RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Rizal Ashram (Finalé)

Posted: 28 Apr 2012 09:01 AM PDT

Kami berjanji yang ini merupakan installment terakhir untuk siri gambar majlis pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram yang menjadi tumpuan orang ramai sebelum Bersih 3.0 mengambil perhatian.

Kepada yang belum tahu, Fasha Sandha telah selamat bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai) dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur & hanya di’hadiri kira kira 300 orang dari kalangan ahli keluarga, teman rapat & media.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan hanya dua kali lafaz selepas yang pertama si pengantin lelaki terlupa untuk menyebut bahagian sen dalam mas kahwin mereka RM8,888.88. Gambar sekitar majlis pernikahan mereka selepas ini untuk tatapan anda. Enjoice! (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Dindong Dantes Bintang Popular Endless Love Turun Ke Malaysia

Posted: 28 Apr 2012 03:20 AM PDT

Adakah anda peminat telenovela dari Filipina? Mungkin tidak bagi kami kerana ketika anda semua sedang sibuk menonton kami pula sedang sibuk bekerja. Konon, bekerja. Heh.

Siri Endless Love lakonan Dingdong Dantes dan Marion Riviera sedang rancak disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis melalui slot Telenovela di TV3. Drama bersiri terbitan GMA Network, Filipina merupakan adaptasi daripada siri drama Korea, 'Autumm In My Heart'.

Dingdong Dantes atau nama asalnya Jose Sixto Raphael Gonzalez Dantes III bakal membuat penampilan eksklusif di Karnival Jom Heboh di Ipoh pada hujung minggu ini. Agak panjang nama beliau namun bukan?

Ketika ditemui pada sidang media, Dingdong Dantes dengan tenang melayan segala pertanyaan yang dikemukan dan tidak menyangka beliau mempunyai begitu ramai peminat di’sini.

Selain dari siri 'Endless Love', beliau juga pernah membintangi drama bersiri seperti 'Stairway To Heaven', 'Encantadia' dan 'Marimar' yang telah bersiaran di kaca televisyen anda.

Gamat seketika apabila Dingdong Dantes memulakan bicara dengan ucapan "Apa Khabar?", terserlah keramahan beliau. Sifat rendah diri yang ditonjolkan memukau seketika pihak media yang hadir. Namun apabila ditanya apakah watak idaman yang belum pernah beliau lakonkan, lantas beliau menjawab "I want to play a role as Gay" terus kesemua yang hadir tergamam. (...)
Teruskan Membaca →


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Filem Minggu Ini: Berani Punya Budak

Posted: 28 Apr 2012 02:57 AM PDT

Apalah salah kami kiranya review bagi filem tempatan kami selitkan buat tatapan di hujung minggu sebegini. Lupakan seketika filem aksi yang lain yang sedang mewarnai pawagam seluruh negara pada masa ini.

Filem Berani Punya Budak merupakan filem arahan Afdlin Shauki yang membuat penampilan di pawagam seluruh negara bermula 26 April 2012 yang lalu. Pasti anda merindui sentuhan beliau setelah filem beliau yang terakhir tidak lama dahulu.

Filem ini mengisahkan bagaimana 2 orang saudara kandung yang membawa diri ke Malaysia setelah kecelakaan menimpa ketika berada di negara orang.

Setibanya di Malaysia,mereka ditahan di lapangan terbang olek pihak berkuasa kerana mereka telah disenarai hitamkan oleh pihak Interpol. Bermulalah kisah ‘flashback’ yang penuh dengan aksi-aksi yang menarik di samping elemen komedi gaya Afdlin Shauki yang diselitkan. (...)
Teruskan Membaca →


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...