RotiKaya

RotiKaya


TS: Maya Karin & Farid Kamil Menyelam Bersama, Aaron Aziz Di Perth, Fida Lawat Harimau & Nora Danish Di Studio

Posted: 02 May 2012 12:55 PM PDT

Antara tajuk terpanjang & boleh mendatangkan kekeliruan Tahap 2 untuk sebuah artikel di’sini. Yeah, selamat kembali ke sebuah lagi Twitter Selebriti yang anda semua nantikan.

Untuk anda yang pertama kali  membaca ruangan Twitter Selebriti, ini merupakan sebuah ruangan di’mana hobi kami mengintai & mengekori timeline selebriti di Twitter membuahkan hasil yang boleh di’kongsi bersama peminat.

Seperti di’nyatakan dalam tajuk, edisi kali ini kita semua mempunyai gambar Maya Karin & Farid Kamil pergi menyelam bersama di’sebuah lokasi rahsia tanpa Diana Danielle. Eh.

Kita juga boleh melihat Johan Asa’ri bermain gitar duet khas bersama Qi yang juga membuat penampilan khas dengan rambut gaya baru tanpa pengetahuan Yuna. Bicara panjang pun tiada berguna, foto selebriti kesayangan anda selepas ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Honeymoon: Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya Pilih New York Dan Eropah

Posted: 02 May 2012 11:38 AM PDT

Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal AshaariSedar tidak sedar, kontroversi demi kontroversi, kisah cinta Scha al-Yahya & Awal Ashaari bakal bersambung dalam episod baru selepas mereka mengikat tali pernikahan esok hari yang bakal berlangsung di Putrajaya.

Bercakap kepada wartawan ketika di’temui di’sessi mencuba baju untuk program realiti perkahwinan mereka yang bakal di’siarkan di Astro Ria, pasangan ini sudah menetapkan lokasi percutian bulan madu mereka nanti.

Scha al-Yahya & Awal Ashaari telah memilih dua lokasi utama untuk berbulan madu. New York akan menjadi destinasi pertama percutian mereka sebagai pemanas badan sebelum ke beberapa buah negara Eropah pada Disember ini.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside pada 4 Mei 2012 dan bakal bermula sekitar jam 7.45 malam. Resepsi perkahwinan pula akan diadakan pada 6 Mei ini bertempat di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.

Sebelum kita semua di’sajikan dengan gambar gambar indah majlis pernikahan mereka yang akan kami bawakan secepat mungkin kepada anda dari lokasi majlis berlangsung — pastikan anda tidak ke’mana mana esok — ini koleksi foto pra perkahwinan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari hasil tangan jurugambar terkenal, Saiful Nang, Enjoice! (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.107)

Posted: 02 May 2012 10:43 AM PDT

Model yang semakin popular selepas berjaya menjadi muka hadapan majalah Sports Illustrated, Kate Upton (gambar) menjalani sessi fotografi penuh seksi bersama jurugambar ternama, Terry Richardson. Seksi itu terjamin. – Celebuzz

Persatuan Seniman melalui Timbalan Presiden, Zed Zaidi mendesak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) menyemak kembali kemasukan artis luar negara yang di’dakwa menjejaskan periuk nasi artis tempatan. – mStar Online

Lokasi berlangsung’nya anugerah Oscar sejak tahun 2002 telah bertukar nama daripada Kodak Theatre kepada Dolby Theatre ekoran penarikan diri syarikat foto tersebut dari kontrak 20 tahun kerana berhadapan bankrupsi. – Huffington Post

Kalau anda belum tahu, Jessica Simpson telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan awal hari semalam dan memberikan nama Maxwell Drew Simpson dan bayi ini berkemungkinan bernilai US$14 juta. Hmm. – Fox News

Senarai pencalonan untuk 2012 MTV Movie Awards telah pun di’keluarkan dan nampaknya The Hunger Games & Bridesmaids mendahului senarai dengan lapan pencalonan setiap satu. Majlis akan berlangsung pada 3 Jun 2012. – Times Live (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

ERA fm Kembali Rampas Takhta Radio Nombor Satu Dengan 4.8 Juta Pendengar

Posted: 02 May 2012 01:41 AM PDT

Ini berita baik untuk semua peminat hiburan yang suka mendengar radio ketika pergi kerja, sangkut dalam kesesakan lalu lintas atau sekadar membuang masa kerana talian internet terputus, Era FM kembali merampas takhta sebagai radio nombor satu Malaysia.

