RotiKaya

RotiKaya


Filem Minggu Ini: The Avengers

Posted: 24 Apr 2012 10:19 AM PDT

Pendek Kata: Filem terbesar & terhebat dari Marvel sehingga hari ini & memang takdir untuk menjadi filem dengan kejayaan berskala epik. Menepati harapan pengkritik filem.

Sebagai golongan yang lahir sekitar tahun 80′an, agak malu untuk kami mengaku yang kami bukan kaki komik tegar dan mengikuti setiap perkembangan superhero terutamanya karya Stan Lee dan barisan komik keluaran Marvel.

Strategi Marvel memperkenalkan superhero popular mereka satu per satu sebelum tampil dengan The Avengers sebagai filem klimaks memang menjadi dan tidak semena mena kami kini menjadi peminat superhero.

The Avengers adalah sebuah filem yang hampir (sangat, sangat hampir) sempurna dari kacamata kami. Gaya penceritaan yang pasti, senang di’fahami, dialog yang memberikan kesan yang sama tinggi dengan efek khas.

Setiap minit kami di kerusi panggung IMAX di TGV Sunway Pyramid semalam teruja dengan perjalanan cerita yang di’garap kemas oleh pengarah juga penulis bersama, Joss Whedon.

Superhero yang tampil dalam filem ini di’berikan layanan sama rata dan anda akan dapat rasakan yang setiap karakter walau sekecil pembantu Nick Fury mempunyai kesan dalam plot penceritaan The Avengers — yang boleh kami katakan 90% di’penuhi dengan aksi. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Dato’ Michelle Yeoh Ingin Miliki Sifat Aung San Suu Kyi, Promosi The Lady Di KL

Posted: 24 Apr 2012 09:02 AM PDT

Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh ke Malaysia sebagai rangka promosi untuk filem terbaru beliau, The Lady yang bakal menjengah ke pawagam berhampiran (atau berjauhan, you pick) pada 3 Mei 2012 nanti.

Pelakon yang pernah membintangi filem besar Hollywood seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha dan Tomorrow Never Dies hadir ke sessi bertemu media semalam di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur untuk sessi soal jawab yang sememangnya di’nantikan.

Michelle Yeoh berkata beliau tertarik dengan peribadi Aung San Suu Kyi sebelum terlibat dengan filem arahan Luc Besson ini & selepas menjalankan penyelidikan sendiri untuk mendalami karakter, beliau jatuh cinta dengan sifat yang ada pada wanita tersebut.

The Lady mengisahkan perjalanan hidup wanita berhati dan bersemangat waja Aung San Suu Kyi yang menyambung perjuangan bapanya menuntut demokrasi di’negara kelahiran beliau, Myanmar yang sering mendapat tentangan dari pihak tentera yang memerintah. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Aktress Popular Mengaku Sudah Mempunyai Madu, Tinggal Berasingan

Posted: 24 Apr 2012 09:01 AM PDT

Seperti biasa, gambar di’sebelah hanya hiasan semata mata dan tiada kaitan secara langsung atau tidak dengan gossip yang kami bawakan ini. Dan, gossip ini bukan satu perkara baru untuk mereka yang ikut perkembangan.

Kisah rumahtangga pasangan ini sudah berkali kali menjadi bahan bualan para peminat hiburan Malaysia sehingga status sebenar perkahwinan mereka menjadi tanda tanya.

Satu per satu kisah yang kurang enak keluar dari mereka yang rapat dengan aktress popular ini — apatah lagi spekulasi daripada para peminat yang hanya memerhati dari jauh.

Terbaru, aktress popular ini di’katakan sudah mengaku kepada beberapa teman rapat beliau yang mana sang suami kini sudah pun berkahwin lain dan berita yang mengejutkan selebriti itu di’terima ketika majlis hari jadi anak beliau.

