RotiKaya

RotiKaya


Wardina Saffiyah Terima Panggilan Lucah Dua Kali, Buat Laporan Polis

Posted: 27 May 2012 06:26 PM PDT

Bahaya orang yang suka suka menyamar menjadi wartawan ini. Wardina Saffiyah mangsa terbaru aktiviti tidak sihat ini apabila dua kali di’ganggu oleh pemanggil lucah.

Seorang lelaki yang menamakan diri beliau sebagai Arif mendakwa bekerja sebagai kakitangan salah sebuah stesyen TV dan ingin menembual Wardina Saffiyah.

Namun, lelaki itu menolak untuk menyatakan beliau bekerja dengan stesen TV mana & mula mengeluarkan kata kata lucah yang Wardina Saffiyah sendiri malu untuk dedahkan.

Lelaki itu menelefon selebriti popular ini pertama kalipada jam 5.00 pagi namun panggilan tidak berjawab dan panggilan kedua pada 9.15 pagi yang menyebabkan Wardina Saffiyah bertindak membuat laporan polis.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Pelancaran Butik ‘House of Doll’ Milik Nur Fazura, Bangsar

Posted: 27 May 2012 09:10 AM PDT

Perasmian House of Doll - Nur FazuraHujung minggu yang agak menarik buat kami, menghadiri pelancaran sebuah butik yang tidak pernah kami di’sini lakukan sebelum ini. Tidak mengapa jika ia’nya kerana Nur Fazura.

Semalam, butik fesyen milik Nur Fazura yang di’beri nama House of Doll memulakan operasi secara rasmi dan dalam hari yang sama selebriti mengadakan majlis perasmian khas.

Menurut Nur Fazura, idea untuk membuka butik sendiri ini timbul selepas ramai peminat yang bertanyakan di’mana boleh mereka membeli baju yang di’pakai dalam majlis majlis.

Dengan wujudnya House of Doll, Nur Fazura berkata beliau kini boleh berkongsi selera & minat fesyen beliau bersama para peminat yang selama ini berminat.

Fesyen dalam butik House of Doll banyak menerima sentuhan rekaan oleh Nur Fazura sendiri selain kolaborasi khas bersama pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Serius Comel: Anak Harith Iskander Hasil Lensa Kamera Sammy Khoo

Posted: 27 May 2012 09:03 AM PDT

Zander - Anak Harith Iskander & Dr JezamineMembaca temubual eksklusif pasangan ini bersama MSN Entertainment, kami yakin yang keluarga ini di’takdirkan untuk berada dalam suasana ceria sepanjang masa.

Harith Iskander & isteri, Dr. Jezamine Lim tampil berkongsikan pengalaman mereka selepas lebih dua bulan kelahiran anak pertama mereka Zander Xayne Iskander.

Menurut Harith Iskander, pada awal’nya mereka berdua ingin menamakan anak pertama mereka sebagai Alexander Sinatra Iskander dan membatalkan hasrat itu atas sebab tertentu.

Pasangan suami isteri ini juga menyebut yang mereka tidak terlalu mendengar nasihat orang lain dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa kerana secara perlahan lahan mereka tahu akan apa yang patut mereka lakukan.

Gambar Zander Xayne Iskander bersama Harith Iskander & Dr Jezamine Lim hasil karya jurugambar terkenal, Sammy Khoo selepas ini. Enjoice!(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.124)

Posted: 27 May 2012 09:00 AM PDT

Semua sedia maklum yang Lady Gaga sudah membatalkan konsert beliau di Indonesia, namun di Thailand bintang ini sempat menjenguk kegiatan hiburan oleh lady boys ketika berada di Bangkok. Heh. – Times of India

Tiba tiba nama majalah ini menjadi sebutan dek kerana pembaca mereka memilih Kim Kardashian sebagai wanita paling seksi di’atas planet Bumi ketika ini. Tanpa ragu, ZOO menampilkan imej seksi terbaru selebriti itu. – ZOO

