RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Rizal Ashram (Part Deux)

Posted: 27 Apr 2012 10:54 AM PDT

Dalam keadaan yang mengantuk sebegini, tulis panjang pun tiada berguna. Seluruh Malaysia rasa’nya sudah mengetahui yang Fasha Sandha sudah pun selamat bergelar isteri kepada Rizal Ashram Ramli atau lebih popular dengan gelaran Jejai.

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur malam tadi & di’hadiri oleh ahli keluarga, teman teman rapat, para artis & juga media. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fasha Sandha Kini Sah Menjadi Isteri Rizal Ashram Dengan Dua Kali Lafaz

Posted: 27 Apr 2012 05:49 AM PDT

Alhamdulillah. Selepas beberapa tahun menyemai cinta antara mereka berdua, Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) selamat mengikat tali pernikahan sekitar jam 9.45 malam tadi.

Pengantin perempuan, Fasha Sandha anggun dalam persalinan berwarna cerah rekaan eksklusif Rizman Ruzaini dan hadirin boleh nampak yang aktress ini tampak berseri seri.

Majlis pernikahan mereka sebenarnya agak eksklusif kerana hanya sekitar 300 jemputan sahaja yang dibenarkan masuk & dengar khabar ada juga yang berani hadir tanpa jemputan.

Tahniah buat pasangan ini yang kami kira sudah banyak kali mengharungi cabaran sepanjang hubungan mereka berdua & kami berharap ikatan sah mereka ini bakal kekal selamanya.

Ingin menatap wajah bahagia Fasha Sandha & Rizal Ashram sepanjang majlis pernikahan? Layarkan paparan skrin anda ke bahagian pertama & bahagian kedua liputan bergambar kami.

Sebagai pengetahuan anda semua, majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha & Rizal Ashram ini bakal berlangsung di pusat peranginan Bali, Indonesia dan hanya akan di’hadiri oleh 100 jemputan khas. Lebih eksklusif & bermakna buat pasangan ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Rizal Ashram (Jejai)

Posted: 27 Apr 2012 05:04 AM PDT

Oleh kerana kami tidak mempunyai akses sah ke majlis akad nikah Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) malam ini, maka kami akan lakukan yang terbaik untuk bawakan gambar terkini sekitar majlis yang berlangsung malam ini.

Majlis pernikahan eksklusif Fasha Sandha & Rizal Ashram yang lebih melibatkan keluarga dan teman teman rapat berlangsung di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur bermula sekitar jam 8.30 malam tadi — dan resepsi mereka bakal berlangsung di Indonesia.

UPDATE-1: Linda Onn merupakan pengacara untuk majlis pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram malam ini dan ya, pengantin perempuan nampak anggun dalam persalinan rekaan duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

UPDATE-2: Fasha Sandha akan di’nikahkan sendiri oleh ayah kandung beliau di’majlis malam ini.

UPDATE-3: Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha & Rizal Ashram sah bergelar suami isteri. Lafaz kali pertama terbatal kerana terlupa menyebut sen. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Sheila Majid Nantikan Isu Cetak Rompak Selesai Untuk Keluar Album Baru

Posted: 26 Apr 2012 07:29 PM PDT

Rasanya bukan Sheila Majid seorang yang risau dengan masalah cetak rompak yang tidak berkesudahan ini. Terbitkan album ratusan ribu ringgit, tunggu 24 jam & semua boleh download dari 4shared.com. Apa kes?

Sheila Majid berkongsi perasaan tentang situasi industri muzik Malaysia ketika membuat persembahan khas kepada para setiausaha di restoran berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur baru baru ini.

Menjawab soalan salah seorang peminat beliau yang setia menantikan buah tangan terbaru dari Sheila Majid, penyanyi yang mula mendapat jolokan legenda hidup ini berkata beliau sedang menanti isu cetak rompak untuk selesai.

“Dengan teknologi yang ada di’sekeliling kita sekarang, agak sukar untuk saya terbitkan album & mendapatkan semula pelaburan saya. It just doesn’t make any business sense anymore.” ujar Sheila Majid. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...