RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Perkahwinan Fasha Sandha Dan Rizal Ashram Tidak Mendapat Restu?

Posted: 03 May 2012 09:03 AM PDT

Ingatkan sudah berumahtangga, habis tamat sudah gossip yang bakal melanda aktress popular Malaysia ini namun masih ada yang di’perkatakan orang ramai selepas tamat majlis.

Ketiadaan ibu kepada Rizal Ashram (Jejai), Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di’majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara menjadi persoalan yang agak besar kepada sebahagian daripada 300 hadirin yang ada.

Selepas majlis berakhir, timbul andaian mengatakan yang sebenarnya perkahwinan antara Rizal Ashram & Fasha Sandha tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

Menurut laporan laman berita popular, mStar Online hari ini, Fasha Sandha yang di’temui buat pertama kali selepas hampir seminggu bergelar isteri ini enggan memberikan ulasan lanjut berhubung dakwaan yang timbul.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sertai Celcom The Cube Football Frenzy Untuk Menang Hadiah Lumayan

Posted: 03 May 2012 09:02 AM PDT

Siapa kaki bola di’sini? Sila angkat kaki. Heh. Untuk anda yang mengikuti perkembangan bola sepak serantau pasti anda tahu yang Indonesian Premier League (IPL) akan bermula tidak lama lagi & apa yang anda buat untuk ikuti kehangatan liga terhebat Indonesia ini?

Celcom menerusi The Cube bermula sekarang menawarkan satu kempen khas Football Frenzy yang membolehkan anda semua menyertai kuiz berkaitan Indonesian Premier League (IPL) ini dan berpeluang memenangi barisan hadiah yang cukup lumayan. Bagaimana cara untuk sertai? (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.108)

Posted: 03 May 2012 09:01 AM PDT

Filem Hollywood terdekat yang kami tunggu selepas tamat deman The Avengers adalah Men In Black III (MIB3) yang bakal ke’pawagam bermula 25 Mei 2012 ini dan ini merupakan klip terbaru yang beredar di’internet. – Huffington Post

Seperti di’rancang Scarlett Johansson yang sedang popular sebagai Black Widow dalam filem The Avengers semalam telah menerima penghargaan bintang di Walk of Fame, Hollywood dan beliau merupakan penerima ke 2,470. – The Sun

Sekeping senarai nama mereka yang terlibat dalam album antarabangsa pertama Agnes Monica melihatkan yang idola Indonesia ini bakal bekerjasama dengan Timbaland selaku penerbit & duet bersama Beyonce, Britney Spears & Justin Timberlake. Perghh. – Kapan Lagi

Pasangan yang sedang di’nanti untuk berumahtangga Brad Pitt & Angelina Jolie hari ini di’khabarkan telah membeli sebuah rumah mewah di London, UK dengan harga US$16 juta dan sebelum ini pernah menyewa rumah mewah ini dengan kadar US$50,000 sebulan. – People

Sebagai hiburan semata mata untuk anda di’hujung hari bekerja ini, ini barisan 20 gambar terhangat Cobie Smulders (gambar) yang kalau anda pernah lihat popular melalui drama siri TV How I Met Your Mother. High five skrin komputer anda kalau anda peminat. – Heavy(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Bob Kuman Meninggal Dunia

Posted: 03 May 2012 01:26 AM PDT

Kami baru menerima perkhabaran sedih di’mana Bob Kuman telah meninggal dunia pada 4.38 petang tadi. Al-fatihah.

Menurut maklumat awal yang kami terima, Bob Kuman menghembuskan nafas terakhir beliau di’sisi isteri tercinta di kediaman mereka di Kota Damansara dan allahyarham kini telah di’bawa ke Hospital Sungai Buloh.

UPDATE-1: Allahyarham Bob Kuman kini berada dan akan di’mandikan di Masjid Kota Damansara.

Perkembangan terbaru akan kami bawakan secepat mungkin.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Syamsul Yusof Punyai Hubungan Cinta Dengan Pengarah Baru?

Posted: 02 May 2012 08:29 PM PDT

Gambar memang jenis paparazzi habis. Semoga industri hiburan Malaysia semakin maju seiring kemajuan paparazzi tempatan. Heh. Ini gossip cinta antara Syamsul Yusof & Nurul Ain Nordin, pelakon juga pengarah baru.

Awal pagi tadi, kami menerima e-mail daripada seseorang yang mendakwa beliau merupakan bekas krew produksi untuk filem arahan pertama Nurul Ain dan ada kisah ingin di’sampaikan.

Sumber ini mendakwa yang Syamsul Yusof seakan ada hubungan istimewa dengan pengarah filem mereka ini kerana mereka sering berdua di’lokasi selain datang bersama ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang lalu.

Lebih menarik, Nurul Ain Nordin & Syamsul Yusof mempunyai meja sendiri ketika berehat daripada penggambaran dan agak terasing daripada krew produksi yang lain.

Kali terakhir kami dengar tentang kisah cinta Syamsul Yusof adalah ketika beliau di’kaitkan dengan Liyana Jasmay dan kemudian’nya mengaku kini sedang bercinta dengan gadis bukan dari industri hiburan. Hmm.

Mungkin Syamsul Yusof & Nurul Ain Nordin memilih jalan untuk rapat luar biasa atas alasan kerja — maklumlah pengarah baru ingin menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pengarah yang pernah meraih RM12 juta kutipan tiket wayang. Gambar untuk tatapan anda selepas ini.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...