Bercakap tentang seksi, penyanyi popular Rihanna mengambil pendekatan lebih drastik dengan terus berbogel untuk minyak wangi keluaran beliau yang di’panggil NUDE. – Celebuzz

Baru sahaja di’dakwa memandu secara merbahaya awal bulan ini, Amanda Bynes (gambar) sekali lagi terjebak dalam insiden langgar lari yang di’dakwa terjadi sekitar 10 April lalu. – TMZ

Lagi kisah dari Indonesian Idol 2012. Mulan Jameela telah di’minta oleh Anang Hermansyah untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Ahmad Dhani sebelum di’paksa rela untuk mencium tangan bekas suami’nya itu. – Kapan Lagi

VIDEO HARI INI: Oleh kerana kami sendiri tidak sabar untuk menonton The Dark Knight Rises, sebuah video yang kami jumpa ini menampilkan hanya Joker lakonan Heath Ledger.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Lady Gaga Batalkan Konsert Di Indonesia Atas Alasan Keselamatan

Posted: 27 May 2012 02:48 AM PDT

Kemenangan untuk serbanista di Indonesia kami kira. Lady Gaga telah mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke Indonesia untuk konsert khas beliau.

Keputusan ini sebenarnya sesuatu yang mengejutkan bukan sahaja untuk peminat tetapi juga penganjur yang terpaksa berhadapan dengan kritikan peminat Lady Gaga.

Michael Rusli, CEO Big Daddy yang bertindak selaku penganjur berkata mereka kecewa dengan keputusan Lady Gaga tetapi memahami alasan beliau yang risaukan keselamatan.

Konsert Lady Gaga yang di’jadualkan berlangsung di Jakarta pada 3 Jun ini telah berjaya menjual kesemua tiket yang ada & penganjur berjanji memulangkan duit untuk semua 50,000 tiket.

Lady Gaga, mari cuba Malaysia. Mari.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Peminat Fanatik Hadiahkan Tuala Wanita Buat Liyana Jasmay Ditahan Polis

Posted: 26 May 2012 08:39 PM PDT

Okay. Pertama sekali, sebenarnya tidak berbaloi mana kalau menjadi fanatik kepada mana mana selebriti Malaysia. Dan, ini kisah lelaki yang terlalu obses dengan Liyana Jasmay.

Khamis lalu, pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang di’percayai peminat fanatik Liyana Jasmay di rumah selebriti itu sekitar jam 11.40 malam.

Lelaki tersebut di’laporkan sudah menghantui rumah kediaman Liyana Jasmay itu sejak November 2011 dengan membawa pelbagai hadiah seperti t-shirt, kasut, minyak wangi, cereka padat (CD), minyak wangi & yang paling menarik, tuala wanita.

Keluarga Liyana Jasmay mengambil keputusan untuk membuat laporan polis setelah melihat aksi mencurigakan lelaki itu sejak jam 10.00 malam melalui CCTV.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Nana Mahazan Dan Bell Ngasri Perlu Akur Tersingkir Dari Super Spontan

Posted: 25 May 2012 08:18 PM PDT

Teka-teki peserta Beruang Comel yang mana disingkirkan pada minggu ke-8 Super Spontan terjawab apabila Bell (Ngasri) terpaksa akur dengan keputusan undian kali ini.

Ini bermakna Beruang Comel hanya tinggal tiga peserta iaitu Ropie, Johan dan Rahim berbanding peserta Angsa Ganas yang berkelebihan dengan 4 orang peserta iaitu Nana, Suhaimi, Tauke dan juga Zizan Razak.

Bagaimanapun, difahamkan hanya 6 peserta yang akan mara ke pusingan akhir Super Spontan yang akan berlangsung pada 1 Jun 2012 ini di lokasi sama pusingan mingguan.

Maka akan ada seorang lagi peserta yang akan disingkirkan di minggu ke-9 ini yang akan diumumkan di penghujung rancangan berbanding minggu-minggu sebelumnya yang hanya diumumkan di minggu seterusnya.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...