Keputusan yang baru sahaja di’keluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsen untuk fasa pertama tahun 2012 menunjukkan yang lima daripada lapan stesen radio kelolaan AMP menduduki carta 10 radio paling popular di’Malaysia.

Dan, senarai di’dahului oleh Era FM dengan mencatatkan jumlah pendengar seramai 4.8 juta secara keseluruhan dan di’ikuti rapat oleh Sinar FM yang mencatat 4.7 juta pendengar & di’ikuti THR (Raaga & Gegar) dengan 1.73 juta pendengar yang majoriti berada di Pantai Timur. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

FHM Memilih Tulisa Contostavlos Sebagai Wanita Paling Seksi Di Dunia 2012

Posted: 01 May 2012 11:05 PM PDT

Tulisa ContostavlosSebelum anda tanya siapakah gerangan Tulisa Contostavlos, kami sendiri baru pertama kali dengar akan nama beliau yang sebenarnya agak besar dalam dunia hiburan di’luar negara — terutamanya industri hiburan United Kingdom.

Tulisa Contostavlos baru sahaja di’umumkan terpilih untuk memegang gelaran FHM’s Sexiest Woman in the World dalam satu senarai yang di’keluarkan secara tahunan oleh majalah untuk hiburan lelaki tersebut.

Gadis berusia 23 tahun yang juga merupakan juri rancangan hiburan X-Factor baru baru ini menjadi perhatian apabila video rakam adegan seks beliau terbongkar di internet.

Pemegang status dua kali sebelum ini, Cheryl Cole berada di tangga kedua senarai di’ikuti oleh Rihanna & model Rosie Jones. Model & bintang Transformers Rosie Huntington-Whiteley jatuh ke tangga 18 dari senarai teratas tahun lalu.

Di tangga ke-5 di’pegang oleh Georgia Salpa dan di’ikuti oleh bintang pop Katy Perry. Megan Fox, model Keeley Hazell, Mila Kunis juga pelakon Emily Atack melengkapkan carta Top 10.

Keputusan kedudukan para wanita dalam senarai ini merupakan undian daripada pembaca FHM — adakah anda setuju atau kita semua rakyat Malaysia ketinggalan untuk mengundi Zarina Anjoulie, Rozita Che Wan atau pun Nora Danish? Oops. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Anuar Zain Bakal Terbitkan Album Baru Ziana Zain, Tidak Akan Berduet

Posted: 01 May 2012 08:11 PM PDT

Lama sebenarnya peminat dunia muzik tanah air mahu melihat gandingan adik beradik ini menjadi satu kenyataan namun sehingga hari ini paduan suara mereka hanya boleh kita dengar di’pentas pentas persembahan.

Tidak melihat kemungkinan untuk berduet, Anuar Zain baru baru ini mengumumkan yang beliau akan menerbitkan album terbaru kakak beliau Ziana Zain tidak lama lagi.

Jejaka yang terkenal dengan nilai eksklusif beliau ini tidak memberikan maklumat terperinci akan projek album baru Ziana Zain namun berkata mereka berdua akan menampilkan sesuatu yang segar dan selera muzik berbeza.

“Saya mahu melihat Ziana tampil dengan muzik yang sedikit berbeza. Bukan mahu mengubah acuan yang telah dibentuk oleh Ziana sejak dari awal dia menyanyi tetapi tidak salah kalau kita menampilkan kelainan,” ujar Anuar Zain.

Di’tanya sama ada beliau bakal tampil dengan lagu duet khas bersama Ziana Zain, Anuar Zain menjawab yang vokal mereka berdua sebenarnya tidak mencapai tahap keserasian & boleh menimbulkan suasana bising. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...