RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.101)

Posted: 23 Apr 2012 09:00 AM PDT

Meneruskan kehidupan, Katy Perry (gambar) nampaknya kini sedang mencipta bibit bahagia bersama gitaris Florence + the Machine, Robert Ackroyd ketika mereka berdua menghadiri festival muzik Coachella. – Just Jared

Bukan segelintir rakyat Malaysia sahaja boleh hilang akal kalau Lady Gaga ke’mari, penganut Kristian tegar di Korea Selatan kelmarin berkumpul & berdoa sebagai bantahan kepada konsert penyanyi ini yang bakal berlangsung di Seoul. – Mirror

Fida Ibrahim yang popular dengan kisah percintaan bersama Mamat Sepah hari ini menafikan gossip yang mengatakan beliau kini sudah berkahwin & menjadi isteri kedua kepada seorang VIP dari Perlis. Hmm. – mStar Online

Personaliti realiti TV American Idol & X-Factor, Simon Cowell sekali lagi menegaskan yang beliau bukan gay seperti di’dakwa dan turut berkata beliau tidak malu untuk mengaku jika ia’nya benar sekali pun. – Huffington Post

Penguasaan filem The Hunger Games selama empat minggu berturut turut dalam carta box office berjaya di’pecahkan oleh sebuah filem romantik komedi Think Like A Man yang membuka tayangan dengan kutipan US$33 juta. – CNN (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Shafie Apdal Nafi Berikan RM1.5 Juta Kepada Zahida Rafik Dan Laporan Polis Hanya Satu Motif Politik

Posted: 23 Apr 2012 02:12 AM PDT

Ha. Tidak pasal pasal ahli politik muncul menjadi satu kisah menarik di laman hiburan gossip ini. Sekali sekala orang tua kata, tiada salahnya.

Ini merupakan kenyataan pertama daripada Datuk Seri Shafie Apdal berhubung dakwaan parti pembangkang yang berkata beliau membayar RM1.5 juta kepada Zahida Rafik.

Bayaran yang cukup lumayan itu bertukar tangan di’katakan kerana Datuk Seri Shafie Apdal mempunyai hubungan sulit dengan aktress popular itu — dan membayar sekurang kurangnya RM100,000 setiap kali bertemu.

Menteri ini turut menafikan dakwaan Noor Azman Azemi yang mendakwa beliau di’upah untuk menjadi pemandu peribadi Zahida Rafik dan mengawal pergerakan aktress tersebut sejak tahun 2009 melalui Twitter beliau.

Dalam kenyataan ringkas menerusi surat yang di’lampirkan melalui Twitter rasmi beliau, Datuk Seri Shafie Apdal turut menegaskan yang laporan yang di’sebarkan ini tidak lain berniat jahat & bermotifkan politik. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...