlis pelancaran album penuh beliau, Takeover di Zouk hujung minggu lalu, Mizz Nina berkata yang beliau kini dalam perbincangan bersama Flo Rida untuk karier muzik di’sana.

Mizz Nina berhasrat untuk menerbitkan album penuh khas untuk pasaran USA di’bawah label muzik milik Flo Rida yang banyak menghasilkan nama nama besar industri hiburan.

Sebelum itu menurut Mizz Nina, beliau merancang untuk melancarkan album penuh Takeover ini di Asia terlebih dahulu & memikirkan pasaran seperti Thailand & Singapura.

Dalam majlis yang sama, Mizz Nina turut melancarkan 2 buah video muzik untuk dua buah single berjudul With You & Rentak Yang Sama yang di’tulis bersama Mizz Nina & Noh Hujan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Yana Samsudin Kongsi Cerita Isteri Orang Datang Melamar Untuk Bermadu

Posted: 28 May 2012 07:31 PM PDT

Seakan dejavu ketika menulis kisah ini kerana rasa’nya pernah dengar jalan cerita yang sama tetapi entah terjadi kepada siapa. Atau, ini sebenarnya sudah lumrah selebriti.

Siapa tidak kenal pelakon popular cantik molek Yana Samsudin yang kini sedang hangat di’pawagam dengan filem Aku Ada, Kau Ada? penampilan bersama Shaheizy Sam.

Yana Samsudin dalam temubual terbaru bersama majalah URTV menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi pilihan seorang isteri orang untuk hidup bermadu.

Suami kepada wanita itu pada mula’nya hanya kenalan kepada Yana Samsudin tetapi wanita itu selepas beberapa ketika nampak bersungguh sungguh untuk berkongsi suami.

Yana Samsudin pernah di’jemput datang ke rumah menikmati makan malam sebelum wanita itu meninggalkan suami’nya untuk bersembang dengan aktress ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...