RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Gelagat Zizan Razak & Siti Saleha Di Set Penggambaran KL Zombie

Posted: 22 Apr 2012 12:28 PM PDT

Sebentar lagi, pasti eksekutif PR Grand Brilliance akan e-mail bertanyakan kenapa hanya dua orang pelakon yang muncul di entri ini & bagaimana yang lain? Jawapan’nya, kami memang begitu sejak azali — bias. #LOL

Sebenarnya, ketika lawatan kami ke lokasi penggambaran KL Zombie baru baru ini, Siti Saleha & Zizan Raja Lawak adalah dua orang pelakon yang banyak timbulkan suasana kelakar di’sana — termasuklah ketika sessi fotografi.

KL Zombie sudah pun tamat penggambaran beberapa minggu yang lalu & peminat kini sedang menantikan trailer pertama untuk filem ini yang di’adaptasi dari novel fixi, Zombijaya karya Adib Zaini — yang juga penulis skrip untuk filem ini.

Tiada tarikh sebenar di’berikan sehingga ke hari ini namun pengarah MJ Woo dan juga seluruh warga produksi KL Zombie berharap yang filem ini bakal di’tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2013. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

KJ Unggul Di Konsert Kedua Kumpulan B Mentor 6, Caroline Kutip Markah Terendah

Posted: 22 Apr 2012 10:02 AM PDT

Menukar strategi daripada menonjolkan tarian kepada menekankan aspek vokal ternyata menjadi buat KJ yang merupakan protege Adam AF dalam persaingan konsert kedua kumpulan B Mentor 6 ini.

Memilih lagu Tapi Bukan Aku nyanyian asal Kerispatih sebelum bergandingan dengan Anas dengan lagu Sesuatu Janji nyanyian Taufik Batisah, ternyata KJ berjaya menonjolkan keupayaan sebenar vokal beliau — yang mempunyai kekuatan sendiri untuk di’asah menjadi lebih baik.

Juri awam memberikan 18 markah untuk KJ & markah keseluruhan selepas berakhirnya konsert adalah 63 markah — satu mata mengatasi Zatul yang berjaya membawa pulang 62 markah untuk bekalan konsert kali ketiga nanti. Caroline terpaksa berpuashati dengan 58 markah. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.100)

Posted: 22 Apr 2012 09:33 AM PDT

Nota Editor: Entri wajib setiap hari bekerja ini sudah masuk edisi ke-100. Bermakna ini merupakan siri paling lama bertahan dalam sejarah Rotikaya.com. Tepukan buat diri anda sendiri yang setia menantikan entri ini setiap pagi. Yeah!

Pengerusi Disney Studio, Rich Ross telah meletakkan jawatan selepas filem terbaru terbitan studio filem gergasi itu John Carter gagal menyerlah di’pasaran & menyebabkan kerugian terbesar dalam sejarah. – NME

Okay ini sedih. Aktress Hollywood yang sedang meningkat naik & menjadi kegemaran kami, Carey Mulligan (gambar) baru sahaja mengikat tali perkahwinan dengan Marcus Mumford hujung minggu lalu. Ohh. – Daily Mail

Tidak perlu rasa terkejut. Adele secara rasmi mendahului senarai artis yang tercalon untuk Billboard Music Award dengan 18 kategori di’ikuti rapat oleh LMFAO dengan 17 kategori. Majlis anugerah akan berlangsung pada 20 Mei 2012. – Fox News

Semua sudah sedia maklum yang musim ke-8 drama bersiri House MD merupakan musim yang terakhir & baru baru ini semua pelakon yang terlibat hadir untuk satu majlis sebagai simbolik tamatnya siri ini. – Just Jared

Tahun ini menandakan franchise James Bond sudah 50 tahun berada di’dalam hati para peminat filem & bersempena dengan itu, jom lihat di’manakah kedudukan Pierce Brosnan, Daniel Craig dan lain lain dalam carta populariti sepanjang zaman. – The Wire (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Peminat Terkejut Dengan Penyingkiran Akim Ahmad Dari Pentas MANIA

Posted: 21 Apr 2012 08:41 PM PDT

Melihatkan konsert yang berbaki empat minggu, penyingkiran dua peserta seperti di’umumkan Aznil Hj. Nawawi di’awal rancangan memang sudah boleh di’duga.

Atilia & Akim Ahmad menjadi mangsa penyingkiran pada konsert MANIA ke-6 yang berlangsung malam tadi sekaligus meninggalkan 11 peserta lain untuk terus bersaing.

Sehingga artikel ini di’tulis, Shila Amzah mendahului senarai undian SMS anda semua dengan 22% di’ikuti Stacy AF (21%) & kumpulan Estranged (18%). Manakala Ebi & kumpulan Kristal kini berada dalam kedudukan bahaya.

Penyingkiran Akim Ahmad malam tadi mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat yang rata rata terkejut dengan keputusan tersebut selain beranggapan Akim Ahmad masih layak untuk terus bersaing. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fouziah Gous Bakal Bertunang Jun 2012 & Akan Nikah Januari 2013?

Posted: 21 Apr 2012 08:11 PM PDT

Agak spesifik di’situ garis masa yang kami berikan untuk perjalanan kisah cinta Fouziah Gous. Bagaimana hujung minggu anda? Sudah bersedia untuk kembali bekerja esok? Heh.

Dalam ruangan gossip hujung minggu Harian Metro hari ini ada menulis perihal Fouziah Gous yang masih sembunyikan identiti kekasih hati sehingga hari ini.

Pernah beberapa minggu lalu, sebuah laporan media online tersalah sebut yang Fouziah Gous mempunyai hubungan cinta dengan seorang VIP yang juga orang kuat stesen televisyen.

Namun, Fouziah Gous lantas menafikan kenyataan tersebut selain berkata laporan itu tidak lebih dari sekadar salah faham. Dan, hari ini keluar gossip mengatakan pelakon cantik ini bakal bertunang sekitar Jun 2012. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...