Seorang aktivis gossip di forum hiburan popular, Cari menulis yang aktress popular ini pernah mengungkapkan kata kata seakan redha dengan apa yang terjadi kerana perkara yang lebih penting ketika ini adalah anak. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.102)

Posted: 24 Apr 2012 09:00 AM PDT

Forbes yang memang tugas mereka menyenaraikan nama orang kaya hari ini keluar dengan senarai 15 karakter fiksyen paling kaya & tahukah anda ada karakter yang lebih kaya daripada Tony Stark (Iron Man)? – Forbes

Atlit kesayangan anda, Khairul Fahmi Che Mat telah terpilih sebagai Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan dimalam Anugerah Astro Arena 2012. Atlit. Lelaki. Pilihan ramai. Berani anda kata beliau bukan selebriti? – Murai

Bintang yang mencipta nama dengan filem Haywire, Gina Carano di’khabarkan kini sedang dalam proses perbincangan untuk membintangi filem Fast & Furious 6  di’samping Vin Diesel & Paul Walker yang sah kembali. – THR

Penemuan video konsert pertama The Beatles di Amerika Syarikat sekitar Februari 1964 yang tidak pernah di’paparkan kepada umum bakal menjadi sebuah filem dokumentari khas yang bakal di’tayangkan di’pawagam. – Huffington Post

Bintang The Hunger Games, Jennifer Lawrence (gambar) bakal keluar dengan filem baru berjudul House at the End of the Street yang akan ke pawagam sekitar September 2012 & ini merupakan poster terbaru filem tersebut. – Just Jared (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tiket Habis Dalam Masa Tiga Jam, Russell Peters Umum Persembahan Kedua

Posted: 24 Apr 2012 01:33 AM PDT

Siapa yang tidak sempat untuk membeli tiket ketika kegilaan peminat memborong pada 18 April lalu, ini peluang anda untuk mendapatkan tiket yang anda idam idamkan.

Atas permintaan ramai & sambutan persembahan untuk 12 Mei 2012, Russell Peters telah bersetuju untuk menambah satu malam lagi untuk persembahan beliau di Malaysia nanti.

Russell Peters melalui Facebook rasmi beliau mengumumkan yang persembahan tambahan akan berlangsung pada 11 Mei 2012, malam sebelum berlangsung’nya persembahan pertama.

Namun, pihak penganjur & Russell Peters sendiri belum mengesahkan apa apa berkaitan penjualan tiket mahu pun lokasi berlangsung’nya persembahan tambahan ini sama ada kekal di Stadium Malawati atau berpindah ke lokasi berbeza.

Kami akan bawakan maklumat terkini secepat mungkin untuk anda semua. Stay tuned! (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sekitar Pengumuman Wawa Zainal Sebagai Duta Baru LIPICE

Posted: 24 Apr 2012 12:35 AM PDT

Oh Wawa Zainal. Ada peminat dunia hiburan yang meramalkan bahawa Wawa Zainal bakal bergelar Malaysian Darling yang seterusnya menggantikan Lisa Surihani. Anda setuju? LIPICE setuju. Eh.

Melihat kepada potensi & bakat yang ada dalam gadis berusia 20 tahun ini, jenama pelembap bibir terkemuka ini berkenan untuk memilih Wawa Zainal sebagai duta rangkaian produk popular mereka menggantikan Lisa Surihani yang menjadi duta untuk tahun 2010/11.

Pengurus besar Lipice, Lim Mei Yuen berkata pihak mreka tertarik dengan gadis ini sejak pertama kali bertemu & menekankan yang Wawa Zainal  mempunyai kebolehan serta bakat yang versatil sesuai dengan jenama pelembap bibir mereka yang menawarkan pelbagai pilihan.

“Wawa Zainal menjadi teladan yang baik kepada gadis gadis muda & kami amat teruja mempunyai seseorang yang serba boleh, peramah dan berkeyakinan untuk menyertai jenama Lipice. Dia merupakan seorang yang ceria, muda dan penuh tenaga,” ujar Lim Mei Yuen. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Megan Fox Mengandung Anak Pertama Bersama Brian Austin Green

Posted: 23 Apr 2012 11:54 PM PDT

Memang kuat jodoh antara mereka berdua ini walaupun hubungan sering di’landa pasang surut. Megan Fox menurut laporan eksklusif hari ini di’khabarkan sedang mengandung.

Ini merupakan anak pertama Megan Fox bersama suami beliau, Brian Austin Green yang di’kahwini pada Jun 2010 yang lalu selepas beberapa kali sessi putus & sambung semula.

Bercakap kepada media awal Mac lalu, Megan Fox berkata beliau mengidamkan dua atau tiga orang anak bersama Brian Austin Green dan tidak menolak kemungkinan untuk hamil.

Kami sedang berkira kira, adakah figura Megan Fox yang sedang mengandung akan secantik  si seksi Miranda Kerr ketika mengandung? Tahniah Megan Fox & Brian Austin Green!


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...