RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.105)

Posted: 29 Apr 2012 11:04 AM PDT

Membuka tayangan di 39 buah negara seluruh dunia tidak termasuk Amerika Syarikat, The Avengers kini telah berjaya mengutip lebih US$170 juta dalam jualan tiket. Sebagai perbandingan, kos produksi filem ini di’anggarkan sekitar US$220 juta. Wow. – News AU

Masih peduli dengan Fasha Sandha? Okay. Pasangan baru suami isteri Fasha Sandha & Rizal Ashram di’khabarkan akan berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu kerana terpegun dengan panorama pulau itu. – mStar Online

Gossip terbaru di Hollywood, Taylor Swift (gambar) khabarnya telah menjalani pembedahan membesarkan buah dada selepas gambar terbaru beliau tersebar menunjukkan perubahan ketara di’bahagian tersebut. Hmm. – Fox 411

Siapa kata selebriti Hollywood tidak ada yang kelihatan cantik tanpa sebarang make-up? Ini galeri menunjukkan 20 orang selebriti wanita yang masih comel walaupun tanpa make-up tebal termasuklah Zooey Deschanel & Snooki. – The Frisky

Setelah lebih setahun mendirikan rumahtangga, gossip mula bertiup mengatakan yang Krisdayanti & suami, Raul Lemos kini sudah tidak tinggal bersama dan penyanyi itu lantas menafikan sekerasnya gossip tersebut — mengatakan kisah itu berniat jahat dan busuk. – Kapan Lagi (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Samuel L. Jackson Dan Zooey Deschanel Dalam Iklan Terbaru iPhone 4S

Posted: 28 Apr 2012 10:27 PM PDT

Bagaimana hujung minggu anda setakat ini? Adakah anda perasan hari ini yang muka hadapan Harian Metro bersama wajah Neelofa seakan tiada kena mengena dengan tema nasional — Bersih 3.0 & Fasha Sandha? #random

Untuk video hujung minggu anda, kami ingin anda semua tonton video iklan terbaru daripada Apple yang menampilkan dua selebriti berpengaruh Hollywood – Samuel L. Jackson & Zooey Deschanel yang comel. Eh.

Menurut penganalisa keberkesanan iklan, Ace Metrix berkata yang siri iklan terbaru menampilkan dua figura ini sangat berkesan berbanding iklan lain terbitan Apple sebelum ini.

Kami sendiri sukakan gandingan berbeza ini yang menunjukkan cara mereka tersendiri menggunakan aplikasi Siri dalam kehidupan mereka. Enjoice! (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...