RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.98)

Posted: 18 Apr 2012 10:12 AM PDT

Lagenda muzik dunia yang masih di’ingati sehingga ke hari, Kurt Cobain di’katakan sedang sibuk dengan persiapan album solo sebelum meninggal dunia secara mengejut. Dunia terlepas karya yang mungkin terbaik dari beliau. – THR

Baru sahaja bertunang, gambar perkahwinan Brad Pitt & Angelina Jolie akan datang sudah di’ramalkan bakal terjual hampir US$5 juta. Sebenarnya jauh lebih rendah berbanding gambar eksklusif anak mereka pada tahun 2008, terjual untuk US$14 juta. Gila. – Huffington Post

Forbes hari ini senaraikan lima selebriti dalam industri hip hop terkaya untuk tahun 2012 & Sean ‘Diddy’ Combs merajai senarai dengan nilai harta US$550 juta di’ikuti Jay-Z (US$460 juta), Dr. Dre ($270 juta), pengasas Cash Money Records, Bryan ‘Birdman’ Williams ($125 juta) & 50 Cent ($110 juta). – Forbes

Supermodel kegemaran kami, Miranda Kerr  (gambar) baru baru ini hadir ke sessi fotografi untuk Reebok Easytone di Munich dan beliau tidak teragak agak untuk menunjukkan betapa bertuahnya Orlando Bloom dengan gaya fleksibel sebegitu. Fleksibel. Hmm. – Celebslam (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Filem Minggu Ini: My Way, Filem Termahal Korea Yang Perlu Anda Tonton, Segera!

Posted: 18 Apr 2012 09:12 AM PDT

Untuk meminta anda menonton filem ini dengan segera, agak dramatik bunyi’nya namun kami memang mahu anda dapatkan tiket filem ini secepat mungkin & bersedia untuk di’sajikan dengan kisah Perang Dunia Kedua yang penuh drama, persahabatan & erti sebenar setiakawan.

My Way merupakan filem termahal terbitan Korea setakat ini dengan kos pembikinan mencecah US$30 juta dan anda boleh rasakan nilai wang yang di’laburkan dalam setiap adegan yang muncul — jalan cerita, efek visual, lokasi & kesungguhan para pelakon yang terlibat. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar & Persatuan Seniman Hulurkan Bantuan Kepada Bob Kuman

Posted: 18 Apr 2012 09:10 AM PDT

Hujan yang tersangat lebat & kesesakan yang terlalu kurang ajar tidak mematahkan semangat kami untuk melawat Bob Kuman yang sedang terlantar sakit di rumahnya di Kota Damansara.

Agak pilu hati kami apabila melihat seorang lelaki berbadan besar dan dikenali dengan sifat kelakar dan ramahnya suatu ketika dahulu nampak tidak bermaya dan bercakap dengan suara yang lemah.

Sebelum ini kita semua sudah pun mengetahui bahawa Bob Kuman sekarang ini sedang bertarung dengan kesakitan beliau dan memerlukan bantuan dari masyarakat yang prihatin dengan keadaannya yang agak kesempitan ketika ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

JinnyboyTV Kembali Dengan Video Only In Malaysia Selepas Kejayaan My Generasi

Posted: 18 Apr 2012 09:08 AM PDT

Selepas filem pendek mereka berjudul My Generasi berjaya mencapai hampir 1.4 juta tontonan di Youtube, JinnyboyTV kini kembali dengan filem pendek baru untuk hiburan anda.

Masih mengekalkan konsep mengetengahkan budaya Malaysia yang unik, kali ini JinnyboyTV berjaya membawa masuk lebih ramai nama terkenal untuk terlibat sama termasuk bintang Youtube dari Amerika Syarikat, Greyson Chance.

Video berjudul Only In Malaysia ini menampilkan barisan perkara unik yang sebenarnya hanya terjadi di Malaysia seperti penunggang motosikal dengan jaket terbalik juga konsep handsfree buatan sendiri seperti dalam gambar.

Filem pendek untuk hiburan anda selepas ini & kami berharap JinnyboyTV boleh tampil dengan lebih banyak video sebegini di’masa hadapan. Memang enjoice! (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

PKR Dedahkan Aktress Popular Terima RM1.5 Juta Wang Hasil Hubungan Sulit Dengan Menteri

Posted: 18 Apr 2012 03:03 AM PDT

Semakin hampir pilihanraya, apa sahaja boleh di’jadikan modal untuk tujuan politik. Dan, kita dalam industri hiburan boleh tumpang sekaki dengan apa yang terjadi. Heh.

Free Malaysia Today melaporkan hari ini yang ahli parlimen Ampang yang juga wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin meminta penjelasan daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut ahli parlimen PKR ini, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ini telah membayar RM1.5 juta kepada seorang selebriti bergelar pelakon popular kerana hubungan sulit mereka.

Zuraida Kamaruddin mendakwa yang aktress popular ini menerima RM58,000 pada Oktober 2011, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan juga RM510,000 pada Januari tahun ini. (...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Tiket Ke Persembahan Russell Peters Di Malaysia Habis Terjual Dalam 60 Minit

Posted: 17 Apr 2012 07:30 PM PDT

Kalau anda berkira kira hari ini untuk membeli tiket ke persembahan khas pelawak terkenal ini, lupakan sahaja niat anda. Semuanya sudah licin di’mamah wang ringgit peminat sejati Russell Peters pagi ini.

The Comedy Club KL selaku penganjur membuka kaunter pembelian tiket menerusi Ticket Pro & AirAsia RedTix bermula jam 9.00 pagi tadi & khabarnya peminat mula beratur di’kaunter fizikal seawal 6.30 pagi. Justin Bieber who?

Yahoo Malaysia menerusi laman Twitter rasmi mereka menyebut tiket sudah habis terjual untuk semua tempat duduk dalam masa kurang 60 minit — yang tinggal kini hanya’lah tiket Gold bermula pada harga RM248 dan ke’atas.

Russell Peters Notorious World Tour (Malaysia) 2012 akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam yang mampu menampung kapasiti penonton seramai 5,000 orang. Kepada yang sudah mempunyai tiket, jumpa anda di’sana!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...