RotiKaya

RotiKaya


Zahida Rafik Nafi Terlibat Skandal Menteri Melalui Twitter, Serah Kepada Peguam

Posted: 20 Apr 2012 02:28 AM PDT

Agak sukar untuk di’hubungi terus menerusi telefon bimbit namun Zahida Rafik selesa untuk memberikan kenyataan balas beliau melalui akaun Twitter rasmi untuk tempoh 24 jam yang lepas untuk tatapan masyarakat umum. Hmm.

Dua hari lalu, kecoh satu Malaysia berkaitan skandal seorang ahli politik bertaraf menteri yang di’katakan membayar sejumlah RM1.5 juta kepada seorang aktress popular untuk merahsiakan hubungan sulit mereka berdua.

Dan, tidak lama untuk para peminat hiburan Malaysia untuk meletakkan nama Zahida Rafik sebagai aktress popular yang di’maksudkan ekoran pendedahan itu di’lakukan oleh bekas pemandu peribadi beliau sendiri.

Zahida Rafik melalui Twitter mengatakan yang beliau percaya bekas pemandu peribadi itu sengaja mencipta fitnah untuk mendapatkan duit segera daripada pihak tertentu & sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam.

Menjawab pertanyaan beberapa orang awam melalui Twitter berkaitan bayaran minima RM100,000 yang beliau terima setiap kali bertemu menteri tersebut, Zahida Rafik berkata beliau berharap perkara itu benar & tegaskan yang beliau bekerja keras untuk apa yang ada sekarang ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Peminat Kejar Ella Tentang Gossip Kahwin, Jojie Yang Bakal Nikah Amir Esok?

Posted: 20 Apr 2012 01:56 AM PDT

Ingat lagi sekitar awal bulan Mac yang lalu, peminat dan media saling berteka teki dengan Ratu Rock Malaysia selepas kenyataan beliau yang kini sedang di’lamun cinta?

Mengaku kini sedang hangat bercinta dengan jejaka bernama A yang kami di’fahamkan seorang juruterbang, Ella menambah pedas spekulasi dengan menghadiri kursus perkahwinan dalam masa yang sama. Apa cerita Jojie ‘kan?

Ini maklumat terbaru yang kami terima dari seorang peminat hiburan. Jojie atau nama sebenar beliau Rozita Binti Aminuddin bakal bernikah dengan seorang gitaris bernama Amir.

Amir yang nama sebenar beliau adalah Amurudin Syawal Abdul Latip merupakan anggota kumpulan CRUSH bersama Pacai dan juga merupakan gitaris yang sering mengiringi persembahan Ella di’seluruh negara selama ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Selepas Lisa Surihani, Giliran Wawa Zainal Dilantik Menjadi Duta Lipice Malaysia

Posted: 20 Apr 2012 01:05 AM PDT

Jujurnya, kami sang lelaki ini tahu akan kewujudan jenama Lipice pun kerana penangan Lisa Surihani yang sebelum ini memegang gelaran Malaysian Darling. Kini giliran Wawa Zainal?

Dalam satu jemputan kepada media, Lipice Malaysia bakal mengumumkan duta baru mereka iaitu Wawa Zainal dalam satu majlis sekitar minggu hadapan selain memperkenalkan barisan pelembap bibir Lipice yang ada di’pasaran.

Aktress yang popular dengan lesung pipit di’kalangan peminat ini pernah membintangi drama bersiri KLIK & sebenarnya lebih terkenal dengan wataknya, Bunga dalam drama siri remaja Ana Lu'Lu — juga merupakan artis naungan MIG.

Wawa Zainal juga berlakon dalam beberapa filem tempatan seperti Seram Sejuk, Sumpahan Kum Kum, 3 Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap dan banyak lagi.

Ketika Lisa Surihani menjadi duta, kami sukakan hasil sessi fotografi Lipice Malaysia yang ringkas tetapi menonjolkan sisi remaja beliau ketika itu. Harap’nya ada pembaharuan lebih baik buat Wawa Zainal nanti. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...